REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, March 3, 2011

PAS perlu menang di Merlimau

PAS hari ini mengulangi pendirian bahawa suara Pakatan Rakyat amat penting di Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka sebagai semak dan imbang kepada pentadbiran kerajaan negeri di bawah BN.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata, kepentingan suara Pakatan Rakyat sudah terbukti di Parlimen apabila berjaya membongkar skandal projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sehingga beberapa bekas menteri BN termasuk bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Dr Chan Kong Choy dihadapkan ke mahkamah.

Beliau juga berkata, kepentingan suara Pakatan Rakyat terbukti dalam kes kerugian MAS sebanyak RM8 bilion yang mula disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah kes itu dibawa ke Parlimen.

"Pakatan Rakyat berhempas pulas membawa isu PKFZ ke Parlimen dan hasil perjuangan kami kes ini terbongkar sehingga membawa beberapa bekas menteri dihadapkan ke mahkamah.

"Begitu juga dengan kerugian MAS sebanyak RM8 bilion mula disiasat SPRM setelah didedahkan di Parlimen.

"Betapa pentingnya konsep "check and balance" di Parlimen dan konsep ini juga perlu ada di Dun," kata beliau pada sidang media di markas induk PAS, dekat sini hari ini.

Sehubungan itu ujarnya, Pakatan Rakyat khususnya PAS akan berusaha untuk memastikan calon PAS, Yuhaizad Abdullah berjaya menambah suara pembangkang di Dun Merlimau.

"Tak rugi untuk kita hantar Yuhaizad ke Dun kerana suara beliau amat penting untuk membawa suara rakyat.

"Kita harap kehadiran suara pembangkang dapat membuka minda rakyat yang masih terperangkap dengan pemikiran bahawa Pakatan Rakyat tidak penting di sidang Dun atau Parlimen," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

~harakah~

No comments: