REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, January 20, 2011

Penduduk Klang berarak bukti setia pada Sultan

Kelab penyokong Pakatan Rakyat menganjurkan perarakan di bandar diraja Klang bagi menyatakan kesetiaan mereka kepada Sultan Selangor pada Jumaat ini.

Wakil Ketua Kampung Pandamaran Jaya, Abu Bakar Shaari Husin berkata dijangka lebih 400 penduduk sekitar akan berhimpun di perkarangan Masjid Jamek Sultan Sulaiman, Klang selepas solat Jumaat.

Menurutnya, mereka akan berarak ke Istana Alam Shah, Klang untuk menyerahkan memorandum rakyat Selangor kepada wakil istana.

"Memorandum rakyat Selangor ini adalah untuk menyatakan ikrar taat setia dan kasih sayang kami kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdu Aziz Shah Alhaj dan dipertuan negeri Selangor Ehsan serta segala daerah takluknya.

"Memorandum ini juga turut menyatakan bahawa kami rakyat Selangor berusaha sedaya upaya kami untuk mempertahankan institusi raja dan kami berusaha sedaya upaya untuk memberdaya institusi raja selaras dengan prinsip Raja Berpelembagaan," katanya di lobi Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah di Shah Alam, petang tadi.

Beliau berharap seluruh rakyat negeri Selangor daripada segenap lapisan masyarakat untuk sama-sama hadir ke himpunan ini.

Sementara itu, ditanya sama ada mereka memohon permit daripada pihak polis untuk berarak, jurucakap penganjur berkata masih dalam proses untuk bertemu dengan polis serta sudah memaklumkan kepada kerajaan negeri dan pihak istana.

"Kita harap perarakan ini tidak mendapat sebarang masalah," kata jurucakap penganjur.

~MK~

No comments: