REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 7, 2011

Kalau Guru Bodoh Macam UMporNO Takkan Sertai BERSIH?

Semua Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri diarah membekalkan butiran pegawai, guru dan kakitangannya yang mungin menyertai perhimpunan haram Sabtu ini. Borang yang dinamakan 'Pemantauan Penglibatan Pegawai/Guru dalam Perhimpunan Haram atau Gerakan Yang Mengancam Keselamatan Negara' itu dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
Semua pengarah dikehendaki mengisi butiran mereka yang terlibat termasuk nama, nombor kad pengenalan, alamat institusi dan nombor telefonnya. Adalah dipercayai borang itu disasarkan kepada kakitangannya yang bakal menyertai BERSIH 2.0.

Selepas diisi, semua borang mesti dikembalikan ke pejabat ketua pengarah pelajaran sama ada melalui faks atau emel. Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abd Ghafar Mahmud dalam pekelilingnya yang bertarikh 30 Jun melarang semua pegawai, guru, pensyarah dan pelajar daripada penyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

Pekeliling itu dialamatkan kepada semua pengarah bahagian, pengarah jabatan pelajaran negeri, pengarah institut pendidikan guru dan pengarah kolej matrikulasi. Ia mendakwa BERSIH 2.0 akan mengadakan perhimpunan yang bertemakan “Walk for Democracy” yang bertujuan mendesak pilihan raya diadakan secara adil dan telus.

“Perhimpunan ini diklasifikasikan oleh pihak polis sebagai perhimpunan haramyang boleh membawa kepada rusuhan, demonstrasi dan konflik dalaman. Selain daripada itu, perhimpunan ini juga boleh menggugat keselamatan dan kestabilan negara,” kata Abd Ghafar.

“Sehubungan dengan itu adalah ditegaskan bahawa semua pegawai dan kakitangan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia serta pelajar sekolah, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru adalah dilarang menghadiri atau melibatkan diri dalam perhimpunan haram tersebut pada mana-mana tarikh atau tempat yang dianjurkan oleh pertubuhan tidak berdaftar BERSIH,” katanya.

~MK~

No comments: