REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, January 19, 2011

Semua Boikot PAGE Nak Pula

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE) mengulangi saranannya supaya Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dijadikan sebagai opsyen di sekolah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan.

Perkara itu dinyatakan dalam memorandum yang diserahkan oleh Pengerusi PAGE, Datin Noor Azimah Abdul Rahim, kepada Datuk Seri Najib Razak yang diterima oleh Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Mohamad Amir Harun, di Pejabat Perdana Menteri tengah hari tadi.

Noor Azimah, ketika ditemui pemberita, berharap Najib akan membawa resolusi persatuan itu untuk dibincangkan semula oleh Kabinet kerana perkara itu adalah untuk kebaikan kanak-kanak.

PPSMI yang diperkenalkan pada 2003 ketika era Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri, bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris pelajar dalam bidang sains dan matematik.

Pada 2009, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Pelajaran mengumumkan pemansuhan dasar itu berkuatkuasa 2012 manakala sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil menggunakan bahasa ibunda masing-masing bagi pengajaran dan pembelajaran dua subjek berkenaan.

Noor Azimah berkata, keputusan peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) baru-baru ini, menunjukkan peningkatan memberangsangkan dalam mata pelajaran Sains, Matematik Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

"Sebenarnya apa yang difahami oleh orang yang menentang PPSMI yang mengatakan Bahasa Melayu akan ditindas, sebenarnya tidak betul," katanya.

~Bernama~

No comments: