REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 2, 2011

Cik Din Hanya Tahu Berjanji Kosong

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan serta-merta permintaan ibu bapa dan guru bernilai jutaan ringgit bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Kerdau.

Permintaan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah tersebut disampaikan oleh Timbalan Pengarah Pelajaran Pahang, Yahya Abidin ketika berucap di perjumpaan Muhyiddin dengan ibu bapa dan guru dalam parlimen Kuala Krau.

Muhyiddin akur kepada kesemua permintaan itu, ataranya pembinaan blok tambahan bagi memuatkan bengkel kemahiran hidup dan makmal bernilai RM5 juta di sekolah berkenaan.

Bagaimanapun, untuk dewan baru, Muhyiddin meminta supaya ibu bapa tunggu terlebih dahulu.
"Antara bilik darjah dan dewan (mahu) mana dahulu?"

Hadirin menjawab: bilik darjah.

"Jadi, bilik darjah dululah. Dewan kemudianlah," kata Muhyiddin.

Sekolah itu juga akan diperluaskan dan dimasukkan dalam projek Rancangan Malaysia ke-10 (RMK10).

"Ada sekolah tersenarai ada yang tidak (dalam RMK10). Tetapi bila dah desak, kita masukkanlah," kata Muhyiddin sambil tersenyum.

Selain itu, Muhyiddin juga berjanji 18 sekolah di parlimen Kuala Krau akan diberikan peruntukan penyelenggaraan sebanyak RM1.9 juta. Bagaimanapun, tambahnya, ia akan dibiayai oleh peruntukan Jabatan Perdana Menteri.

"Lepas itu bincang-bincanglah nak agihkan macam mana," katanya sambil disambut senyum lebar kira-kira 300 ibu bapa dan pendidik.

Sebelum itu, ketika Yahya membacakan satu persatu permintaan kepada Muhyiddin di pentas, kedengaran gelak-ketawa kecil daripada hadirin. Mungkin ada yang menganggap permintaan jutaan ringgit itu amat besar atau mengambil kesempatan.

Tetapi seakan-akan dapat membaca fikiran itu, Yahya berseloroh: "Bila lagi (mahu minta)?"

Sekali lagi dewan gamat dengan tertawa hadirin.

~MK~

No comments: