REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, January 19, 2011

PERKASA Iktiraf Interlok

Sasterawan negara Datuk Abdullah Hussain tersenyum lebar ketika mengalu-alukan kedatangan anggota Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) yang hadir ke kediamannya petang ini.

Wajahnya tetap ceria, walau tidak mampu mendengar kata-kata yang dipertuturkan kepadanya oleh presiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali yang mengetuai rombongan berkenaan.

Sebaik melabuhkan punggung di sebelah Abdullah yang berkerusi roda, Ibrahim terus bertanya kepadanya, "berapa dah umur sekarang?"

Abdullah bagaimanapun tidak mampu memberikan jawapan. Isterinya Datin Siti Saroja Basri kemudiannya menyarankan supaya Ibrahim bertanya melalui tulisan. Apabila Ibrahim berbuat demikian, barulah Abdullah menulis kembali kepadanya. "Dah 91 tahun tahun!," kata Ibrahim yang kelihatan terkejut dengan jawapan berkenaan.

Kedua-dua mereka kemudiannya dilihat bertukar-tukar beberapa patah kata lagi sehinggalah adik Abdullah, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein tiba beberapa minit kemudian. Ketua Satu Gabungan Penulis Nasional itu hadir bagi menyertai kunjungan hormat PERKASA ke kediaman Abdullah di Petaling Jaya petang ini.

Kunjungan itu juga bagi menyatakan sokongan kepada Abdullah yang dilingkari kontroversi berhubung novel Interlok tulisannya. Buku berkenaan, malah gambar Abdullah sendiri telah dibakar dalam kejadian pada 8 Januari itu, kata Ibrahim ketika berucap dalam kunjungan berkenaan.

Namun Abdullah seolah-olah tidak sedar bahawa Ibrahim sedang menyampaikan ucapan di sebelahnya. Sesekali beliau kelihatan termenung sambil menongkat kepalanya dengan tangan. Kemudian, beliau meneliti pula perbualan dengan Ibrahim melalui tulisan di atas sekeping kertas.

Beliau turut mengambil peluang untuk mengagah dua orang anak kecil yang sedang mengintai dari celah jeriji pintu rumah berkenaan. Tanpa mengendahkan telatah Abdullah itu, Ibrahim bagaimanapun tetap meneruskan ucapannya.

Katanya, istilah 'paria' yang digunakan Abdullah dalam buku itu merupakan satu penjelasan sejarah mengenai keturunan masyarakat India yang datang ke negara ini.

"Banyak cendekiawan, sasterawan, termasuk tokoh dari kaum India mengatakan buku ini langsung tidak ada perkara sensitif sebagaimana yang mereka gembar-gemburkan," kata Ibrahim lagi disambut tepukan dalam ucapan selama kira-kira 20 minit itu.

Ibrahim kemudiannya menyampaikan anugerah Jasa Pahlawan Perkasa itu dengan memakaikan satu selempang ke dada Abdullah. Turut disampaikan ialah sejumlah sumbangan tunai dan juga cenderamata berbentuk sepasang keris.

~MK~

No comments: