REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, July 23, 2011

Misi dedah kebenaran tetap utuh

Walaupun ditahan di Sepang, peguam Perancis William Bourdon berikrar untuk meneruskan misinya bagi mendedahkan kebenaran di sebalik kontroversi urusniaga melibatkan pembelian dua kapal selam Scorpene oleh kerajaan Malaysia.

Urusniaga yang dimeterai antara kerajaan dan syarikat gergasi Perancis, DCNS, dikatakan membabit sogokan jutaan ringgit kepada pegawai tertinggi di Malaysia. Menurut undang-undang Perancis, sogokan itu menyalahi undang-undang dan boleh dihukum.

Bercakap kepada Malaysiakini kira-kira sembilan jam selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Bourdon (kiri) menegaskan bahawa "kesediaannya untuk berkhidmat kepada pelanggannya tetap utuh walaupun dinafikan masuk ke dalam negara ini".

"Saya ingin memberitahu rakan-rakan saya di Malaysia bahawa saya akan meneruskan misi saya untuk berkhidmat kepada mereka. Saya tidak akan menyerah kalah.

"Saya ingin memberitahu mereka supaya menjaga diri mereka dan mempunyai keberanian untuk meneruskan perjuangan untuk keadilan," katanya.

Bourdon berkata beliau bingung dengan keputusan kerajaan untuk mengusirnya secara tiba-tiba kerana beliau tidak melanggar sebarang undang-undang dan datang ke negara ini sebagai memenuhi tugasnya kepada pelanggannya, Suaram - sebuah NGO tempatan yang sah.

Bagaimanapun, apabila pesawat yang dinaikinya dari Pulau Pinang mendarat di KLIA pada kira-kira 11.40 pagi tadi, pegawai Imigresen menahannya dan membawanya ke pusat tahanan, di mana beliau telah disoalsiasat selama beberapa jam mengenai lawatannya ke negara ini.

"Saya ditanya tujuan lawatan saya dan apa yang saya buat di Pulau Pinang. Saya memberitahu mereka apa yang saya buat kerana saya tidak ada apa-apa yang hendak disembunyikan.

"Saya telah disoal oleh tiga orang pegawai, yang cukup mesra dengan saya, tetapi mereka tidak dapat menjelaskan kepada saya dengan sempurna mengapa saya ditahan di pusat tersebut," katanya.

~MK~

No comments: