REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 6, 2011

Bersama Kita Menyokong BERSIH 2

UMporNO dan PERKASA yang membuat bising sudah hilang taring apabila pemimpin BERSIH mengadap DYMM Tuanku untuk diperkenankan perhimpunan BERSIH untuk menyerahkan memorandum kepada Duli Tuanku.

Walaupun Tuanku tidak membenarkan dibuat perhimpunan dijalanan namun Tuanku seperti memberi tamparan hebat kepada KERAjaan BumNGOK Murujib yang baru sepenggal 'merampas' kuasa dari Pak Lah telah dibenci sangat-sangat oleh rakyat.

Kalau dah namanya ahli apatah lagi Presiden UMporNO memang tak lepas dari melakukan maksiat dan skandal. Kalau di negara-negara luar jika PM terbabit dengan skandal dah lama terjun bangunan ataupun letak jawatan sebab malu.

Kita taknak lah sampai macam tu sebab Murujib pun beragama Islam jadi elok benarlah dia faham kehendak Islam yang syumul. Berundurlah selagi terdaya. Jangan sampai rakyat benci dan menyumpah seranah sepanjang hayat.

Sebelum ini kata perhimpunan BERSIH haram. Sekor menteri yang selalu menyalak kuat ialah menteri dalam negeri yang memegang PDRM dengan kuasa veto untuk menahan penyokong BERSIH dengan rakus. Apalah kesalahan jual baju BERSIH sama taraf dengan jual dadah dan senjata api? Kesalahan jenayah beratkah jual baju?

Kemudian Murujib pula nak menyalak kata buat di stadium. Nak melalak dari pagi sampai malam pun lantaklah. Bila dibatalkan buat demo jalanan rakyat nak buat di stadium merdeka tapi macam-macam alasan pula. Tempat bersejarahlah, nak renovationlah. Kalau buat konsert rock, dangdut, artis gay menyanyi boleh. Tak salah pula dengan sejarah negara?

Polis pun hari ini dah mula buat sekatan jalan raya. Apa kebenda sampai tak ada kerja lain nak dibuat? Rakyat nak pergi kerja pun susah. Sampai lewat kena maki dengan bos. Macam mana rakyat tak maki polis pula.

Kononnya nak tangkap orang yang bawa senjata untuk berdemo nanti. Sebelum ini rampasan dah dibuat dan dijumpai segala parang, bom, gas, baju BERSIH. Nasib baik tak jumpa kereta kebal ke bazooka ke meriam ke...

Mana punya tempat yang polis tak pernah pergi boleh pula jumpa. Tapi tak ada pula tangkapan dibuat. Kalau macam tu jangan tuduh penyokong BERSIH. Mungkin pemuda UMporNO atau PERKASA yang buat sabotaj? Biasalah barua-barua dan pencacai UMporNO memang belambak idea murahan macam ni.

BERSIH kan nak dibuat di stadium. Jadi kalau rakyat dari Utara, Selatan, Timur, Barat nak datang ke Kuala Lumpur lantak lah. Yang polis nak tahan tu kenapa? Bukan nak bakar istana, nak bakar rumah Murujib, nak buat benda-benda tak elok di Kuala Lumpur.

Buta perut ke tak paham-paham tuntutan BERSIH 2 kepada SPR. Mana ada agenda BERSIH supaya datang bawa parang, bawa bom, bawa kereta kebal, nak letup sana, nak letup sini. Baiklah polis kata mesti ada sekor dua yang akan buat kacau.

Woi badigol... Sasaran bersih beratus-ratus ribu rakyat hadir. Kalau setakat sekor dua beruk upahan UMporNO tu korang tangkap lanyak jelah. Yang nak bawa berpuluh-puluh trak FRU tu nak buat apa? Akai ada ka? Kami rakyat yang menyokong Pakatan bukan samseng macam MB Pahang kuat mencarut tu.

Jadi kalau BERSIH boleh berkompromi diharapkan polis juga boleh berkompromi dengan rakyat. Tak malukah bermusuh dengan rakyat? Kalau tak ada rakyat tak adalah kerjaya polis. Polis pun rakyat juga. Tapi aku tahu polis bawahan ni hanya menurut perintah. Polis yang meyokong Pakatan sekadar menjaga kawalan jalan. Yang belasah rakyat tu polis yang jadi barua UMporNO.

Kita lihat apa pula reaksi KATAK PERKASA. Aku rasa masuk bawah tempurung lah. Nak menyalak macam anjing tapi bunyi katak je. Polis takper lah ada anjing pengesan. Duduk lah diam-diam bawah tempurung tu tunggu hujan. Kalau nak menyalak sangat tukar parti anjing lah. Nak pertahankan Melayu konon. Habis yang Melayu murtad tu tak nak pertahankan? Mana keislaman KATAK PERKASA?

Reaksi pemuda UMporNO dipimpin KJ habislah modalnya. Aku malas nak cakaplah tentang KJ ni sebab dia ni bukan setakat pangkat dalam UMporNO pun tak ada bayang-bayang pun Murujib tak nak ambil jadi menteri. Mimpi siang hari jelah menantu Pak Lah ni.

Jadi kepada semua biar di mana sekalipun BERSIH buat perhimpunan pastikan kita sambut untuk menyokong agar SPR tunduk dan patuh kepada tuntutan rakyat. Kalau bukan kerana BERSIH 1 dulu takkan Pakatan berjaya rampas 5 negeri. Itupun masih ada kecelaruan dalam SPR. Sepatutnya Pakatan boleh menang lebih lagi.

Jadi kita bagi Sarawak dan Sabah pada UMporNO dan BumNGOK, kita tawan Putrajaya dan DS Anwar sebagai pengganti Murujib. Tunaikan segala janji dalam manifesto supaya rakyat boleh buka mata dan minda bahawa negara tak akan bangkrap dibawah Pakatan yang telus tetapi negara boleh cepat bangkrap jika negara ditadbir oleh Murujib & The Gang.

HIDUP BERSIH

No comments: