REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, January 31, 2011

Apa Ada Dalam Interlok?

Oleh sebab ramai pakat dok mengamuk tak tentu pasai tentang isu Novel ini maka di sini aku persembahkan sinopsis novel tersebut. Ulasannya hangpa sendiri bikin. Yang penting jangan jadi orang yang menghukum sebelum membaca.

Sinopsis

Buku Satu – Keluarga Seman

Bahagian Buku Satu novel Interlok memaparkan kisah Seman, anak tunggal pasangan Pak Musa dan Mak Limah. Seman seorang pemuda yang gagah dan rajin tetapi tidak tahu membaca kerana tidak ke sekolah.

Apabila Pak Musa sakit, secara rahsia dia meminta Seman membawa Mak Limah berpindah tanpa memberikan sebarang alasan. Akhirnya Pak Musa meninggal dunia sebelum sempat menceritakan perkara sebenar.

Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang sejumlah wang daripadanya untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang. Cina Panjang menunjukkan surat-surat hutang Pak Musa. Akhirnya Seman membawa ibunya berpindah dari kampung kerana semua harta bukan miliknya lagi.

Buku Dua – Keluarga Cing Huat

Penduduk kampung gempar kerana tanaman padi dimakan belalang. Keadaan ini menyebabkan Kim Lock dan anaknya Cing Huat serta beberapa orang lelaki di kampung itu berhasrat merantau mencari pekerjaan di Singapura.

Di sana Kim Lock ditawarkan menjual anaknya Cing Huat tetapi ditolaknya. Selepas 30 bulan di Singapura, Kim Lok bercadang bekerja di Melaka. Bersama-sama Kim Sui, dia dan anaknya menaiki tongkang tetapi di Muar. Dia bekerja di Lukut dan di Pulau Pinang.

Akhirnya Kim Sui mengajak Kim Hock berniaga di Simpang Empat. Perniagaan mereka maju tetapi Kim Lock menjadi penagih candu hingga meninggal dunia selepas isterinya di negara China meninggal dunia.

Orang Cina mendirikan sekolah Cina untuk anak-anak mereka. Cing Huat berkahwin dan dikurniakan empat orang anak. Seorang anaknya, iaitu Yew Seng rapat dengan Lazim dan keadaan ini tidak disenangi Cing Huat. Akhirnya Yew Seng keluar dari rumah ayahnya.

Buku Tiga – Keluarga Maniam

Maniam datang dari dari India dan bekerja sebagai kuli di pelabuhan Pulau Pinang. Waktu petang dia minum tuak di kedai. Dia juga mengirim wang untuk isterinya di India. Pillay tidak menyampaikan kiriman tersebut, sebaliknya isteri Maniam jatuh ke tangan Pillay akibat desakan hidup. Maniam kecewa.

Dia berpindah tempat kerja dan akhirnya bekerja di kebun kelapa di Cangkat Lima. Maniam berkahwin dengan Malini secara rahsia. Rahsia perkahwinannya dibongkar oleh Suppiah, orang kampungnya. Akibatnya, Maniam tidak disenangi dan dihalau keluar dari tempat tersebut.

Peristiwa ini menyebabkan Malini meninggal dunia tiga tahun kemudian. Suppiah mencadangkan sekolah Tamil didirikan di kebun untuk anak-anak orang India. Raman, iaitu guru sekolah mengetahui bahawa Suppiah lari dari negaranya kerana takut ditangkap polis dan menerangkan perkara sebenar tentang Maniam kepada Perumal. Perumal menyesal atas tindakannya terhadap Maniam.

Buku Empat – Interlok

Maniam menjadi tandil di kebun getah. Apabila Seman datang meminta kerja, Maniam berusaha membantunya, lebih-lebih lagi sesudah mengetahui Seman ialah anak Musa, kawan baiknya. Maniam juga mendapatkan sebuah petak di rumah kuli untuk Seman dan ibunya yang telah keluar dari kampung mereka. Yew Seng pula lari dari rumah kerana kecil hati terhadap ayahnya yang tidak menghargainya. Dia bekerja di lombong bijih timah.

Seman melawat Kampung Nyiur Condong setelah dua tahun setengah meninggalkan kampung tersebut. Dia diterima baik oleh orang-orang kampung. Pinangannya untuk Gayah juga diterima dan dia menjadi menantu Mat Ranggi.

Penduduk Kampung Nyiur Condong gempar dengan kehadiran orang Jepun ke Tanah Melayu. Orang Melayu berpakat membantu Jepun mengusir Inggeris. Cing Huat pula cuba berbaik-baik dengan Seman. Pada suatu malam kedai Cing Huat dimasuki perompak.

Pada masa yang sama juga Poh Eng berjaya melepaskan diri dan diselamatkan oleh Seman yang kemudian membawa Poh Eng kepada emaknya. Sementara itu, pihak Jepun mencari Yew Seng yang dipercayai terlibat dengan komunis.

Yew Seng yang mengetahui adiknya hilang berjaya menemukan adiknya, Poh Eng dan dibawa menyertainya ke hutan, iaitu ke markas komunis. Pada waktu petang askar Jepun pula menangkap Mak Limah, Maniam, dan beberapa orang lagi kerana disyaki membantu komunis. Maniam diseksa kerana tidak memberikan kerjasama.

Seorang Inspektor berbangsa India menyoal siasat Maniam dan melalui soal siasat tersebut, barulah diketahui bahawa Inspektor tersebut ialah anak Malini, iaitu anak Maniam sendiri. Inspektor Rama Krishnan berjanji akan menolong ayahnya dan cuba membebaskan Mak LImah.

Harga barang semakin mahal. Lazim pula menyesal kerana menyokong Jepun. Dia ditangkap Jepun . Akhirnya Jepun menyerah kalah. Semua orang bergembira, terutamanya orang Cina. Orang yang menjadi tali barut Jepun diseksa.

Kumpulan Kong Beng (Kuomintang) menangkap orang-orang yang bekerjasama dengan Jepun. Yew Seng yang mengenali Lazim telah membebaskannya. Poh Eng pula berjumpa semula dengan Mak Limah. Tanah Melayu diperintah oleh Inggeris semula.

Orang Melayu semakin matang. Orang Melayu menentang penubuhan Malayan Union. Akhirnya perlembagaan dibentuk. Pengaruh komunis pula mula berkembang semula di Tanah Melayu Orang Cina pula berpendapat mereka patut bekerjasama dengan orang Melayu dan India menentang komunis. Hasil kerjasama itu, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Tema

Novel Interlok bertemakan integrasi tiga kaum utama di Malaysia, iaitu Melayu, Cina, dan India yang terpaksa melalui pelbagai cabaran untuk hidup bersama-sama dalam sebuah negara yang bebas dan bermaruah.

Pak Musa, Maniam, dan Kim Lock masing-masing hidup dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam dunia yang berasingan sehingga mereka ditemukan dalam situasi yang menyebabkan mereka terpaksa bergantung antara satu sama lain.

Pak Musa terpaksa berhutang dengan Kim Lock untuk membeli harta dan hidup senang tetapi tidak sempat melunaskan hutangnya sebelum mati. Akibatnya semua hartanya diambil oleh Kim Lock menyebabkan anak dan isterinya melarat.

Maniam pula membawa diri meninggalkam isteri yang sarat mengandung akibat difitnah oleh Suppiah, orang kampungnya sendiri. Kim Lock pula lebih mementingkan harta benda hingga memandang rendah terhadap orang-orang lain di sekelilingnya.

Walau bagaimanapun dalam generasi kedua, Seman anak Pak Musa menyelamatkan Poh Eng anak Kim Lock, manakala Poh Eng menyelamatkan Maniam. Yew Seng anak Kim Lock yang cedera di kaki lebih suka menerima kaki palsu yang didermakan oleh masyarakat

Persoalan
1. Persoalan penghijrahan

Watak berhijrah untuk mengubah hidup.Kim Lock dan Maniam berhijrah dari negara asal masing-masing, iaitu China dan India ke Tanah Melayu untuk memiliki kehidupan yang lebih baik.Di Tanah Melayu juga, mereka berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka.

2. Persoalan sifat suka memfitnah dalam masyarakat

Suppiah memfitnah Maniam sehingga rumah tangga Maniam dan Malini hancur. Maniam pula dihalau dari ladang tempat dia bekerja.

3. Persoalan kasih sayang ibu bapa yang mendalam terhadap anak-anak

Kim Lock sangat menyayangi Ching Huat, Pak Musa sangat menyayangi Seman, dan Maniam sangat rindu dan sayang pada anaknya walaupun dia tidak pernah melihatnya. Mereka sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka.

4. Persoalan semangat patriotisme yang kuat dalam kalangan masyarakat imigran

Kim Lock dan Maniam masing-masing berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak mereka tidak lupa akan asal-usul bahasa ibunda mereka.

5. Persoalan kesedaran politik masyarakat berbilang kaum

Lazim dan rakan-rakannya membentuk kumpulan menentang Malayan Union demi menjaga maruah orang Melayu. Kim Lock juga menyertai persatuan untuk menjaga kepentingan kaum Cina, manakala Raman juga berusaha untuk menyatukan kaum India di negara yang baru merdeka itu.

Jenis Plot

Bersifat kronologi – peristiwa-peristiwa berkembang mengikut urutan waktu. Pembaca dapat mengikuti cerita dengan mudah kerana peristiwa-peristiwa disusun mengikut urutan waktu bermula dari kisah Seman, penduduk asal Tanah Melayu, kisah penghijrahan Kim Lock dan anaknya, Cing Huat (Cina Panjang), serta kisah perhijrahan Maniam ke Tanah Melayu.

Setiap kisah dari Buku 1 hingga Buku 3 mempunyai kaitan yang amat menarik dan akhirnya ketiga-tiga watak ini bertaut dalam Buku 4 (Interlok).

Setiap cerita dan konflik dalam Buku 1 hingga Buku 3 mempunyai hubung kait yang amat rapat dengan hukum ‘sebab dan akibat’ dalam sesebuah cerita.

Pembinaan Plot

Terdapat empat peringkat binaan plot, iaitu:

(i) Permulaan
-Seman sedang memotong kayu sambil diperhatikan oleh ibunya
- Ayah Seman sakit

(ii) Perkembangan

Buku 1

- Ayah Seman sakit dan meninggalkan pesanan agar membawa ibunya keluar dari kampung Nyiur Condong tanpa memberi sebarang alasan – menimbulkan konflik dalam diri Seman.
- Seman berhutang mengambil barang-barang runcit dari kedai Cina Panjang.
- Ayah Seman meninggal dunia.
- Setelah 27 hari kematian Pak Musa, Cina Panjang menemui Seman untuk memaklumkan bahawa Pak Seman berhutang hampir sepuluh ribu ringgit untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang.
-Seman menyangka ayahnya menyimpan wang lima ribu yang dipinjam daripada Cina Panjang di rumah.
-Seman membawa ibunya keluar dari kampung kerana tanah itu bukan miliknya lagi.

Buku 2

- Penduduk Tung San menghadapi masalah serangan belalang di sawah mereka. (konflik alam)
- Melalui Paman Kok Leong, Kim Lock bersama-sama dengan anaknya Cing Huat dan beberapa orang pemuda berhijrah ke Singapura.
- Di Singapura Kim Lock melakukan kerja-kerja seperti menarik lanca dan tukang angkat najis.
- Lepas itu dia dan anak ke Muar, Melaka, dan akhirnya ke Simpang Empat, Cangkat Lima dan berniaga di situ (Pulau Pinang).
- Perniagaannya semakin maju.
- Kim Lock berkenalan dengan Mei Hwa yang memang menghisap candu.
- Kim Lock mula berubah jadi penghisap candu yang tegar.
- Isterinya di Tung San, China meninggal dunia.
-Anak Kim Lock, Cing Huat berkahwin dengan Tua Tao dan mereka dikurniakan empat orang anak.
-Kim Hock meninggal dunia diikuti dengan Mei Hwa.
- Sebuah sekolah untuk anak-anak kaum Cina ditubuhkan.
- Salah seorang anak Cing Huat , Yew Seng rapat dengan orang Melayu dan tidak disenangi oleh ayahnya.
- Yew Seng keluar dari rumah akibat berselisih faham dengan ayahnya, Cing Huat.

Buku Tiga – Keluarga Maniam

- Penduduk India, antaranya Maniam berusia 30 tahun berhijrah dari Kerala, India ke Tanah Melayu dengan diuruskan oleh Kangani (wakil yang mencari buruh untuk kebun)
- Dari Pulau Pinang ke seberang – Bagan Tuan Kecil.
- Maniam menghantar wang kepada isterinya di India melalui Pillay tetapi tidak pernah sampai kepada isterinya.
- Isteri Maniam terpaksa mengikut Pillay kerana desakan hidup.
- Maniam kecewa lalu berpindah ke Cangkat Lima dan bekerja di kebun kelapa.
- Maniam berkahwin dengan Malini, anak Perumal.
- Konflik timbul lagi dengan kehadiran Suppiah, orang kampungnya ke Cangkat Lima.
- Suppiah menyebarkan cerita yang Maniam telah meninggalkan isterinya di India dan hidup isterinya melarat.
- Maniam mula berkonflik dengan bapa mentua dan masyarakat di situ.
- Maniam dihalau dari kampung.
- Maniam dipukul dalam perjalanan keluar dari Cangkat Lima tetapi dibantu oleh Pak Musa, ayah Seman.
- Raman, seorang guru sekolah dari kampung Maniam di India menceritakan sejarah hidup Suppiah di India kepada Perumal.
- Perumal kesal dengan tindakannya.

Buku Empat – Interlok

- Maniam mendapatkan kerja untuk Seman di tempat kerjanya.
- Yew Seng lari dari rumah.
- Seman kahwin dengan Gayah, anak Mat Ranggi.
- Jepun menyerang tanah Melayu.
- Poh Eng lari semasa kedai bapanya dirempuh.
- Yew Seng jumpa adiknya dan menyertai kumpulan gerila.
- Maniam ditangkap dan diseksa Jepun. Maniam bertemu dengan anaknya semula.
- Jepun menyerah kalah.
- Orang Melayu menentang Malayan Union.
- Orang Cina dan India menyertai orang Melayu menentang komunis.
- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.

(iv) Konflik

- Ayah Seman sakit dan meninggalkan pesanan agar membawa ibunya keluar dari kampung Nyiur Condong tanpa memberi sebarang alasan – menimbulkan konflik dalam diri Seman.
- Seman berhutang mengambil barang-barang runcit dari kedai Cina Panjang.
- Konflik Seman dengan Cina Panjang - Pak Seman berhutang hampir sepuluh ribu ringgit untuk membeli tanah dan pada masa yang sama menggadaikan tanah yang dibeli kepada Cina Panjang.
- Seman membawa ibunya keluar dari kampung kerana tanah itu bukan miliknya lagi.
- Konflik manusia dengan alam - Penduduk Tung San di Cina menghadapi masalah serangan belalang di sawah mereka.
- Konflik Kim Lock untuk mendapatkan kerja di Singapura. Dia sanggup melakukan pelbagai kerja.
- Konflik Cing Huat dan ayahnya Kim Lock yang mula menghisap candu apabila berkenalan dengan Mei Hwa.
- Konflik Cing Huat dengan salah seorang anaknya, Yew Seng kerana Yew Seng rapat dengan orang Melayu.
- Yew Seng keluar dari rumah akibat berselisih faham dengan ayahnya, Kim Lock.
- Konflik Cing Huat (Cina panjang) dengan orang Melayu.
- Masalah kemiskinan penduduk India telah membawa mereka ke Tanah Melayu antaranya Maniam berusia 30 tahun berhijrah dari Kerala, India.
- Konflik Maniam dengan Pillay yang tidak amanah kerana tidak menyerahkan wang kepada isterinya dan menyebabkan isterinya menderita dan akhirnya mengikut Pillay.
- Maniam kecewa lalu berpindah ke Cangkat Lima dan bekerja di kebun kelapa.
- Perkahwinan kali kedua bagi Maniam akhirnya menimbulkan konflik kerana kesilapannya tidak memaklumkan sejarah hidupnya kepada bapa mentuanya, Perumal.
- Kehadiran Suppiah, orang kampungnya ke Cangkat Lima menimbulkan konflik kerana Suppiah menyebarkan cerita yang Maniam telah meninggalkan isterinya di India dan hidup isterinya melarat.
- Maniam mula berkonflik dengan bapa mentua dan masyarakat.
- Maniam dihalau dari kampung.
- Manim dipukul dalam perjalanan keluar dari Cangkat Lima tetapi dibantu oleh Pak Musa, ayah Seman.
- Konflik Yew Seng dengan ayahnya menyebabkan Yew Seng lari dari rumah.
- Jepun menyerang Tanah Melayu.
- Kedai Cing Huat (Cina Panjang) dirompak.
- Poh Eng lari semasa kedai bapanya dirompak.
- Yew Seng dapat berjumpa dengan adiknya dan adiknya diajak menyertai kumpulan gerila menentang Jepun.
- Maniam ditangkap dan diseksa Jepun.
- Jepun menyerah kalah.
- Orang Melayu menentang Malayan Union.
- Orang Cina dan India menyertai orang Melayu menentang komunis.

(v) Klimaks

- Peristiwa anak Maniam, Inspektor Ramakrisynan menyerang sarang komunis dan menyelamatkan Yew Seng serta Poh Eng yang sudah mula meragui perjuangan komunis.

(vi) Peleraian

- Tertubuhnya kesatuan – kesatuan yang mewakili 3 kaum terbesar di Tanah Melayu, Melayu, Cina, dan India.
- Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Teknik Plot / Teknik Penceritaan

1. Teknik Pemerian

- Banyak unsur pemerian dalam novel Interlok.
Pemerian tentang perlakuan Mak Limah yang sedang memerhatikan anaknya, Seman yang sedang membelah kayu. Dia membanadingkan anaknya dengan suaminya semasa muda-muda dulu.

2. Teknik dialog

- Berbanding dengan pemerian, penggunaan dialog tidak banyak
Dialognya pendek-pendek dan bergerak pantas – sesuai dengan suasana
penyatuan kaum, konflik antara watak, dan zaman penjajahan Jepun
Contohnya, dialog antara Mamat Labu dengan Seman.
“Orang-orang Cina tentu ditangkap oleh Jepun,” ujar Mamat Labu lagi.
Mata Seman bersinar-sinar. “Betulkah mereka akan ditangkap oleh Jepun, Mamat?” “Hei, bukankah mereka itu musuh?” jawab Mamat dengan membelalakkan matanya.

3. Teknik Monolog Dalaman

- Seman kagum dengan kehebatan Pak Utih, dukun yang mengubat ayahnya.
Contoh: ……..Seman kagum melihat kekuatan hikmat dukun itu membuka mata bapanya yang sedang pejam. Memang benar dia dukun besar, kata hatinya

4. Teknik Imbas kembali

- Apabila melihat anaknya, Seman bekerja, Mak Limah teringat akan suaminya semasa muda-muda dahulu seperti anaknya.

5. Teknik Imbas Muka

- …Ada yang membuang muka. Dia berasa bahawa masa buruk baginya sudah tiba. Di atas kepalanya kini ternampak segumpal awan hitam. Sebentar lagi hujan lebat akan turun. Dia akan basah kuyup.

6. Teknik Suspens

- Kebimbangan Seman tentang kemungkinan harta milik bapanya adalah milik orang lain kerana bapanya tidak sempat memberitahunya suatu perkara…..
Watak dan Perwatakan

1. Watak Seman

- Seman merupakan watak utama.
- Seman berusia 20 tahun dan anak kepada Pak Musa
- Seman mempunyai bentuk badan seperti ayahnya tetapi kulitnya lebih cerah daripada ayahnya. Menurut pandangan ibunya, Mak Limah, Seman mempunyai sifat-sifat sperti ayahnya.
- Seorang yang taat akan arahan ibunya
Seman mematuhi arahan emaknya agar memanggil dukun semasa keadaan ayahnya semakin tenat.
- Seorang yang taat akan ajaran agama
Seman tetap bersembahyang walaupun kepalanya diikat dengan sapu tangan sahaja bukan kopiah.
- Seorang yang rajin bekerja
Seman membantu ibunya membelah kayu untuk kegunaan ibunya. Apabila ayahnya sakit, Seman banyak mengambil alih tugas ayahnya.
- Seorang yang bertanggungjawab
Seman bertanggungjawab mencarikan ibunya tempat tinggal yang selamat untuk berlindung semasa kedatangan Jepun ke Tanah Melayu.

Watak Dan Perwatakan

- Seorang yang berani
Seman duduk seorang diri pada waktu malam di bawah pokok rambutan berhampiran surau sebelum ke Pekan Simpang Empat.
- Seorang yang tegas
Seman bersungguh-sungguh menolak bantuan yang diuruskan oleh Lazim kerana bertentangan dengan prinsipnya.
- Seorang yang berdikari
Seman tidak mahu menumpang di rumah Lebai Man kerana mahu berdikari.

2. Watak Kim Lock

- Watak sampingan dalam novel Interlok.
- Kim Lock berhijrah ke negara lain dan gigih untuk mengubah hidup.
- Kim Lock dengan anaknya, Cing Huat yang masih kecil berhijrah dari Tung San Cina ke Tanah Melayu untuk memperoleh kehidupan yang lebih baik. Perjalanan mereka diuruskan oleh Paman Kok Leng.
- Seorang yang gigih berusaha
Di Tanah Melayu juga, mereka berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka. Hasil kegigihannya, Kim Lock berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barangan.
- Tidak mudah putus asa
Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai pekedai runcit dan pelbagai barangan lain.
- Seorang yang penyayang
Kim Lock sangat menyayangi Cing Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak bersetuju.
- Seorang suami yang tidak setia
Apabila sudah dikuasai candu, Kim Lock lupa akan isterinya, malah tidak mahu mengambil isterinya untuk di bawa ke Tanah Melayu. Akhirnya dia menjadi penagih Candu yang sukar untuk diubati.

3. Watak Cing Huat

- Watak yang penting kerana beberapa peristiwa penting yang menimpa watak utama, iaitu Seman berpunca daripada tindakannya.
- Cing Huat datang ke Tanah Melayu semasa kecil bersama bapanya Kim Lock.
- Apabila dewasa, dia mempunyai perawakan yang tinggi. Dalam kalangan orang Melayu dia dipanggil Panjang.
- Semasa usianya 17 tahun dia sudah mampu mengendalikan kedai ayahnya.
- Dia berkahwin dengan Tua Tao, anak tiri Kim Sui dan dikurniakan empat orang anak, iaitu Yew Hock, Yew Seng, Poh Eng, dan Poh Kheng.
- Sejak kecil Cing Huat digambarkan sebagai anak yang cergas dan rajin.
Hal ini digambarkan semasa di Singapura, Cing Huat bekerja di kedai runcit.
- Seorang yang menghormati orang tua
Cing Huat tetap menghormati ayahnya walaupun ayahnya menjadi penagih candu. Dia amat memahami kesusahan yang dialami oleh ayahnya sebelum itu.
- Taat akan ayahnya
Cing Huat tidak membantah apabila ayahnya bercadang mengahwinkannya dengan anak tiri Kim Sui, iaitu Lim Tua Tao.
Dia berpeluang untuk membuka kedai di tempat lain, tetapi sifat taatnya sebagai anak menyebabkan dia tetap berada di kedai tersebut.
- Seorang yang penyayang
Cing Huat sanggup balik ke Cina untuk mengambil ibunya yang masih berada di Cina tetapi tidak berkesempatan kerana ibunya telah meninggal dunia.
- Seorang yang sabar
Keputusan bapanya membawa Mei Hwa balik tidak dipersetujui oleh Cing Huat tetapi dia tidak melawan kerana dia takut akan bapanya. Walaupun diperlakukan oleh Mei Hwa seperti orang gaji dia tetap bersabar.
- Seorang yang mempunyai kesungguhan yang tinggi / semangat yang tinggi
Walaupun baru berusia 17 tahun, dia sudah dipertanggungjawabkan menjaga kedai. Dia juga dikatakan mewarisi sifat ini daripada ayahnya. (halaman 176)
- Seorang yang berani bersaing
Cing Huat yang dikatakan mewarisi sifat bapanya yang tidak tahu letih dan kalah tidak mahu bergantung pada orang lain dan tidak takut menghadapi persaingan dengan orang lain. (halaman 176). Dia dikatakan berani mengisi kedainya itu dengan pelbagai barang. Dengan cara ini pelanggan akan datang ke kedainya untuk membeli barang yang tidak ada di kedai lain.
- Seorang yang mementingkan pelajaran
Anak-anaknya bersekolah dan terlibat dalam perbincangan untuk mendirikan sekolah di situ.
- Seorang yang suka menderma
Cing Huat sangat setuju jika didirikan sekolah untuk anak-anak kaum Cina agar mereka tidak melupakan asal-usul mereka.
- Seorang yang mementingkan keuntungan / mementingkan diri
Cing Huat sanggup meminjamkan wang kepada Pak Musa dengan cagaran tanah. Jika gagal membayar hutang tersebut, tanah Pak Musa akan dirampas oleh Cing Huat atau Cina Panjang.
- Bersikap Prejudis
Cing Huat tidak membenarkan anaknya Yew Seng berkawan dengan orang Melayu, khususnya Lazim kerana pada sangkaannya mereka akan menjadi malas seperti orang Melayu.
- Melebih-lebihkan anak lelaki
Cara berfikir Cing Huat masih terpengaruh dengan ayahnya yang tidak menghargai kelahiran anak perempuan. Akhirnya Cing Huat sedar akan kesilapannya apabila dia sanggup bekerjasama dengan orang Melayu dan India.

4. Watak Maniam

- Maniam datang dari Kerala, India.
- Dia tidak membawa isterinya.
- Seorang yang mengenang budi
Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.
- Seorang yang peramah
Maniam berbual-bual dengan penumpang lain di dalam kapal semasa dalam pelayaran ke Pulau Pinang.
- Seorang yang bertanggungjawab
Maniam mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.
- Seorang yang setia
Maniam tidak berkahwin setelah meninggalkan isterinya, Malini.
- Seorang yang penyayang
Tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat mengandung kerana amat sayang akan isterinya.

5. Watak Pak Musa

- Seorang yang tidak berpandangan jauh / tidak mementingkan pendidikan anak-anak.
Pak Musa tidak membenarkan anaknya pergi sekolah untuk belajar. Bermacam-macam cara dilakukan untuk mengelakkan anaknya, Seman daripada ke sekolah.
- Seorang yang pandai menyimpan rahsia
Pak Musa tidak memberitahu isterinya yang dia telah menjual tanah dan menggadaikan tanah rumahnya.
- Seorang yang suka berhutang
Pak Musa membeli barangan dapur secara berhutang di kedai Cina Panjang.
- Seorang yang suka menolong orang
Pak Musa menolong Maniam yang cedera walaupun mereka berlainan bangsa.

Latar
Latar Masa

1. Zaman sebelum kedatangan Jepun
- Maniam dari India belayar ke Pulau Pinang untuk mencari pekerjaan bagi mengubah kehidupan keluarganya.

2. Zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu (1941)
- Rakyat Tanah Melayu merasai keperitan hidup kerana sukar mendapatkan makanan semasa Jepun memerintah Tanah Melayu.

3. 21 tahun
- Maniam teringat akan anaknya walaupun sudah 21 tahun dia berpisah dengan Malini dan tidak pernah melihat anaknya.

4. Waktu malam
- Seman memanggil Pak Utih untuk mengubatkan bapanya yang batuk teruk.

5. 7.00 pagi
- Orang-orang Cina yang menaiki tongkang untuk ke Rantau Selatan diberi makan bubur dan lobak masin

Latar Tempat

1. Kampung Nyiur Condong
- Pak Musa dan keluarganya tinggal di kampung Nyiur Condong.

2. Singapura
- Kim Lock bekerja sebagai penarik lanca di Singapura untuk menampung kehidupannya.

3. Lukut
- Kim Lock dan Cing Huat bekerja di lombong bijih timah di Lukut.

4. Pelabuhan Pulau Pinang
- Maniam menjadi kuli mengangkat barang di Pelabuhan Pulau Pinang.

5. Di rumah Perumal
- Malini menjalani pelbagai upacara penyucian diri sebelum dikahwinkan dengan Maniam.

6. Rumah kuli ladang getah
- Maniam membenarkan Seman meninggalkan ibunya, Mak Limah, dan Poh Eng di situ untuk berlindung daraipada tentera Jepun.

7. Pekan Simpang Empat
- Kim Lock memulakan perniagaan keluarganya di Pekan Simpang Empat

Latar Masyarakat

1. Masyarakat yang suka berhutang.
- Pak Musa berbelanja di kedai Cina Panjang secara hutang sehingga sukar untuk melunaskannya.

2. Masyarakat yang gigih bekerja
- Kim Lock gigih berusaha melakukan pelbagai pekerjaan untuk mengumpul wang semasa berada di Singapura.

3. Masyarakat yang suka menolong orang
- Musa menyelamatkan Maniam yang cedera dipukul orang walaupun mereka berlainan bangsa.
4. Masyarakat yang mengenang jasa
- Poh Eng berusaha berjumpa dengan Mak Limah yang telah menjaganya dengan baik semasa pendudukan Jepun bagi mengenang jasa Mak Limah.

5. Masyarakat yang setia kepada suami
- Malini sangat setia dan sentiasa merindui Maniam walaupun suaminya telah meninggalkannya.
6. Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan anak-anak
- Pak Musa tidak membenarkan anaknya pergi sekolah untuk belajar. Bermacam-macam cara dilakukan untuk mengelakkan anaknya, Seman daripada ke sekolah.

7. Masyarakat yang mudah percaya akan khabar angin
- Perumal dan orang-orang kampung mudah percaya dengan kata-kata Suppiah tentang Maniam.

8. Masyarakat Jepun yang zalim dan kejam
- Kedatangan Jepun ke Tanah Melayu menyusahkan semua orang dengan kezaiman mereka.

Gaya Bahasa

1. Diksi
- Penggunaan telor Cina
Contoh : “Gua tidak mahu miskin susah sama lu, Seman,” kata orang Cina itu setelah Seman duduk di atas bangku …
- Penggunaan Bahasa Inggeris - lodging
- Penggunaan Bahasa Jepun – Heiho, kempeitai

2. Personifikasi
- Malam yang masih muda….
- Bunyi jengkerik mendayu-dayu, begitu memilukan….

3. Simile
- Tangan Mak Limah yang berkerut seribu dan kurus seperti cakaran itu terus menghentak-hentak……
- ….Musa pejam rapat, nafasnya saja yang agak keras seperti lembu marah.
- …Dalam masa hatinya bergelora bagai laut musim tengkujuh itu.

4. Peribahasa
- Makan hati berulam jantung

5. Hiperbola
- Gejolak kemarahan itu menjilat-jilat ke kiri kanan, mencari gas pembakar dari bahan-bahan kering untuk menyemarakkan lagi nyalanya, untuk mempercepat kemusnahan.

6. Sinkope
- Banyak singkatan digunakan – sesuai dengan latar belakang watak, cerita, dan latar zaman cerita ini .
- Contoh :
- “Aku belum mahu kahwin, mak,” katanya. Belum ada perempuan yang bersetuju dengan hatiku.”
- “Masakan tak ada pula,” jawabnya. “Anak tahir yang nombor dua itu bukan tak cantik. Kalau kau mahu yang cantik…..

7. Imej Alam
- Daun mengkuang.
- Cahaya matahari
- Belalang…

8. Pengulangan
- Matahari petang ayun-temayun. Sinar keemasan yang terakhir itu tertebar di merata tempat di permukaan bumi: Di atas daun pisang, di atas pelepah kelapa, di atas rumput, di atas belakang Seman di atas muka Mak Limah yang sudah lisut itu.
- Kematian menjadi salah satu rukun hidup di mana-mana saja, di kota mahupun di kampung, di laut mahupun di darat.

9. Anafora
- Dia berjalan tidak menoleh kiri dan kanan. Dia mahu lekas sampai di rumah, mahu lekas tahu apa yang sudah dilakukan orang terhadap mayat bapanya.
- Dia tidak peduli. Dia mencangkul juga.

Nilai

1. Nilai mengenang budi
- Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

2. Nilai bertanggungjawab
- Maniam mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.

3. Nilai kesetiaan
- Maniam tidak berkahwin lagi setelah meninggalkan isterinya, Malini.

4. Nilai kasih sayang
- Tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat mengandung kerana amat sayang akan isterinya.
- Kim Lock sangat menyayangi Ching Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak bersetuju.

5. Nilai kegigihan
- Di Tanah Melayu, Kim Lock sekeluarga berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka. Hasil kegigihannya, Kim Lock berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barangan.

6. Nilai tidak mudah putus asa
- Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai pekedai runcit dan pelbagai barangan lain.

7. Nilai Cinta akan tanah air
- Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.

Nilai

- Kaum India yang diwakili oleh Cikgu Raman juga mendirikan sekolah Tamil agar anak-anak India tidak lupa akan asal-usulnya.
8. Nilai prihatin
- Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.

Pengajaran

1. Kita hendaklah mengenang jasa orang yang pernah membantu kita semasa kita menghadapi masalah.
- Maniam berusaha mendapatkan kerja untuk Seman kerana Musa, ayah Seman, pernah membantunya semasa dia dipukul oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali.

2. Seorang suami hendaklah bertanggungjawab memberi nafkah kepada isteri masing-masing.
- Walaupun bekerja jauh daripada isterinya, Maniam tetap mengirim wang kepada isterinya di India melalui Pillay.

3. Seorang suami sepatutnya sentiasa setia kepada isteri masing-masing walau di mana mereka berada.
- Maniam tidak berkahwin lagi setelah meninggalkan isterinya, Malini.

4. Sebagai ibu bapa, kita hendaklah adil dalam mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak.
- Maniam tidak membenarkan isterinya membuat kerja rumah ketika isterinya sarat mengandung kerana amat sayang akan isterinya.
- Kim Lock sangat menyayangi Cing Huat. Dia sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk melindungi anak-anak mereka. Ada orang yang mahu membeli Cing Huat tetapi dia tidak bersetuju.

5. Kita hendaklah gigih berusaha untuk mencapai kejayaan dalam hidup.
- Di Tanah Melayu, orang Cina dan India berhijrah dari satu tempat ke tempat yang lain untuk memperbaiki kehidupan mereka. Contohnya, hasil kegigihannya, Kim Lock berjaya membuka kedai yang menjual pelbagai barangan.

Pengajaran

6. Kita tidak seharusnya mudah putus asa terhadap sebarang kegagalan.
- Gagal di satu-satu tempat, tidak mematikan semangat Kim Lock, sebaliknya dia berpindah dari satu tempat ke satu tempat sehinggalah dia bertapak kukuh di Simpang Empat sebagai pekedai runcit dan menjual pelbagai barangan lain.

7. Kita hendaklah mencintai tanah air sendiri.
- Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.
- Kaum India yang diwakili oleh Cikgu Raman juga mendirikan sekolah Tamil agar anak-anak India tidak lupa akan asal-usulnya.

8. Kita hendaklah menderma kepada orang yang memerlukan sekiranya kita mampu.
- Cing Huat berusaha dengan cara sendiri untuk membina sekolah di kawasan tempat tinggal mereka bagi memastikan anak-anak kaum Cina tidak lupa akan asal-usul dan bahasa ibunda mereka.

9. Setiap orang perlu rajin berusaha untuk mencapai kejayaan.
- Pengajaran ini dapat digambarkan melalui watak Seman, Kim Lock, Cing Huat, dan Maniam.

~wasiatpejuang~

Undi BN di Tenang Cuma Naik 332 undi

Lihatlah keputusan di atas. Undi BN cuma naik 300 undi. Tapi majoriti PAS jatuh lebih 1200 undi. Mengikut laporan Harakahdaily di bawah, ramai pengundi PAS tidak dapat mengundi kerana pusat pengundian dilanda banjir.

Maka, tak hairanlah keputusan seperti ini tidaklah sangat menggembirakan UMNO dan BN. Kalau tiada hujan, majoriti BN sepatutnya tidak jauh dari 2008. Kesimpulannya, tahap sokongan rakyat kepada BN sebenarnya tidak berubah sangat dari 2008.

~Tulang Besi~

Penyumbang utama kejayaan Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil Tenang adalah kerana kejayaannya membawa keluar seramai mungkin para penyokong utamanya di Felda dan kampung Melayu walaupun kawasan mereka dilanda banjir.

Pada jam 11 pagi ketika para pelancong politik, petugas dan pengundi bersesak di jalan menuju ke kampung dan Felda Tenang kerana banjir, siren petugas kecemasan kerajaan bingit meminta laluan diberikan kepada mereka untuk membawa bot ke sana.

Antaranya bot polis, tentera, Pertahanan Awan dan juga Bomba dan Penyelamat bergegas di bawa ke sana.

Namun usaha ini tidak berlaku di kawasan pengundi Cina. Ini menyebabkan, kenaikan mendadak peratus mengundi di kawasan Felda dan kawasan tradisional Melayu berbanding kawasan Cina.

Hasilnya, BN berjaya menaikkan peratusan pengundi Melayu mereka kepada 83.3 peratus iaitu kenaikan 4 peratus berbanding pilihan raya umum 2008 lalu.

Ia berlaku apabila jumlah pengundi Melayu dinaikkan kepada 81 peratus iaitu kenaikan 2 peratus berbanding sebelum ini sedangkan jumlah pengundi Cina jatuh 18 peratus manakala India jatuh 23 peratus.

Kawasan undi Kampung Redong sahaja berjaya dinaikkan 11 peratus kepada 80 peratus berbanding sebelum ini hanya 69 peratus.

Felda Chemplak naik 6 peratus kepada 88 peratus manakala di Felda Tenang naik 6 peratus kepada 86 peratus.

Peratusan ini adalah berdasarkan analisa peratusan keluar mengundi yang dibuat oleh Tony Pua, anggota Parlimen Petaling Jaya Selatan.

Undi Cina dan India

Kerana sikap pilih kasih dan bias fokus alat kerajaan untuk kepentingan BN ini, peratusan pengundian di kawasan Cina jatuh teruk. Ia ditambah pula dengan suasana sambutan Tahun Baru Cina yang hampir tiba. Mereka bimbang untuk meredah banjir dan hujan kerana takut demam atau cedera menjelang sambutan itu.

Hasilnya, peratusan keluar mengundi Cina jatuh 18 peratus iaitu kepada 54 peratus sahaja. Namun begitu, peratus undi untuk PAS kekal iaitu 64 peratus.

Peratusan keluar mengundi untuk Labis hanya 50 peratus, Labis Tengah 72 peratus, Labis Timur 67 peratus manakala Tenang Station hanya 51 peratus.

Kawasan yang paling teruk terjejas akibat diskriminasi ini adalah pengundi India apabila hanya 39 peratus sahaja pengundi mereka turun iaitu turun sebanyak 23 peratus.

Pada jam 3 petang semalam, Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar meminta SPR menangguhkan pilihan raya ini kerana ramai yang tidak boleh kelauar akibat banjir ini.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Namun begitu, selepas pengumuman dibuat, seorang lagi naib presidennya yang juga pengarah pilihan raya ini, Salahuddin Ayub berkata mereka akan menerima keputusannya buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau mengakui bahawa sokongan kepada PAS dan Pakatan Rakyat terjejas teruk oleh banjir yang melanda beberapa pusat pengundian di Tenang hari ini.

Kataya, banjir telah menjejaskan peluang parti itu kerana ia melanda banyak kawasan di bandar itu seperti Ladang Labis Utara, Bandar Labis Tengah, Bandar Labis Timor.

Kejayaan PAS

Namun begitu, dengan kekalahan ini PAS masih berbangga dengan beberapa perkara termasuk menyelesaikan persepsi yang cuba dibina oleh Umno selama ini kononnya PAS berkawan dengan DAP yang anti Islam.

Pilihanraya ini membuktikan, MCA sebenarnya yang anti Islam bahkan tidak cuba langsung mendekati dan memahami Islam.

"What is so great about knowing Muslim values?" (Apa baiknya untuk (saya) mengetahui tatasusila orang Islam?)" kata Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek.

Sebelum itu, beliau menghina calon PAS, Normala Sudirman yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya dan juga memakai sarung tangan untuk membolehkan beliau bersalama dengan mereka.

Ekoran itu pelbagai pihak telah mempertikaikan Soi Lek sehingga Mufti Perak sendiri meminta beliau memohon maaf kepada orang Islam kerana penghinaannya itu.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pula menyeru seluruh jentera parti PAS untuk menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu Barisan Nasional.

“Untuk menganggap Felda kubu BN saya kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bilamana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ianya termasuk kawasan Felda,” kata Tuan Ibrahim yang diminta mengulas kegagalan PAS menembusi kawasan Felda di pilihanraya kecil Tenang.

Calon PAS, Normala Sudirman tewas kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakalah Azahar memperolehi 6,699 undi dengan peratusan keluar mengundi hanya 66.7 peratus.

Jentera Pakatan Rakyat berjaya mengekang majoriti BN naik kepada melebihi 5000 undi sebagaimana yang disasarkan BN.

Siapa menang dan tewas di Tenang?

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng mempunyai analisis 'ganjil' berhubung keputusan pilihan raya kecil Tenang semalam.

"Pemenang dan si kalah bukanlah calon tetapi orang lain," kata setiausaha agung DAP itu.

Di pihak BN, pemenang sebenar adalah Menteri Besar Johor Abdul Ghani Othman yang berjaya menunjukkan kebolehan dan kemampuannya, kata Lim dalam sidang media di Komtar hari ini.

"Manakala pihak yang kalah bukan calon PAS tetapi... kamu tahulah," tambahnya.

Apabila ditanya tentang pihak yang dimaksudkannya itu, beliau masih enggan menyatakannya.

"Dalam hati, kamu tahulah siapa dia," katanya Lim lagi, dipercayai merujuk kepada kemampuan MCA di kawasan Cina di Labis.

~MK~

PAS rangka strategi berkesan PRU13 nanti

PAS akan merangka strategi berkesan dalam pilihanraya seterusnya dan akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia. Demikian kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily ekoran kekalahan calonnya, Normala Sudirman di Tenang.

Calon BN pada PRK Tenang, Mohd Azahar Ibrahim mendapat 6,699 undi menewaskan calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Normala Sudirman atau Cikgu Mala yang memperolehi 2,992 undi dengan majoriti 3,707 undi.

Meskipun berjaya mempertahankan kerusi Dun Tenang, namun BN gagal mencapai majoriti sasaran iaitu 5,000 undi sebagaimana yang pernah dihasratkan oleh Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Menurut Abdul Hadi yang juga anggota Parlimen Marang, PAS senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata,.

Tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem demokrasi yang adil dan tulen.

Berikut adalaah kenyataan penuh beliau:

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

“Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan.

Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.

Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.

Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem
demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Murujib Intai Teknologi, BN (Bini Najib) Intai Rezeki

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata satu kajian akan dilaksanakan mengenai tenaga alternatif yang sedang dibangunkan oleh Abu Dhabi bagi melihat sama ada teknologi yang terlibat boleh diguna pakai di Malaysia.

"Jika inilah keadaannya, kita akan menggalakkan bandaraya Masdar dan Mubadala Development Company untuk melabur atau bekerjasama dengan rakan di Malaysia bagi membangunkan tenaga alternatif di negara kita," katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia sebelum berlepas pulang selepas mengadakan lawatan kerja sehari ke Abu Dhabi di mana beliau merasmikan forum "Invest Malaysia 2011" semalam.

Najib telah mengambil peluang itu untuk melawat Bandaraya Masdar, satu pembangunan meneutralkan karbon bernilai berbilion dolar di padang pasir Abu Dhabi.

Bandaraya Masdar adalah satu pembangunan mesra pejalan kaki berkapadatan tinggi teknologi tenaga diperbaharui dan bersih yang sedang dilaksanakan dan akan datang, dipamerkan, dipasarkan, dilakukan penyelidikan, dibangunkan, diuji dan dilaksanakan.

Menjelaskan lebih lanjut, Najib berkata kajian itu, antara lain akan mengkaji aspek kos menggunakan sumber tenaga diperbaharui seperti solar dan angin.

"Kita ingin tahu, sebagai contoh, kos tenaga solar setiap jam kilowatt, sama ada ia opsyen berdaya maju berbanding tenaga yang sedang dikeluarkan melalui grid kuasa nasional," katanya.

Malaysia, katanya juga berminat mempelajari lebih banyak mengenai pengalaman Emiriah Arab Bersatu (UAE) di dalam pembangunan tenaga nuklear.

Melalui perancangan bagi penempatan 50,000 penduduk serta ratusan perniagaan, Bandaraya Masdar akan menyepadukan sepenuhnya pelbagai tenaga diperbaharui dan teknologi mampan, yang merentasi kehidupan dan pekerjaan komuniti itu.

Masdar, satu syarikat kepelbagaian tenaga diperbaharui, adalah satu anak syarikat milik penuh Mubadala Development Company, iaitu jentera pelaburan kerajaan Abu Dhabi.

~Bernama~

UMNgOk Nak Kata Apa Apabila India Masuk Masjid

Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dibawa beliau naik ke masjid Pulau Melaka.

Sebelum itu rombongan yang diketuai Adnan Mat Nor selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10.

Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Pegawai Penerangan Zon daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan yang tidak pernah terpinggir dan sentiasa dilibatkan di didalam setiap program.

Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya memasuki masjid untuk mendengar tazkirah yang disampaikan Nik Aziz.

Antara kandungannya Nik Aziz berkata, di Kelantan PAS mengamalkan sistem pemerintahan Islam kerana ia adil untuk semua kaum.

“Kita semua adalah keturunan dan cucu cicit Nabi Adam a.s yang merupakan adik beradik, Umno tidak pernah memberitahu sedemikian kerana mereka tidak mengamalkan sistem politik Islam, sebaliknya mereka mengamalkan sekularisme, dan ini boleh memecahbelahkan keharmonian kaum. Namun di Kelantan menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberitahu perkara ini.

“Soal orang bukan Islam memasuki masjid sengaja diperbesar-besarkan demi politik murahan mereka, di Kelantan kita menggalakkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid, dan banyak program telah diadakan di masjid yang turut melibatkan orang bukan Islam,” jelasnya.

Beliau juga menyifatkan orang bukan Islam yang memasuki masjid akan dapat belajar apa yang diajarkan oleh Islam tetapi mestilah dengan beradab dan sopan.

Nik Aziz juga menyeru supaya perkara-perkara yang baik seperti diuar-uarkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negeri-negeri selain Kelantan kerana orang-orang bukan Islam di Kelantan kini telah dapat menerimacorak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan kerana Islam adalah adil untuk semua.

Selepas itu ahli rombongan telah dipelawa oleh Nik Aziz ke kediamannya yang terletak bersebelahan dengan masjid.

~harakah~

NGO, pembangkang serbu kedutaan Mesir di KL

Sekumpulan NGO dan parti pembangkang pagi ini mengadakan bantahan di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dalam menuntut regim Mubarak turun dari tampuk kuasa.

Kumpulan 70 orang itu berhimpun kira-kira 10.45 pagi di tempat letak kereta di depan Taman Tasik Ampang Hilir sebelum berarak pada jam 11.05 pagi ke kedutaaan sambil melaungkan slogan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak).

Kelihatan juga slogan presiden negara itu Hosni Mubarak - yang dilukis lambang Zionis di dahinya - diarak.

"Perhimpunan itu sebagai tanda kebersamaan rakyat Malaysia dengan rakyat Mesir. Kami mahukan pemerintah Mesir menghentikan layanan ganas mereka dan berhenti membunuh rakyat Mesir," kata bekas naib presiden PAS Mohamad Sabu kepada pemberita.

Walaupun berjaya berunding dengan kira-kira 50 polis yang mengawal keadaan, kumpulan itu tidak berjaya menyerahkan memorandum kepada pihak kedutaan kerana tiada wakil yang tampil untuk menerimanya.

"Tiada seorang pun yang datang menerima memorandum kami. Jadi, bagi pihak semua NGO dan parti politik di sini, kita akan hanar dokumen ini melalui peti surat mereka," kata pengerusi biro antarabangsa PAS Syed Azman Syed Ahmad.

Antara kumpulan terlibat dalam perhimpunan itu, pemimpin PAS, PKR, PSM, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Suara Rakyat Malaysia dan beberapa warganegara Mesir, kebanyakannya pelajar.

Kumpulan itu turut merancang sebuah lagi perhimpunan di kedutaan Amerika Syarikat pada Jumaat ini.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa mereka sudah sampai pada tahap "tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab secara khusus.

~MK~

PAS, PKR dan 71 NGO demo bantah Mesir

Pemimpin PAS, PKR dan beberapa NGO hari ini berhimpun di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menyerahkan memorandum menuntut agar regim Hosni Mubarak berundur.

Mereka berhimpun bagi menunjukkan semangat setiakawan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dan menuntut agar kerajaan yang ada tidak menggunakan kekerasan dan menerima tuntutan rakyat.

Antara yang hadir adalah AJK PAS Pusat Mohamad Sabu, Dr Syed Azman, Adun Kota Damansara Dr Nasir Hashim, Ketua Pemuda Nasruddin Hassan Tantawi dan juga ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof.

Mereka berarak daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ sambil melaungkan kecaman ke atas Mubarak dengan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.

Setakat ini, dalam bantahan besar-besaran penduduk Mesir, ratusan telah terkorban apabila ribuan membanjiri Dataran Tahrir di Kaherah bagi menuntut penamatan 30 tahun pemerintahan Hosni Mubarak.

Aljazeera hari ini melaporkan, pemimpin pembangkang Mohamed ElBaradei yang menyertai kumpulan penunjuk perasaan itu memberitahu orang ramai pada Ahad malam bahawa "kita sudah bermula dan tidak boleh berpatah balik".

Sejak Selasa lepas beberapa siri demonstrasi dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak pengunduran Mubarak.

Kebangkitan rakyat Mesir itu kini menarik perhatian seluruh dunia kerana dijangka memberi kesan besar kepada politik dunia Arab.

~harakah~

Sunday, January 30, 2011

(Pergi Mampus Dengan Bala Krishnan) Sudah Dijangka

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau telah lama menjangka Anggota Parlimen Padang Serai N. Gobalakrishnan akan keluar daripada parti itu.
Katanya tindakan Gobalakrishnan itu juga tidak menjejaskan PKR.

"Dia dah keluar tak apalah, biar kita teruskan," katanya kepada pemberita selepas majlis Wacana Memperkasa Fikrah Rakyat, di Shah Alam hari ini.

Ketua pembangkang itu diminta mengulas tindakan Gobalakrishnan yang dilapor meninggalkan PKR dan melepaskan semua jawatannya dalam parti tersebut, semalam. Mengulas lanjut, Anwar berkata pucuk pimpinan parti itu bagaimanapun masih belum menerima surat rasmi daripada Gobalakrishnan berkenaan perkara tersebut.

Setakat ini beliau hanya mengumumkan perkara itu menerusi laman sosial Twitter dan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail telah mengarahkan beliau memberi penjelasan berhubung perkara tersebut, kata Anwar.

Dalam satu kenyataan menerusi Twitter, Gobalakrishnan - bekas calon naib presiden PKR - berkata tindakannya itu disebabkan hilang keyakinan terhadap kepimpinan parti.

~Bernama~

Bantuan angkut pengundi tidak adil

Hujan lebat sepanjang hari Tenang telah mengakibatkan banyak kawasan di luar bandar ditenggelami banjir dan beberapa pusat pengundian terputus hubungan. Keadaan itu menyebabkan ramai pengundi Cina - yang menjadi bank undi Pakatan - tidak dapat keluar mengundi.

Walaupun pasukan polis, tentera, jabatan pertahanan awam dan berbagai agensi kerajaan telah dikerah membantu membawa penduduk ke pusat pengundian, tetapi pemimpin Pakatan mengadu ia tidak dilakukan secara adil.

Mereka mendakwa lebih banyak kemudahan pengangkutan dikerah ke kawasan Felda - yang merupakan penyokong kuat BN.

"Mengapa tidak ada bot untuk membawa majoriti pengundi di bandar Labis yang ditenggelami banjir tetapi Felda mendapat semua bot polis dan bomba?" soal ketua publisiti DAP, Tony Pua dalam twitternya.

Menurutnya, kegagalan untuk menyediakan bot dan lori yang cukup, dan diagihkan secara adil di semua daerah pengundian, akan menjejaskan keputusan pilihan raya kecil ini.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Tony berkata pihak polis dan tentera seharusnya tidak hanya memberi bantuan ke tempat-tempat tertentu sahaja kerana banjir berlaku di semua kawasan pilihanraya.

Sekurang-kurangnya dua pusat pengundian - SMK Kamarul Ariffin dan dewan serbaguna Kampung Paya Merah di bandar Labis - terputus hubungan kerana teruk dilanda banjir sekitar jam 2.30 petang tadi.

Kedua-duanya masing-masing merupakan pusat pengundian bagi Bandar labis Tengah dan Bandar Labis Timur yang didominasikan pengundi Cina dan dimenangi PAS dalam dalam pilihan raya umum.

Daripada 12 daerah mengundi, PAS hanya memenangi di tiga daerah majoriti pengundi Cina pada 2008.

Menurut ahli parlimen Serdang, Teo Nie Ching, kadar pengundian tersebut hanya mencecah 20 peratus pada jam 1 tengaharai tadi,
berbanding dengan 50 peratus pengundian di kawasan majoriti Melayu di Felda.

BN memperolehi 80 peratus undi di tiga penempatan Felda dalam pilihanraya umum lalu.

Dalam twitternya, Teoh memberi beberapa nombor telefon dan meminta pengundi Cina untuk menghubungi mereka untuk dibawa ke pusat pengundian. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof dilaporkan berkata tempoh pengundian tidak akan dilanjut.

Walaupun beberapa jalan ke pusat pengundian terputus kerana banjir, pelbagai agensi kerajaan dikerah membantu menghantar pengundi ke pusat-pusat tersebut, kata Abdul Aziz. Di bawah undang-undang sekarang, tempoh pengundian tidak boleh dilanjutkan, kata timbalan pengerusi SPR, Datuk Wan Wan Ahmad Omar.

~MK~

Tempoh pengundian tidak dilanjutkan

Walaupun hujan lebat, tempoh pengundian dalam pilihan raya kecil DUN Tenang tidak akan dipanjangkan, kata Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof. RTM melaporkan beliau berkata, walaupun beberapa pusat pengundian tidak boleh dilalui, pelbagai agensi kerajaan membanti mengangkut pengundi dengan kenderaan berat.

Sementara, SMS Sinar Harian pula melaporkan, SPR meminta pengundi Tenang tidak mempercayai khabar angin kononnya proses pengundian ditangguhkan kerana hujan lebat dan banjir.

Sehingga jam 2 petang tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 61.17 peratus atau 9,025 orang. SPR menjangka sekitar 80 peratus pemilih berdaftar akan keluar mengundi hari ini.

Seramai 14,753 pengundi akan mengundi hari ini untuk memiliha antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

~MK~

PAS gesa SPR tangguh pengundian

PAS mendesak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi Pilihan Raya Kecil Dun Tenang hari ini ekoran kebanyakan kawasan terputus hubungan. Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, SPR perlu segera membuat keputusan itu ekoran pengundi kini tidak boleh keluar akibat hujan lebat dan banjir.

"Saya minta SPR menangguhkan proses pengundian hari ini kerana hujan lebat dan banjir.

"Pengundi kini sudah terputus hubungan kerana jalan sudah ditutup dan ada dikalangan mereka takut meninggalkan rumah untuk keluar mengundi ekoran banjir di kawasan mereka," katanya.

Hujan lebat sejak awal pagi tadi menyebabkan Labis kini terkepung oleh banjir dari kedua dua arah jalan masuk Segamat dan Yong Peng.

Manakala di Tenang sendiri, beberapa kawasan kini ditenggelami air dan penduduk sedang giat dipindahkan oleh pihak keselamatan termasuk pasukan tentera dan Pertahanan Awam Malaysia.

Laluan di Tenang Stesen ditutup sejak jam 12 tengahari tadi ekoran paras air tinggi mencapai lebih satu meter. Jalan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin menuju ke Air Panas turut ditutup.

Ianya sekaligus menghalang pergerakan penduduk yang mahu keluar mengundi. SPR sebelum ini menjelaskan, proses pengundian tetap akan diteruskan kerana banjir hanya melanda kawasan kediaman penduduk dan bukan tempat mengundi.

Mereka turut menyediakan kenderaan bagi mengangkut pengundi ke tempat mengundi. Namun menurut Mahfuz, keadaan kini bertambah buruk ekoran hujan lebat masih tidak berhenti, dan beberapa jalan lagi telah dinaiki air.

"SPR perlu tegas dan jangan hanya menjaga kepentingan Umno BN sahaja," katanya.

Sehingga jam 2 petang tadi, SPR memaklumkan 61.17 peratus iaitu 9,025 pengundi.

~harakah~

Laluan Labis-Kg Paya Merah putus

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini. Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus). Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.

Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari. Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis. Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008. Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

~MK~

Dua Kali BN (Bini Najib) Perabih Duit Di Abu Dhabi

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Abu Dhabi Sabtu malam bagi melancarkan forum dan Invest Malaysia 2011 Magazine, dalam usaha menarik lebih ramai pelabur Negara-negara Teluk untuk melabur di Malaysia.

Ketibaan beliau di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi disambut ketua protokol Kementerian Luar Emiriyah Arab Bersatu (UAE) Abdul Salam Harib. Turut hadir Duta Besar Malaysia Datuk Yahaya Abdul Jabar dan pegawai-pegawai kedutaan dan agensi-agensi kerajaan Malaysia.

Najib diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor dalam lawatan kerja sehari itu. Pesawat mereka mendarat di Abu Dhabi, ibu negara UAE, pada kira-kira 11 malam Sabtu waktu tempatan (3 pagi Ahad di Malaysia).

Majlis Invest Malaysia 2011 dianjurkan bersama Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA), Focus International dan Arabian Business dan kedutaan Malaysia di Abu Dhabi.

Najib juga dijadual menyaksikan upacara menandatangani Perjanjian Rangka Kerja mengenai Kerjasama Ekonomi, Pelaburan dan Teknikal (FAECITC) antara Malaysia dan negara anggota Majlis Kerjasama Negara Arab Teluk (GCC).

Kerjasama itu merupakan pelopor kepada perjanjian dagangan bebas antara Malaysia dan negara-negara anggota GCC iaitu Arab Saudi, Qatar, Kuwait, Oman, Bahrain dan UAE. Najib juga dijangka bertemu beberapa pemimpin industri dari negara-negara Teluk di luar daripada majlis Invest Malaysia 2011 yang diadakan di Emirates Palace Hotel.

~Bernama~

DAP dakwa berlaku pembelian undi di Tenang Station

DAP mendakwa berlaku pembelian undi di SJK (C) Ai Chun yang terletak dalam daerah pengundian Tenang Station.

Menurut Teo Chin Liang bapa kepada ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching - dia dan agen undi DAP, Liew Choan Chee (kanan, berdiri), pergi ke dewan sekolah tersebut di mana mereka mendapati pintunya terbuka luas, yang menurut mereka tidak biasa berlaku pada hujung minggu.

Setibanya di situ, kata Teo, dia nampak beberapa orang lelaki Cina sedang duduk di sebuah kaunter. Dia kemudiannya didatangi tiga orang, yang bertanyakan mengapa dia berada di situ.

Teo menjawab dia hanya mahu melihat yang apa yang sedang berlaku di situ. Mengesyaki sesuatu, dia kemudiannya memanggil Liew yang berada di dalam kereta dan Liew datang serta mengambil gambar tiga orang berkenaan.

Meliha foto mereka diambil, ketiga-tiga mereka menjadi marah.

Menurut Teo, seorang daripada mereka yang berbaju putih, mengejar
Liew hingga ke keretanya dan mengarahkannya menyerah kameranya, dan mengancam akan menggunakan kekerasan jika Liew enggan berbuat demikian.

Liew, bagaimanapun, memberi amaran kepada penyokong ketiga-tiganya bahawa penyokong PAS akan sampai beberapa minit lagi. Mereka jadi takut dan beredar dari situ. Setelah mereka pergi, kelihatan masih ada yang datang ke dewan sekolah tersebut.

Apabila ditemui Teo, beberapa orang berkata mereka diminta datang oleh seorang yang dipanggil 'Ah Teck' untuk mengundi di situ, walaupun sekolah berkenaan bukan menjadi pusat pengundian.

Tertinggal di situ ialah cek RM3,000 yang telah dikoyak, dengan tandatangan ketua kampung yang juga pengerusi MCA Kampung Sawah Padi, Kok Yun Keong. Cek bertarikh 27 Januari itu, ditulis "MCA cawangan Tenang" di atasnya, namun tiada nama penerima.

~MK~

PAS kesal dihalang berkempen

PAS kesal dengan sikap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang didakwa berat sebelah terhadap Pakatan Rakyat pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor, Dzulkefly Ahmad berkata, kekesalan tersebut ekoran SPR gagal memastikan semua parti bertanding berhak mengakses ke semua kawasan yang terlibat dengan PRK tersebut.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kepada maklumat yang diterima daripada petugas parti bahawa mereka tidak dibenarkan masuk berkempen di Ladang Labis Utara dan Ladang Bukit Datuk.

"Kenapa BN boleh masuk berkempen, Pakatan Rakyat tak boleh masuk?

"Sepatutnya semua pengundi ada hak untuk akses maklumat daripada kedua-dua parti," kata beliau pada sidang media harian dekat sini, hari ini.

Tambahnya apabila petugas parti memaklumkan perkara demikian kepada SPR, mereka berkata perkara tersebut di bawah kuasa pemilik ladang berkenaan.

"Kita bawa peguam kita jumpa SPR,tapi mereka kata itu terpulang kepada pemilik ladang. Tapi kita katakan SPR bertanggungjawab dalam memastikan rakyat mendapat maklumat," katanya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR dapat mengambil tindakan segera memandangkan hari ini merupakan hari terakhir kempen.

Sementara itu, beliau berkata Pakatan Rakyat akan berhimpun di Dataran Cikgu Mala malam esok bagi mendengar keputusan PRK ini.

"Kita akan adakan perhimpunan untuk dengar keputusan di Dataran Cikgu Mala malam esok samaada menang atau kalah, kita tak kisah," katanya.

~harakah~

Peratusan Cina mengundi rendah

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini. Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.

Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.

Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini. Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis. Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.

Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008. Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

Pemimpin DAP mula panik dengan peratusan rendah keluar mengundi masyarakat Cina, memaksa seruan mengundi dikeluarkan.

"Amaran! Peratusan keluar mengundi di kawasan Cina cuma 20 peratus; Felda sudah 50 peratus. Tolong bantu panggil orang yang kamu kenal di Labis," tulis anggota parlimen Serdang Teo di laman Twitter.

Sementara ketua publisiti Pemuda DAP Selangor pula menulis: "Secara keseluruhan, peratusan keluar mengindi di tiga kawasan majoriti Cina amat rendah! Labis Tengah 300 (orang); Labis Timor 600; Tenang Station 200 sehingga 10.30am.”

~MK~

Mengundi dalam hujan lebat dan banjir

Calon PAS bagi PRK Tenang, Normala Sudirman, atau Cikgu Mala menyeru masyarakat agar keluar mengundi awal walaupun hujan lebat turun sejak awal pagi tadi. Beliau berkata demikian ekoran khuatir beberapa kampung yang berkawasan rendah, akan dilanda banjir jika hujan lebat berterusan.

Difahamkan beberapa tempat sudahpun dilimpahi air termasuk kawasan kampung sekitar Lembah Bakti, Tenang Stesen dan Pekan Air Panas. Di pusat pengundian di SMK Tenang Stesen, pengundi terpaksa mengharung jalan yang dinaiki air sebelum melalui jalan menuju ke pusat tersebut untuk mengundi.

SPR menyediakan sebuah van untuk menghantar pengundi balik ke jalan utama, tempat mereka meletak kereta masing-masing. Ditanya adakah hujan akan menyebabkan peratusan keluar mengundi terjejas, beliau berkata masyarakat Dun Tenang diyakini tetap akan keluar mengundi.

"Saya yakin walapun hari ini hujan turun agak lebat dan cuaca mungkin membatsakan segalanya, tetapi dengan keyakinan pengundi akan melakukan perubahan, saya percaya pengundi akan keluar mengundi juga demi untuk memilih wakil rakyat untuk membawa suara dan permasalahan mereka ke Dun Johor," katanya.

Sehingga jam 11 pagi tadi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan peratusan pengundian adalah 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi. Jumlah keseluruhan pengundi biasa di Dun Tenang adalah seramai 14,554 manakala 119 lagi adalah pengundi pos yang telah menunaikan tanggungjawab sama sebelum ini.

Pengundi akan memilih antara calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru manakala calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah. Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini

Ketua Dewan Muslimat PAS, Ustazah Nuridah Saleh yang turut bersama mengiringi calon ketika ditemui berharap hujan yang melanda Labis sejak beberapa hari lalu membawa kebaikan kepada rakyat di Dun ini.

Keadaan hujan juga turut memaksa proses merayu undi oleh penyokong kedua-dua parti agak terbatas. Mereka terpaksa berpayung dan berbaju hujan dan sesetengahnya rela basah kuyup.

~harakah~

Bazir RM4juta Seperti Bini Najib Bazirkan Wang Negara

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang juga menteri pelajaran perlu memberi penjelasan terperinci berhubung kesilapan mencetak 400 ratus ribu buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1 sehingga menyebabkan buku itu ditarik balik, kata Ketua Pemuda PKR, Shamsul Iskandar Md Akin.

Beliau dipetik oleh TV Selangor sebagai berkata Muhyiddin selaku menteri yang bertanggungjawab perlu menjelaskan kerugian yang mencecah hampir RM4 juta itu.

"Beliau adalah individu yang bertangungjawab ke atas kesilapan sehingga memberikan kesan implikasi bukan sahaja terhadap pelajar sekolah malah ke atas implikasi ekonomi.

"Ini jelas merupakan satu pembaziran yang membabitkan jumlah wang yang begitu besar, jumlah RM4 juta ini jelas menunjukan timbalan perdana menteri yang juga menteri pendidikan mengambil sikap endah tidak endah.

“Dan sikap melepaskan batuk di tangga dalam usaha kerajaan memberi ingatan kepada rakyat supaya berhemah dan berjimat cermat dalam berbelanja tetapi dalam hal ini wang itu dihabiskan begitu sahaja," kata Shamsul.

Akhbar semalam melaporkan, kementerian pelajaran akan menarik balik hampir 400,000 buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun 1sekolah kebangsaan kerana mengandungi pelbagai kesalahan dan menggantikan dengan buku teks cetakan baru, Mac depan.

Harga seunit buku teks KSSR bahasa Inggeris tahun satu adalah RM8.20 dan jika mengambil kira keperluan hampir 400,000 naskah maka jumlahnya mencecah RM4 juta.

Ditanya apa tindakan yang patut diambil kepada pihak terbabit berhubung kerugian ini, Shamsul menegaskan Muhyiddin perlu dipertanggungjawabkan.

Letak jawatan

"Kalau berlaku di mana-mana negara, pada saya dari segi tanggungjawab, sudah pasti menteri berkenaan harus meletakan jawatan dan mengambil sikap tindakan bertanggungjawab kerana ia membabitkan wang rakyat yang begitu besar.

“Sebab itu kami memberi ingatan dan teguran yang keras kepada TPM dengan mengambil mudah jawatan TPM dan juga menteri pelajaran dan jangan sibuk menyerang pembangkang dan sibuk berpolitik.

"Pada saya menteri kewangan, Datuk Seri Najib (Razak) harus mengambil tindakan yang tegas, paling tidak pun memberi kata-dua kepada menteri pelajaran supaya perkara ini tidak berlaku lagi," katanya.

Sementara itu, setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) Loke Yim Phang yang juga dihubungi TV Selangor berkata perkara yang menyebabkan kejadian itu masih belum diketahui puncanya sama ada disebabkan kesilapan manusia atau masalah percetakan namun kesilapan itu tidak sepatutnya berlaku.

"Sesuatu benda itu bila diterbitkan mesti tepat, kerana ia akan menyebabkan pembaziran, kalau kita hendak fokus kepada kualiti asasnya buku yang hendak dikeluarkan perlu ada kualiti.

"Bagi saya kita kena pastikan bahawa dalam proses percetakan sesuatu buku untuk pelajar itu kita tidak boleh lupa kepada kualiti," katanya.

~MK~

Saturday, January 29, 2011

Najib alih isu pengganas kerana takut berdebat dengan Anwar

Mengulas isu itu, Anwar semasa berceramah di Dataran Cikgu Mala dekat sini 29 Jmalam tadi berkata, Najib pada tahun 2010 telah bertemu dengan pemimpin Arab Saudi bagi menyiasat dakwaan kononnya Anwar ada menerima dana dari negara teluk untuk kempen pada pilihan raya umum ke-13.

Turut serta dalam ceramah tersebut ialah, Presiden PAS, Datuk seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa; Timbalan Presiden KeADILan, Azmin Ali; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Pengerusi KeADILan Johor, Dr Chua Jui Meng; Adun Sungai Abong, Dr Syed Ibrahim dan Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Ir Muhammad Nizar Jamaluddin.

Anwar berkata, stesyen televisyen antarabangsa Cable News Network (CNN) telah melihat laporan rahsia dari siasatan Arab Saudi itu menunjukkan tiada bukti menunjukkan adanya tokoh-tokoh negara teluk membiayainya.

Laporan CNN itu juga menyebut, tidak ada bukti pegawai Arab Saudi yang pernah menyokong Anwar Ibrahim dan dakwaan sokongan dari keluarga diraja Saudi yang disebutkan dalam laporan awal [nama diubah] adalah tanpa asas.

Anwar sendiri menyatakan laporan itu bukan suatu yang mengejutkannya, malah bagi Ketua Pembangkang itu, tindakan tersebut menunjukkan bahawa Najib takut berdepan dengannya menjelang pilihan raya umum ke-13.

Sehingga kini Najib belum mampu menyahut cabaran debat Anwar, tetapi membuka gelanggang lain untuk menyerangnya dalam isu dana pengganas, katanya.

Anwar juga tidak pelik dengan laporan Najib ke luar negara bukan atas urusan pelaburan, sebaliknya sanggup singgah untuk memfitnahnya.

“Saya tidak terkejut sekiranya Perdana Menteri sanggup ke luar negara, bukan demi menarik pelaburan tapi semata-mata untuk menyekat dan mentohmah saya. Mereka sebenarnya sudah mula merasai angin perubahan yang bakal melanda.

“Mereka sedar rakyat Malaysia mulai mual dengan segala macam kebobrokan. Kepimpinan Umno Barisan Nasional (BN), sebenarnya fobia dengan kemaraan rakyat,” katanya pada satu kenyataan media hari ini.

Anwar berkata, laporan itu memperlihat reaksi Najib untuk menyekat kemaraan Pakatan Rakyat yang saban hari membina sokongan rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kepincangan pentadbiran BN yang lemah mentadbir negara dan tiris akibat rasuah yang membarah.

Ujat Anwar, Buku Jingga adalah dokumen mengandungi saranan Pakatan Rakyat demi menyelamatkan Malaysia dari kerakusan dan ketidakcekapan pimpinan Umno BN hingga menyebabkan Najib berasa takut.

~harakah~

Martabatkan Wanita Dan Profesion Guru

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru pengundi-pengundi wanita dan guru di Tenang tidak mensia-siakan peluang bagi mengangkat martabat kaum hawa untuk menjadi jurubicara mereka di Dewan Undangan Negeri Johor.

“Pencalonan Cikgu Mala, seorang tokoh yang tegas dan mempunyai karisma sebagai pimpinan, serta pengorbanan beliau dalam meletakkan jawatan sebagai guru dan kehilangan segala pencen diharap akan menambah simpati pengundi kepada beliau,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya ke Harakahdaily hari ini.

Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang berkata perkara yang menarik di pilihanraya kecil Tenang kali ini ialah kekalutan yang menimpa Wanita dan Puteri Umno yang dilihat kurang menyerlah apabila pemimpin yang diwar-warkan mereka, iaitu Ketua Wanita Umno Labis tidak dipilih sebagai calon.

“Wanita dan Puteri Umno kurang menyerlah, tidak sebagaimana kebiasaannya dalam PRK, hal ini banyak dikaitkan dengan kekecewaan Ketua Wanita Umno Labis tidak dicalonkan, sedangkan nama, gambar serta gempar-gempur beliau akan jadi calon telah diisytiharkan lebih awal, dan antara yang jelas kecewa ialah Ketua Wanita UMNO Sharizat Jalil,” ujar Tuan Ibrahim.

Profesyen perguruan juga agak tertinggal sejak kebelakangan ini terutama apabila golongan guru tidak lagi mendapat tempat dalam politik negara. Kalau dahulu guru menjadi tokoh pilihan untuk menjadi calon dalam Umnio, kini tidak lagi apabila ahli perniagaan pula yang mendapat tempat.

Di PRK Tenang, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat sedang mencuba saranan terbarunya dalam memilih calon PRK iaitu “BN akan memilih calon yang boleh menang (winnable candidate) yang tidak semestinya yang mempunyai jawatan dalam parti” dengan memilih Mohd Azahar Ibrahim, bekas ADO Rengit yang tidak mempunyai sebarang jawatan dalam parti sebagai calonnya.

"OK itu tidak ada masalah tetapi yang akan menjadi masalah nanti adalah dalam menghadapi pilihan raya umum ke 13. Apakah faktor ini akan menjadi kriteria Najib?

"Andaikatalah Azahar benar-benar dibuktikan sebagai winnable candidate dalam pilihan raya kecil ini. Beliau mendapat undi yang besar bahkan lebih dari sasaran BN iaitu melebihi 5,000 undi majoriti.

"Apakah sebenarnya akan terjadi kepada kesemua pemegang jawatan dalam Umno sekarang di seluruh negara.

"Apakah mereka juga termasuk dalam senarai winnable candidate atau pimpinan Umno tidak lagi melihat mereka sebagai calon-calon yang berpotensi untuk menang,” tulis Zulkifli Sulong, Ketua Pengarang Harakahdaily di kolumnya dalam The Malaysian Insider.

Ada juga pemerhati politik yang berpendapat bahawa Umno-Barisan Nasional sedang melayan pengundi-pengundi di Tenang sebagai anak tiri berbanding dengan pilihanraya-pilihanraya kecil yang lain dengan jumlah wang yang ditaburkan jauh lebih sedikit dan ketiadaan janji-janji projek besar seperti kawasan lain.

Bahkan sepanjang kempen, Najib juga tidak berapa kelihatan di Tenang kerana yakin bahawa pengundi-pengundi yang marah di kubu kuat mereka tetap akan mengundi calon Barisan Nasional.

Berdasarkan pengamatan tersebut, Tuan Ibrahim menyeru pengundi di Tenang untuk membuat perubahan bagi menaikkan taraf mereka kepada status anak kandung Umno-Barisan Nasional dengan memberikan undi ke calon PAS bagi mencatatkan sejarah politik di Johor esok.

Tempoh berkempen bagi DUN Tenang akan berakhir jam 12 malam ini dan pengundi akan mula membuang undi bermula jam 8 pagi besok.

~harakah~

UMNgOk Takut Normala Serang Peribadi Suaminya

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar mendakwa Umno kini terpaksa defensif berdepan kempen Pakatan Rakyat pada PRK Dun Tenang sehingga terpaksa membuat serangan peribadi terhadap calon PAS, Normala Sudirman.

Katanya, kerana tersepit dengan serangan Pakatan Rakyat, Umno terpaksa membangkitkan isu rumahtangga terdahulu Normala dan menyerang suami calon, Maarof Abd Mutalib berhubung isu cuti sakit.

"Saya fikir ini sejarah lah. Ini menggambarkan ketidaktamadunan pemikiran Umno BN.

"Kita tidak sentuh pun soal isteri calon BN, sebab yang bertanding dia, bukan isteri dia," katanya pada sidang media PAS hari ini.

Mengulas isu serangan perkahwinan dahulu Normala, Mahfuz berkata ianya satu perbuatan melampau kerana boleh mengaibkan keluarga yang terlibat.

"Saya sebut kepada kawan-kawan jangan bangkit isu Rosmah (Datin Seri Rosmah Mansor) bercerai dengan bekas suami dia, isu Najib (Datuk Seri Najib Razak) bercerai dengan bekas isteri dia, kemudian mereka berkahwin bersama.

"Saya kata jangan sebut, itu tidak baik, itu satu perkara peribadi," katanya.

Dalam kempen di Tenang kali ini, Mahfuz mendakwa Umno secara gelap membangkitkan soal perkahwinan terdahulu Normala. Beberapa kain rentang turut dipasang berhubung perkara itu yang mempersoal siapa Maarof.

"Termasuk juga isu Chua Soi Lek berkenaan kes dia, VCD dia sebab yang akan malu bukan sahaja dia, anak dia, isteri dia dan keluarga dia," tambah Mahfuz lagi.

Menyentuh isu cuti sakit Makrof yang dimainkan Umno pula, Mahfuz berkata Umno sebenarnya hilang punca setelah gagal menyerang peribadi calon PAS.

"Pemimpin Umno, tak dapat calon suami calon jadi mangsa.

"Banyak program yang dihadiri oleh cikgu-cikgu termasuk perhimpunan agung Umno yang yang difahamkan berpakat dengan cikgu besar untuk ambik cuti, ini juga mesti disiasat," katanya.

~harakah~

Pembekuan/Penghapusan Tol Bukti Buku Jingga Boleh Dilaksanakan

Pengumuman Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa kenaikan tol bagi Lebuhraya Karak dan Lebuhraya dibekukan serta pembatalan tol di persimpangan Salak dan Taman Connaught bermula Mei ini; adalah pengakuan dan penerimaan Barisan Nasional bahawa janji-janji di dalam Buku Jingga boleh dilaksanakan.

Hakikat bahawa tindakan ini hanya diambil sekarang, selepas janji Buku Jingga untuk menghapuskan tol, adalah bukti Pakatan Rakyatlah yang kini memimpin perubahan dalam negara ini melalui idea-idea dasarnya yang pro-rakyat dan kini menjadi asas perbincangan utama ke arah perubahan.

Sementara saya mengalu-alukan keputusan itu, Perdana Menteri juga perlu berterus terang dan mengesahkan bahawa Kerajaan Persekutuan tidak akan memberi pampasan kepada syarikat konsesi tersebut – sama ada pampasan tunai secara langsung mahupun pampasan tidak langsung dalam bentuk anugerah aset atau kontrak secara terus. Sewajarnya keputusan besar yang akan mendatangkan kesan kewangan kepada perbelanjaan negara seperti ini dibentangkan di Dewan Rakyat terlebih dahulu, bukannya diputuskan mengikut kemahuan Perdana Menteri.

Penerimaan Perdana Menteri hari ini bahawa janji Buku Jingga adalah praktikal dan ada kelebihan ekonomi adalah salah satu sebab kenapa beliau enggan berdebat dengan Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pun begitu, demi rakyat saya menyeru Kerajaan Persekutuan untuk terus melaksanakan janji Buku Jingga terutamanya menghapuskan ISA, kerana ini boleh dilakukan dengan mudah.

Parti Keadilan Rakyat akan terus memantau tindakan Kerajaan Persekutuan dan menyokong tindakan mana-mana pihak yang didasarkan pada Buku Jingga kerana ia akan menguntungkan rakyat.

AZMIN ALI
TIMBALAN PRESIDEN PKR

Tol Tak Naik Tapi Tambang Bas Akan Naik

PAS mendesak kerajaan mengkaji tindakan menarik semula pemberian subsidi tol sebanyak 50 peratus kepada pengusaha bas bermula 15 Januari lalu. Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, PAS membantah tindakan itu kerana ia akan menyebabkan pengusaha bas menaikkan tambang kepada pengguna.

Kenaikan tambang ini seterusnya akan menambahkan kesusahan rakyat yang sedia terbeban dengan kenaikan harga barang keperluan asas.

"Akibatnya pengusaha bas akan menaikkan tambang, ini akan membebankan rakyat bawahan yang memang sedia terbeban dengan kesempitan kewangan angkara rasuah, boros dan tidak berhemah oleh pemimpin BN.

"PAS mendesak kerajaan mengkaji balik tindakan menarik semula diskaun tol kerana kepentingan rakyat berpendapatan rendah. Rakyat baru sahaja menerima bahana kenaikan tambang bas sebanyak 30 peratus kerana kenaikan harga minyak. Berapa peratus pula rakyat perlu bayar tambang dengan penarikan diskaun tol nanti?" soalnya.

Menurut Idris juga, PAS tidak mahu isu kenaikan tambang bas dijadikan alasan oleh kerajaan untuk menyalahkan pengusaha bas sedangkan mereka yang bersalah.

"Padahal mereka terpaksa berbuat demikian kerana kos meningkat. PAS yakin kerajaan terpaksa menarik balik diskaun tol kerana kerajaan sudah tidak ada wang, cuma berlagak macam orang kaya," katanya.

Kerajaan menarik balik potongan kadar tol sebanyak 50 peratus itu yang mula diberikan kepada pengusaha bas sejak 15 September 2008 sebagai usaha membantu mereka yang terjejas berikutan peningkatan bahan api di pasaran ketika itu.

Insentif itu juga bagi mengelakkan pengusaha bas menaikkan kadar tambang sehingga menjejaskan pengguna pengangkutan awam itu, terutama bagi perjalanan jarak jauh yang kadar tolnya agak tinggi.

~harakah~

PAS yakin masyarakat Cina kekal bersama Pakatan

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang yakin masyarakat Cina di Dun Tenang akan bersama Paktan Rakyat pada pilihan raya kecil itu esok. Berucap pada majlis makan malam anjuran DAP malam tadi, beliau yakin sokongan lebih besar akan diberikan kaum itu berbanding Pilihan Raya Umum lalu.

“Pada 2008, kaum Cina telah memberi sokongan kepada Pakatan Rakyat. PAS dan DAP menang di kawasan Cina, harap kemenangan selepas ini lebih besar.

“Saya yakin pengundi Cina akan melakukan kerja menumbangkan Barisan Nasional untuk anak tangga menuju Putrajaya,” lapor portal The Malaysian Insider.

Tambahnya, hasrat utama Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP adalah untuk membela nasib rakyat semua kaum yang ditindas kerajaan BN selama ini.

“Pakatan yang diajar oleh Islam dinamakan tahaluf (kerjasama politik). Dalam satu negara, kita berpakat menegakkan keadilan dan membanteras kezaliman.

“Kita berpakat dalam perkara asas yang sama. Umno Islam duduk dalam BN, barisan ini berbaris bukan berpakat... Umno tidak konsisten dan tak tunjuk perangai baik depan orang bukan Islam.. Ini tidak selesai masalah,” katanya.

“Kita perlu mengajar pengundi memahami dengan betul perbezaan antara PAS dan Umno dan perbezaan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

“Orang melihat secara zahir Umno Islam dan Pas Islam... PAS tegakkan Islam sepertimana dalam al-Quran dan Umno anggap Islam hanyalah agama rasmi dalam Perlembagaan (Persekutuan) yang digubal British. Islam adalah sekular, Ini beza PAS dan Umno.

“Dalam politik yang dianjurkan Islam adalah berbeza dengan (Islam) yang dianjurkan Umno-Barisan Nasional, tiada masalah kita berbilang bangsa tinggal di tanah air, kita menolak politik perkauman,” katanya menjelaskan perbezaan.

Sehubungan itu jelasnya, semua pihak perlu memberi kepercayaan kepada Pakatan Rakyat yang telah terbukti di beberapa buah negeri yang diperintah memperjuangkan nasib rakyat tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.

“Selamanya kita berpakat di atas persetujuan mengekalkan keadilan dan menolak yang zalim, adil untuk semua, tolong rakyat tanpa mengira kaum.

“Boleh tanya orang Kelantan, orang bukan Islam macam mereka diberi hak yang sama. Di Terengganu juga begitu, kita selesaikan tanah di Kampung Baru," kata bekas menteri besar Terengganu itu.

39 peratus pengundi Dun Tenang adalah terdiri daripada masyarakat Cina. Pengundian diadakan esok. Kempen akan berakhir secara rasmi tengah malam ini.

Turut berucap pada majlis itu ialah Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng. Calon PAS, Normala Sudirman akan berdepan calon BN, Mohd Azahar Ibrahim.

~MK~

BN gagal capai majoriti sasaran

Keputusan pilihanraya kecil Dun N05 Tenang yang dijadualkan berlangsung esok dijangka akan memihak kepada calon Barisan Nasional, Mohd Azahar Ibrahim namun hasrat parti itu untuk meraih majoriti melebihi 5 ribu undi tidak kesampaian.

Laporan survey badan penyelidikan bebas ILHAM Centre yang dikeluarkan pagi ini menunjukkan calon BN mendahului PAS dengan majoriti sekitar 3 ribu undi di mana BN dijangka memperolehi sekitar enam ( 6) ke tujuh (7) ribu manakala PAS, empat (4) ribu undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan Kaum lain (75 peratus).

Dapatan Kajian Sikap dan Kecenderungan Pengundi dalam Pilihan Raya Kecil N5 Tenang

ILHAM Centre merupakan firma penyelidikan bebas, telah melakukan satu kajian sempena Pilihan Raya Kecil Ke 14 yang kini berlangsung di N5 DUN Tenang,Johor. Pihak ILHAM Centre memulakan kajian pada 26 hingga 28 Januari 2011 lepas untuk melihat perspektif pengundi terhadap parti, calon dan kecenderungan pengundian mereka.

Tinjauan selama 2 hari secara komprehensif ini dilakukan di sebuah daerah mengundi dengan menemubual pengundi berdaftar secara bersemuka di 10 daerah mengundi daripada 13 daerah mengundi yang ada dalam DUN ini. Responden yang berjaya dinilai sebagai “sample” kajian ini seramai 549 orang yang terdiri daripada semua komposisi kaum, peringkat umur dan pekerjaan.

Populariti parti mengatasi kekuatan calon

Berdasarkan hasil dapatan kajian ILHAM Centre, faktor utama responden memberi undi adalah berasaskan parti berbanding faktor calon dan isu yang dimainkan. Faktor parti di wakili 62.5% daripada keseluruhan responden.

Jika dilihat kepada kekuatan calon, kedua-dua parti dilihat mempunyai kelebihan masing-masing. Namun calon BN, Mohd Azhar Ibrahim atau lebih dikenali sebagai “Tok Ai” mendapat 91.4 % dikenali oleh pengundi. Manalaka Normala Sudirman atau Cikgu Mala menadapat 79.6 % popularity di kalangan responden.
Isu serangan kepada Normala tidak memberi kesan kepada pengundi

Antara isu serangan kepada peribadi calon PAS, Normala Sudirman mengenai memakai sarung tangan bila berjabat tangan dengan pengundi lelaki tidak memberikan kesan kepada responden sebagai isu yang kuat. Begitu juga isu lainnya seperti penyelewengan tanah, suami Cikgu Mala sakit dan sebagainya tidak cukup untuk mempengaruhi pola pengundian di sini.

Jentera PAS masih gagal menembusi kubu kuat Umno di perkampungan tradisi dan FELDA

Merujuk kepada dapatan kajian juga, jentera PAS di Tenang kali ini cukup agresif dalam siri-siri kempen dan ziarah rumah ke rumah. Dengan menyasarkan undi wanita dan kakitangan kerajaan terutama nya guru, tema Cikgu Mala dilihat signifikan dalam strategi kempen PAS. Namun, berdasarkan maklum balas responden di perkampungan tradisi sekitar Kampung Tenang, Pekan Ayer Panas, Kg Redong, tidak berlaku anjakan ketara paten sokongan di sana.

Jentera PAS/PR juga dilihat belum mempunyai kekuatan untuk mengubah pendirian politik golongan peneroka FELDA, namun terdapat sedikit sinar harapan terutama generasi kedua FELDA yang mempunyai pendirian politik rasional untuk memilih Pakatan Rakyat.
Jentera Pakatan Rakyat belum dapat meyakinkan pengundi

Di kawasan bandar Labis dan beberapa lokaliti majoriti pengundi Cina, ILHAM Centre dapati, tahap sokongan pengundi Cina kepada PAS tidak berlaku sokongan ketara walaupun terdapat protes senyap di kalangan pengundi Cina. Ini dapat dilihat dengan ketiadaan bendera BN di kawasan kediaman pengundi Cina berbanding perkampungan Melayu.

Pengundi Cina juga dilihat kurang berkeyakinan dengan Pakatan Rakyat kerana jentera dilihat tidak bersepadu sepertimana jentera Barisan Nasional. Kesannya, Pakatan Rakyat mungkin tidak mendapat sokongan daripada pengundi Cina sepertimana yang diharapkan.

Di kalangan pengundi Melayu pula, rupabentuk kerjasama Pakatan Rakyat masih kabur di kalangan kebanyakan pengundi. Di samping kejayaan media BN memanipulasi beberapa isu berkaitan perkara ini, pergerakan kempen calon PAS turut tidak meyakinkan pengundi. Pergerakan rumah ke rumah Cikgu Mala misalnya tidak disertai tokoh-tokoh lain selain pemimpin-pemimpin PAS.

Kesimpulan

ILHAM Centre membuat bacaan berdasarkan dapatan kajian ini bahawa calon BN, Mohd Azahar Ibrahim akan memenangi kerusi DUN N5 Tenang ini menewaskan calon PAS, Normala Sudirman dengan berlaku peningkatan sokongan pengundi dan majoriti berbanding keputusan Pilihan Raya Umum 2008 yang lalu. Jentera PAS perlu menampilkan imej gabungan Pakatan Rakyat yang sebenar sebagai gabungan utama berdepan dengan jentera Barisan Nasional jika mahu menang dalam siri pilihan raya akan datang.

~harakah~

Cikgu Mala Lebih Berkarisma

Calon BN bagi pilihan raya kecil Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim sehingga hari ini masih lagi gagal menjawab dakwaan terhadap beliau yang melelong tanah penduduk semasa menjadi Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat.

Oleh itu, beliau tentunya dilihat oleh orang ramai bukanlah sebagai seorang yang layak dipilih dalam pilihan raya Dun Tenang 30 Januari ini kerana tidak selayaknya menjadi pemimpin.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar berkata, sekiranya calon BN itu tidak bersalah, beliau pasti sudah dapat menjawab dakwaan terhadapnya itu, tetapi sehingga kini beliau tetap gagal menjawabnya.

Menurut beliau, sebaliknya, semua kenyataan yang dibuat oleh calon BN itu berhubung dakwaan tersebut bukanlah jawapannya, sebaliknya jauh menyimpang dari jawapan dan realiti sebenar.

"Keadaan itu amat jauh bezanya dengan calon PAS, Cikgu Normala Sudirman yang sememangnya diketahui umum sebagai seorang yang baik, berkarisma dan bertanggungjawab.

"Keistimewaan Cikgu Normala itu bukan hanya pada mata saya, tetapi turut diakui oleh penduduk di kawasan Tenang sendiri dan mereka yang mengenalinya," katanya ketika ditemui di sini.

Selain itu, keistimewaan Cikgu Normala juga, katanya, boleh dilihat dengan jelas oleh orang ramai apabila beliau pernah dianugerahkan dengan anugerah guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sendiri sewaktu beliau menjadi guru dulu.

Mohd Azahar sewaktu menjadi ADO didakwa dengan cuai telah melelong tanah seseorang secara tidak sah dan tidak mengikut prosedur.

Semua kesalahannya itu sudah terbukti apabila keputusan Mahkamah Tinggi Muar pada tahun 2008 sudah pun mengarahkan tanah tersebut dipulangkan kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kosnya.

Azahar akan dibicarakan di dalam satu tuntutan saman di mahkamah oleh pembeli tanah Mansor melalui lelongan tersebut iaitu Norhana Mohd Ali yang mendakwa terpedaya oleh Azahar, sehingga menyebabkan beliau membeli tanah Mansor secara lelongan yang disyaki palsu dan tidak sah itu.

Menurut Nurul Izzah, kes yang dihadapi oleh Azahar itu tidak mampu disembunyikan oleh beliau kepada orang ramai terutama kepada penduduk di kawasan Tenang, sehingga menyebabkan semakin ramai orang yang semakin hilang keyakinan terhadapnya.

"Ini amat berbeza dengan Cikgu Normala yang sememangnya semakin mendapat tempat di hati para pengundi di kawasan itu.

"Buktinya, semasa saya pergi ke Tenang Selasa dan Rabu lalu dan mengadakan ceramah di kawasan felda, ramai penduduk di kawasan itu yang hadir.

"Jumlah kehadiran mereka ratusan orang. Ini amat jauh bezanya ketika saya mengadakan ceramah di kawasan felda lain termasuk di kawasan Felda Suharto," jelasnya yang juga Naib Presiden PKR.

Kehadiran dengan jumlah itu di kawasan felda, menurut beliau, merupakan satu jumlah yang besar.

Ini jelas membuktikan Cikgu Normala dari PAS yang mewakili Pakatan Rakyat pada pilihanraya itu semakin diterima oleh orang ramai, setelah didedahkan kepada orang ramai tentang keistimewaannya oleh para pemimpin dan penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau yakin Normala mempunyai harapan besar untuk menang dalam pilihanraya itu, memandangkan para pengundi di kawasan itu sendiri ternyata amat senang kepadanya.

Namun, beliau turut kesal kerana Umno atau BN terus menggunakan politik kotor dalam kempen mereka di Tenang, termasuk menggunakan politik mengugut para pengundi dengan ugutan yang bukan-bukan agar mereka tidak menyokong calon PAS.

~harakah~