REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, March 25, 2011

PDRM Jangan Makan Gaji Buta

Para anggota polis dinasihatkan supaya bertegas dengan semua orang politik. Nasihat ini diberikan oleh seorang bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch) polis yang disegani, Datuk Seri Yuen Yuet Leng.

"Kita tidak boleh dikawal oleh parti politik tetapi mesti menyokong parti politik yang memerintah selagi mereka bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan," kata Yuen.

Beliau menambah, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah.

"Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi".

Program ini akan disiarkan dalam Astro Citra hari ini dan Ahad sempena dengan Hari Polis.

Yuen adalah bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu. Dalam laporan itu Yuen mengaku imej polis jatuh ke paras paling bawah beberapa tahun lalu tetapi yakin persepsi orang ramai terhadapnya sudah meningkat.

~harakah~

No comments: