REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 20, 2011

Juham yakin tiada kes disabitkan himpunan GMI

Perbicaraan kes 29 tahanan membabitkan perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA pada 1 Ogos 2009 lalu telah sampai ke penghujung, apabila saksi pihak pendakwaan terakhir selesai memberikan keterangannya di Mahkamah Sesyen Jenayah, di sini, hari ini.

Penggulungan hujah bagi pihak pendakwa dan peguambela telah ditetapkan pada 23 September ini, sebelum mahkamah membuat keputusan mengenainya.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Juham) Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Zamri Asa'ad Khuzaimi menjelaskan, sehingga hari ini seramai 23 saksi pihak pendakwa telah dipanggil oleh mahkamah untuk memberikan keterangan masing-masing.

Menurut beliau, berdasarkan keterangan kesemua saksi pendakwa, Juham yakin tidak terdapat kes yang boleh disabitkan dengan kesalahan yang didakwa oleh pihak pendakwa terhadap kesemua tahanan tersebut.
Katanya, malah sejak kes tersebut dibicarakan, pihak pendakwa ternyata gagal mengemukakan bukti-bukti tuduhan ke atas kesemua tahanan terbabit.

"Perbicaraan kes ini dah berjalan hampir 2 tahun. Selepas penggulungan, mahkamah akan putuskan sama ada terdapat prima kes atau tidak," katanya ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Jenayah di sini, hari ini.

Mereka yang terbabit dalam kes tersebut, menurut beliau, berusia antara 20 hingga 30 tahun, manakala seorang daripada mereka masih di bawah umur.

Katanya, daripada jumlah itu, 13 orang adalah anggota Unit Amal yang berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala selebihnya kebanyakannya adalah ahli-ahli PAS termasuk dari Johor, Perak, Kelantan, Terengganu atau seluruh negara.

Kesemua mereka ditahan oleh pihak polis pada 1 Ogos 2009 lalu di sekitar Kuala Lumpur kerana terlibat dalam perhimpunan Gerakan Mansuhkan ISA, manakala pembelaan terhadap mereka yang berada di bawah Unit Amal dikendalikan oleh Juham yang diketuai oleh peguam Azizul Shariman bersama 7 peguam Juham lain.
Mereka yang ditahan itu, selain disabitkan dengan kesalahan menyertai perhimpunan itu turut dikaitkan dengan kesalahan menjual baju kempen Mansuhkan ISA. Sepanjang perbicaraan, jelasnya, pihak pendakwa cuba mengaitkan Unit Amal Dewan Pemuda PAS Pusat sebagai pertubuhan haram.

"Tuduhan tersebut ternyata tidak berasas kerana Unit Amal adalah pertubuhan yang sah, bukannya haram kerana ia berada di bawah Dewan Pemuda PAS Pusat, manakala Dewan Pemuda PAS Pusat pula berada di bawah Parti Islam SeMalaysia (PAS) yang nyata merupakan pertubuhan berdaftar dan sah dari sisi undang-undang," jelasnya.

Dengan kegagalan pihak pendakwa mengemukakan bukti-bukti tuduhannya, Juham, tegas beliau, yakin bahawa tiada kes yang boleh disabitkan dengannya, terutama jika dikaitkan Unit Amal dengan pertuhuhan haram yang ternyata tiada sebarang isu yang timbul berhubung dengannya.

~harakah~

No comments: