REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 2, 2011

Rosmah Menyibuk Nak Shopping

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berlepas ke Australia untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari bagi memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara kedua-dua negara.

Najib yang diiringi isterinya Datin Seri Rosmah Mansor berlepas dengan menaiki pesawat khas, kira-kira jam 10 pagi di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Lawatan itu atas jemputan rakan sejawatannya, Julia Gillard sebagai membalas lawatan rasmi beliau ke negara ini, pada tahun lalu. Ini lawatan pertama Najib ke Australia sejak memegang jawatan Perdana Menteri.

~Bernama~

No comments: