REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 21, 2011

UMporNO Barua MCA

Tanpa rasa syak lagi Kelantan kemungkinan besar kembali ke era lama sekiranya Umno diberi mandat semula mentadbir negeri ini. Premis-premis judi dan loteri seperti wujud sebelum 1990 dijangka muncul semula serupa negeri-negeri lain sekarang.

Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kemungkinan itu tidak dapat dinafi memandangkan parti kompenan Barisan Nasional (BN), MCA dilihat berada di sebalik tiga individu menyaman kerajaan Kelantan dalam isu pengharaman premis judi.

Katanya, kehadiran anggota Jawatankuasa MCA Pusat, Datuk Ti Lian Ker semasa saman tersebut difail menggambarkan penglibatan parti kompenan BN dalam kes menyaman kerajaan negeri.

“Ini sebagai satu petanda Umno pada hakikatnya hanyalah bermain wayang dan melakukan pembohongan besar apabila menyatakan perjuangan untuk membela agama Islam dan umat Melayu.

“Mengapa dalam isu ini Umno tidak bersuara, bahkan mungkin merestui tindakan yang dilakukan MCA tersebut,” katanya di sini.

Akhbar hari ini melaporkan tiga penduduk Kelantan iaitu Wong Meng Yit, 47, Lee Khim Haw @ Lee Khim Hwa, 58 dan Gan Han Chuan, 44 mengemukakan saman pemula menuntut pengisytiharan Kelantan tidak mempunyai kuasa melarang aktiviti judi.

Saman itu difail di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur. Kerajaan negeri dan Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam dinamakan sebagai defendan. Salinan writ saman terbabit diserah seorang pemimpin MCA kepada media semalam.

Malah Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek sebelum ini pernah mengeluarkan kenyataan mahu menyaman Kelantan kerana melarang premis perjudian. Fadhli berkata, sekiranya rakyat Kelantan memberi sekali peluang kepada Umno menjadi kerajaan, pastinya kegiatan judi dan maksiat akan subur semula.

Oleh itu beliau berharap umat Islam memberikan sokongan kepada kerajaan negeri menjaga kesucian syariat Islam di bawah dasar Membangun Bersama Islam. Beliau juga mencabar Pergerakan Pemuda Umno Kelantan menyatakan sikap ekoran tindakan tiga individu terbabit menyaman kerajaan negeri dalam isu pengharaman judi dan loteri.
“Pemuda PAS mempersoalkan di manakah ketegasan Umno dan juga NGO-NGO mereka yang selama ini nyaring mendakwa mempertahankan kesucian Islam.

“Atau adakah Umno sudah hilang kejantanan sehingga membisu seribu bahasa dengan tindakan MCA yang jelas mencabar kedaulatan Islam,” ujarnya.
Katanya berdasar kepada perkembangan tersebut Umno sudah tidak layak untuk diberikan kepercayaan menjaga kesucian Islam.
~harakah~

No comments: