REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, January 18, 2011

UMNgOk Pun Takut Majoriti Turun

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata BN perlu bekerja keras untuk mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang dengan kemenangan selesa dalam pilihan raya kecil itu pada 30 Januari ini.

"Kita berazam untuk terus kekal rekod kita kerana sejak akhir-akhir ini kita punyai rekod baik dalam pilihan raya kecil dan harap ia meneruskan momentum dalam tranformasi politik kita.

"Kita hendak menang dengan selesa. Kita mesti bekerja keras dan tidak membuat sebarang kesilapan yang boleh dieksploitasi oleh pembangkang," katanya pada sidang akhbar selepas meghadiri majlis ramah mesra dengan penduduk Felda Tenang di Labis hari ini.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian Datuk Sulaiman Taha, yang juga Ketua Umno Bahagian Labis pada 17 Disember lalu akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.

Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan kelebihan 2,491 undi.

PAS menamakan Ketua Muslimat Labis, Normala Sudirman, 37, sebagai calonnya manakala calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin esok.

Najib berkata, kriteria utama pemilihan calon BN itu adalah beliau mestilah disenangi dan mendapat sokongan daripada masyarakat di Tenang.

"Untuk dia menjadi wakil rakyat, beliau mestilah dekat di hati rakyat dan mudah dihubungi dan mengambil tindakan terhadap permasalahan rakyat," katanya.

Ditanya tentang sambutan terhadap program di ketiga-tiga Felda yang dilawatinya hari ini, Perdana Menteri berkata, reaksi yang ditunjukkan oleh penduduk Felda menunjukkan mereka berpuashati dengan apa yang diterima daripada Felda.

"Kita lihat suasana dalam perkampungan Felda begitu ceria dan positif. Mereka akan menilai siapa yang sebenarnya membela untung nasib mereka, berjasa mengangkat martabat dan memberi segala kemudahan kepada penduduk Felda," katanya.

Najib berkata, Ketua Kampung Felda Cempelak Barat memaklumkan kepadanya bahawa pendapatan bulanan penduduk kini melebihi RM3,000, selain terdapat peningkatan peratusan perahan dan penyediaan pelbagai kemudahan di Felda seperti gelanggang futsal.

"Ini menunjukkan kita telah memperjuangkan kesejahteraan hidup penduduk Felda," katanya.

Mengenai cubaan pembangkang mempengaruhi penduduk Felda, Perdana Menteri berkata, masyarakat Felda lebih bijak dalam menilai siapa sebenarnya yang membela untung nasib dan mengangkat martabat mereka.

Katanya, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman selaku Pengarah Operasi BN bagi pilihan raya kecil itu mampu menangani keadaan.

Mengenai saranan pembangkang supaya pengundi mengurangkan majoriti kemenangan BN, Najib berkata, ia adalah suatu helah pembangkang.

Mengenai kritikan pemimpin DAP, Lim Kit Siang berhubung cadangannya untuk menggunakan kuasa veto sebagai Pengerusi BN untuk memilih hanya calon yang boleh membawa kemenangan kepada BN dalam pilihan raya umum akan datang, Najib meminta Lim tidak mencampuri urusan dalaman BN.

"Dia jangan campur urusan BN, (parti) dia adalah 'family party' manakala kita adalah parti yang mengamalkan muafakat. Jangan campuri politik BN," katanya.

~Bernama~

No comments: