REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Sunday, March 6, 2011

Proses pengundian di Kerdau

Proses pengundian bermula hari ini bagi pilihan raya kecil kawasan DUN Kerdau di Pahang dan DUN Merlimau di Melaka.

Kedua-dua kawasan yang menyaksikan proses kempen pilihan raya yang suram ini merupakan kubu kuat BN dan para penganalisis membuat bacaan awal bahawa parti itu akan memenangi kedua-dua kerusi.

Di Kerdau, calon PAS Hassanuddin Salim berdepan calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad bagi menentukan sokongan dari kalangan masyarakat Melayu yang membentuk hampir 90 peratus daripada 8,999 pengundi berdaftar di sini.

Hassanuddin yang tewas dalam pilihan raya umum 2008 bagi kerusi ini akan membuang undi di Telok Sentang manakala Syed Ibrahim akan mengundi di Kuala Tekal. Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Zaharuddin Abu Kassim pada 12 Februari lalu akibat serangan jantung.

Di Merlimau pula, pilihan raya kecil ini menyaksikan calon BN Roslan Ahmad ditentang calon PAS Yuhaizad Abdullah bagi kawasan yang dianggap sebagai mini Malaysia berdasarkan pecahan pengundinya.

Kawasan ini mempunyai hampir 65 peratus pengundi Melayu, lebih 20 peratus pengundi Cina dan hampir 15 peratus pengundi India. Keputusan hari ini akan memberi gambaran kepada tindakan parti masing-masing di sesebuah kawasan seperti ini.

Pilihan raya kecil ini diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan pada 20 Januari lepas, juga akibat serangan jantung.

LAPORAN LANGSUNG DI KERDAU

10.50am: Naib presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dan rakan sejawatannya dari PKR Fuziah Salleh dilihat meninjau kawasan pengundian di Felda Jengka 25. Menurut Tuan Ibrahim, PAS bergantung pada pengundi muda yang mewakili 38 peratus daripada 8,999 pengundi.

"Jika mereka turun semua, insya-Allah kita ada harapan," katanya kepada Malaysiakini.

10.45am: Keadaan lalu lintas menjadi sesak di Felda Jengka 25 ekoran keadaan jalan yang sempit dan banyak kereta yang berpusu-pusu. Polis bertindak menukar aliran trafik menjadi sehala.

10.43am: Di SMK Jengka 25, kebanyakan penyokong PAS dan BN merupakan orang luar. Jumlah penduduk yang tidak ramai membolehkan pengundi mengenali antara satu sama lain.

Kelihatan orang tempatan bertanya kepada perayu undi: "Dari mana ya? Tak pernah nampak."

10.30am: Timbalan pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, jumlah keluar mengundi dipercayai telah melebihi 40 peratus. Sekirannya jumlah keluar mengundi dapat mencecah lebih 50 peratus menjelang tengahari, beliau yakin ia akan melebihi jangkaan jumlah keluar mengundi sebanyak 80 peratus.

Proses pengundian berjalan baik dan lancar, katanya kepada media ketika mengunjungi pusat pengundian SMK Kerdau.

10am: Peratus keluar mengundi setakat ini adalah sebanyak 36.25 peratus atau seramai 3,262 orang. Jurucakap SPR berkata suruhanjaya itu menyasarkan lebih 80 peratus akan keluar mengundi hari ini.

"Sasaran dibuat berdasarkan peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum 2008 iaitu 80.3 peratus," katanya, lapor Bernama.

Sementara itu, kira-kira 100 penyokong PAS dan BN kini berkumpul dan bercampur satu sama lain dalam satu kumpulan di SMK Felda Jengka 25. Bagaimanapun, mereka dilihat matang dan tidak mengejek sama lain.

Penyokong PAS, terutama wanita rancak berselawat dan penyokong BN cuma bersorak kepada pengundi. Pemandu kereta juga dilihat mematuhi arahan SPR dengan tidak menggunakan logo parti, sebaliknya menggunakan kertas warna biru dan hijau pada kenderaan mereka.

9.47am: Calon PAS Hassanuddin Salim berkunjung ke pusat mengundi di Desa Murni dan turut menyapa seorang pengundi yang sedang memeriksa maklumat di kaunter SPR.

Sementara itu, seramai kira-kira 200 orang penyokong PAS dan 100 orang penyokong BN berkumpul di tepi jalan sambil melaungkan slogan dan ejekan. Kumpulan PAS melaungkan "Hidup Islam" dan "Hancur rasuah" manakala kumpulan BN yang berada di seberang jalan menyambut dengan laungan "Bohong" dan "Hidup BN."

Hassanuddin yang menyapa penyokong daripada kedua-dua kem berkenaan berkata, beliau melihat sambutan yang baik daripada para pengundi. Tidak sampai lima minit kemudian, beliau meneruskan perjalanan ke pusat pengundian seterusnya.

Kawasan Desa Murni mempunyai seramai 1,343 pengundi – daerah mengundi paling besar dalam kawasan DUN Kerdau. Dalam pilihan raya umum lalu, BN memenangi kawasan ini dengan majoriti tipis sebanyak 96 undi.

8.45am: Di SK Tekal, jentera PAS dan BN menggunakan taktik memimpin warga emas ke pusat pembuangan undi.

Petugas BN memakai baju berwarna merah dengan tulisan 'Gelombang merah' manakala PAS pula banyak dibantu unit amalnya yang berpakaian seragam berwarna merah tua. Tiada pondok panas didirikan di sekitar kawasan ini, seperti ditetapkan SPR.

8.30am: Di SK Tekal, suasana tenang dan senyap tidak seperti selalu. SPR menguatkuasakan had sempadan sejauh 50 meter di antara kumpulan penyokong.

Garisan polis juga dipasang di sepanjang jalan menyebabkan tiada kereta diletak di tepi jalan dan tiada orang ramai berkumpul. Didapati ada gadis berbaju merah jambu, dipercayai anggota Puteri Umno, dilarang dari mengiringi calon warga emas ke peti undi.

8.15am: Calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad membuang undi di Sekolah Kebangsaan Teluk Sentang.

Walau hanya dapat melelapkan mata selama empat jam pada malam tadi, beliau kelihatan cergas dan bersedia untuk mengunjungi pusat-pusat pengundian dalam kawasan itu, seperti amalan biasa bagi calon-calon pilihan raya.

Katanya, beliau berharap pengundi akan keluar beramai-ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka.

8.00am: Pusat pengundian dibuka secara rasmi. Cuaca baik walaupun dijangka mendung pada petang. Lewat malam tadi hujan telah turun. Keadaan trafik juga baik memandangkan masih belum ramai pengguna jalan raya yang keluar pada waktu ini.

~MK~

No comments: