REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, March 25, 2011

Nazri Botak Nak Tunjuk Samseng Di Perak

Pengerusi MIC Perak Datuk S Veerasingam meminta ahli parti itu jangan memperdulikan permintaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz supaya MIC menyerahkan enam kerusi di Perak, kerana ia tidak mencerminkan pendirian rasmi BN.

Dalam temubualnya baru-baru ini dengan akhbar harian berbahasa Cina - Nanyang Siang Pau - Nazri yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno, mahu MIC untuk menyerah kesemua enam kerusi negeri di Perak yang gagal dimenanginya dalam pilihan raya umum lalu, dengan mendakwa, BN mungkin kehilangan Perak jika MIC bertanding lagi di kawasan berkenaan.

Veerasingam menafikan itu hari ini, dengan menegaskan bahawa MIC dan BN Perak telah mendapat balik sokongan kaum India di bawah kepimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sokongan kaum India semakin meningkat. Ini telah dibuktikan dalam pilihan raya kecil Tenang, Merlimau and Bagan Pinang," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Oleh itu, beliau menggesa semua ahli MIC supaya mengawal kemarahan mereka dan jangan memperdulikan kenyataan Nazri itu kerana ia bukan datang dari Zambry atau Najib.

~MK~

No comments: