REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 21, 2011

Polis Nak Siasat Polis? Tubuh Suruhanjaya Diraja Baru Betul

Siasatan berhubung dakwaan bahawa gas pemedih mata telah dilepaskan di dalam kawasan Hospital Tung Shin di Jalan Pudu, Kuala Lumpur semasa perhimpunan haram 9 Julai lalu akan dimulakan dalam tempoh seminggu lagi.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jawatankuasa siasatan yang ditubuhkan oleh kementerian itu akan mempercepatkan siasatan yang akan bertumpu kepada pihak hospital, doktor dan pesakit.
"Saya telah mengarahkan ketua setiausaha kementerian untuk menjalankan siasatan, kita akan percepatkan (pelaksanaan siasatan). Ketua setiausaha kementerian telah mengadakan mesyuarat dan menggariskan terma-terma rujukan dan pelaksanaan (siasatan akan dimulakan) dalam seminggu dua ini," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Klinik Kesihatan Buntong di Ipoh hari ini yang disempurnakan oleh Sultan Perak Sultan Azlan Shah.
Liow turut menjelaskan bahawa siasatan jawatankuasa kementerian itu tidak akan bertindih dengan skop siasatan polis yang juga menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dakwaan berkenaan.

"Kita akan pastikan tiada pertindihan, di mana kita buat siasatan melalui pandangan hospital, menjaga keselamatan hospital dan pesakit manakala polis daripada aspek orang ramai iaitu aspek keselamatan secara keseluruhannya," katanya.
Beliau berkata Kabinet turut mengambil berat tentang perkara berkenaan.

~Bernama~

No comments: