Seorang bekas pengawal peribadi mendakwa kontroversi video seks politik yang terbaru muncul kerana ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay Abdullah berang dengan ketua umum PKR yang enggan membalas 'jasanya'.Mohamad Mahti Abdul Rahim, yang pernah berkhidmat dengan seorang menteri mendakwa Eskay sakit hati kerana Anwar enggan menjadi saksi dalam kes saman sivil yang membabitkan projek 'jambatan bengkok'.
Mahti, seorang anggota UTK polis yang kemudiannya berkhidmat sebagai pengawal peribadi kepada bekas timbalan menteri dalam negeri, Tan sri Megat Junid Megat Ayub, adalah antara saksi dalam kes berkenaan.
Dalam keterangannya, Mahti berkata Megat Junid telah menyerahkan surat tawaran daripada Unit Perancangan Ekonomi kepada Eskay bagi membantu projek berkenaan diserahkan kepada Merong Mahawangsa Sdn Bhd.
Eskay menyaman Merong Mahawangsa dan pengarahnya Yahya Abdul Jalil sebanyak RM20 juta kerana melanggar syarat kontrak.
Di tengah-tengah kepanasan video seks yang memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada seorang yang sangat kreatif membuat lawak cerita belakang tabir kisah ini.
Video klip 3 minit 53 saat ini bakal menjadi antara video yang popular dalam Youtube.
Ia telah naikkan oleh seorang pengubahsuai video, Suaremerdeka, berdasarkan sebuah cerita zaman Jerman dijangka menjelang perang dunia kedua dahulu.
Ia mengisahkan bagaimana seorang pemimpin yang mereka panggil 'Datuk Seri' marah-marah ekoran kegagalan video seks terbaru yang didedahkan oleh Trio Umno.
No comments:
Post a Comment