REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 6, 2011

Kenapa Polis Masih Anti BERSIH?

Pihak polis terus menghambat aktiviti yang berkaitan dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini meskipun perdana menteri secara dasar telah memberikan persetujuan bagi pertubuhan itu berhimpun di sebuah stadium.
Di Negeri Sembilan, dua aktivis PKR ditangkap semalam kerana memiliki barangan berkaitan BERSIH. Menurut ketua bahagian PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin, ahli parti itu R Tangam ditangkap ketika memakai baju T kuning BERSIH 2.0.

Tangam dikatakan disoal-siasat di ibu pejabat polis daerah Seremban selama tiga jam dan dibebaskan kemudian. Menurut Badrul Hisham, seorang lagi aktivis PKR Norliza Shamsudin, 49, ditahan apabila polis menjumpai butang lencana BERSIH 2.0 di dalam poketnya.

Norliza pula dikatakan ditahan pada jam 1 petang dan belum dibebaskan. Badrul Hisham berkata Norliza juga dinafikan sebarang hak lawatan.

"Polis bertindak tanpa mengikut lunas undang-undang. BERSIH 2.0 telah mengadap Agong dan bersetuju bahawa perhimpunan diadakan dalam stadium,” kata Badrul Hisham ketika dihubungi.

Malam semalam, sebuah dewan di Kota Damansara, Petaling Jaya yang digunakan bagi memberi taklimat kepada sekumpulan ahli PAS dan PKR Subang terganggu apabila polis bertindak mengepung bangunan itu.

Menurut peguam Farhana Abdul Halim, PKR bahagian Subang menjemput kumpulannya- Lawyers for Liberty - untuk mengendalikan taklimat berhubung hak rakyat apabila ditahan polis. Katanya, kira-kira 50 anggota polis menyerbu dewan itu dan berkata permit polis diperlukan bagi majlis itu.

"Kami amat kecewa dengan polis, khususnya setelah BERSIH 2.0 telah mengadap Agong, Mereka telah dapat lampu hijau untuk teruskan (perhimpunan itu).

"Hujah bahawa kumpulan ini tidak mempunyai permit juga tidak berasas. Awak tidak perlukan permit untuk mesyuarat di dalam bangunan,” katanya ketika dihubungi.

~MK~

No comments: