REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 6, 2011

Murujib - Bapa KeBodohan Malaysia

Sehingga ke hari ini, Malaysia sudah mempunyai 5 Bekas Perdana Menteri Malaysia dan Seorang "Bakal" Bekas Perdana Menteri Malaysia. Setiap Bekas Perdana Menteri Malaysia terkenal dengan kehebatan dan jasa masing-masing.

Y.T.M Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (1957–1970) dikenali sebagai Bapa Kemerdekaan kerana telah membebaskan Malaya dari penjajahan Inggeris seterusnya memMerdekakan Malaya melalui rundingan.

Tun Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (1970–1976) pula dikenali sebagai Bapa Pembangunan kerana dibawah pentadbiran beliau, banyak pembangunan berjaya dibawa ke Negara Malaysia.

Tun Hussein bin Dato' Onn (1976–1981) dikenali sebagai Bapa Perpaduan setelah berjaya menyatu-padukan sepanjang Pentadbirannya.

Tun Dr. Mahathir Mohamad (1981–2003) diiktiraf sebagai Bapa Pemodenan setelah beliau berjaya membawa pelbagai teknologi moden ke Malaysia termasuk kemudahan Media baru yang akhirnya menjadi Media Alternatif bagi rakyat Negara Malaysia mendapat maklumat yang banyak disembunyikan dari pengetahuan rakyat oleh KERAjaan.

UMphorNO mengiktiraf Tun Abdullah Ahmad Badawi (2003–2009) sebagai Bapa Pembangunan Modal Insan tetapi beliau lebih dikenali sebagai Bapa Mertua Khairy Jamaluddin setelah Pentadbirannya dilihat banyak dipengaruhi oleh Menantunya isitu Khary Jamaluddin.

Dato' Seri Mohd Najib Abdul Razak (2009–kini) dilabel sebagai Bapa Transformasi oleh UMphorNO kerana selalu (kununnya) banyak membawa idea "Transformasi" sepanjang pemerintahannya sehingga kehari ini walaupun ramai rakyat Malaysia tidak faham apa Transformasi yang dibawa oleh Najib.

Bagi gua, Najib lebih sesuai dinamakan sebagai "Bapa Kebodohan" Malaysia kerana makhluk ini banyak bercakap berdasaran maklumat-maklumat yang tidak betul. Acap kali juga makhluk bernama Najib ini terpaksa berbelit-belit dalam beberapa hal kerana jarang beliau berfikir sebelum bercakap atau mengeluarkan kenyataan.

Kita ambik contoh kes Saiful Bukhari dalam isu Liwat II. Pada 1 masa, makhluk ini dengan begitu yakin mengatakan bahawa beliau tidak pernah mengenali atau menemui Saiful Bukhari tetapi setelah gambar Saiful Bukhari berada di Pejabat Perdana Menteri dikeluarkan, beliau mengaku pula bahawa Saiful Bukhari menemui beliau untuk mendapatkan sokongan bagi memohon biasiswa untuk sambung belajar.

Beberapa hari kemudian beliau mengeluarkan pula kenyataan bahawa Saiful Bukhari berkunjung ke kediaman beliau untuk mengadu hal diliwat majikannyadan seterusnya beliau terpaksa berbohong lagi untuk menutup pembohongan beliau yang sebelumnya.

Semua itu terpaksa dilakukan kerana makhluk ini kekurangan akal ataupun "bodoh".

Beberapa bulan lepas pula, makhluk ini dalam 1 program chating-chating bersama rakan Facbook beliau mengeluarkan 1 statement lawak jenaka yang gua ingat sampai ke hari ini dimana beliau dengan yakin mengatakan bahawa beliau telah membaca "beberapa" buah buku tulisan Nelson Mandela.

Makhluk kurang akal ini mungkin tidak tahu bahawa Nelson Mandela dalam seumur hidupnya HANYA menulis SEBUAH BUKU SAHAJA. Ini lawak paling serius pernah gua dengar dan gua 110% yakin bahawa semasa makhluk ini membuat lawak tersebut, mukanya langsung tidak berkerut.

Memang "pro"...

Terbaru pula, mungkin akibat "tersalah" maklumat, makhluk ini dengan muka tak malu telah menjual cerita hangat dihadapan berpuluh-puluh Ahli Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Putih ketika Lawatan Kerja Seharinya di Kelantan baru-baru ini.

Makhluk ini mengatakan bahawa KERAjaan Pusat akan membantu Persatuan Pemandu teksi dan Kereta Sewa Pasir Putih mendapatkan tapak baru untuk beroperasi setelah Tapak asal yang digunakan sekaran telah dijual oleh Kerajaan Negeri Kelantan kepada sebuah Syarikat Swasta Bukan Melayu.

Kenyataan makhluk kurang akal ini segera disanggah oleh EXCO Kerajaan Negeri Kelantan - Dato' Paduka Haji Husam Musa.

Kenyataan beliau juga disanggah dengan selambanya oleh Setiausaha Persatuan Pemandu Teksi didalam akhbar Sinar Harian bertarikh 5hb. Julai, 2011 (lihat keratan akhbar dibawah):



Beb... Gua tak tau macam mana pandangan para Ahli Persatuan Pemandu Teksi dan Kereta Sewa Pasir Putih masa Najib menipu kesemua mereka dalam Majlis Gilang Gemilang yang mendapat liputan meluas semua Media di Malaysia.

Mungkin dalam hati para Ahli Persatuan Pemandu teksi dan Kereta Sewa Pasir Putih masa tu berkata - "Eish... Bakpo bodo bena menate Najib nih..? Sapo jong ghoyak ko dio Tapok hok kito duduk ni keno jual ko Kerajae doh..? Berat... mapuh Negaro Malaysia buleh Perdano Menteri bodo ggining...".

Yang tu gua agak la...

Dan gua jugak nak berterima kasih pada member gua yang kelibatnya kelihatan dalam Majlis lawatan kerja sehari Perdana Menteri Malaysia di Kelantan. Mungkin Perdana Menteri Malaysia mendapat maklumat dari member gua ni dan mungkin jugak tujuan member gua ni sengaja bagi maklumat yang salah pada Najib supaya Rakyat Malaysia khususnya Rakyat Kelantan dapat menilai betapa "Bodoh"nya Perdana Menteri Malaysia.

~TPU~

No comments: