REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, July 8, 2011

Murujib PM Bangang Tak Tahu Apa Itu BERSIH?

Dalam kita dok kecoh-kecoh menunggu keputusan pertemuan wakil BERSIH 2.0 dengan Yang Di Pertuan Agung yang dijadualkan pada jam 11:30 pagi, tak ramai antara kita tahu bahawa Najib dan puak-puaknya berada dalam keadaan gelabah.
Paling ketara kegelabahan Najib ialah apabila dia dengan tanpa segan silu telah meng"Hi-Jack" janji-temu Wakil BERSIH 2.0 yang sepatutnya berlaku pada jam 11:30pagi.

Akibatnya, pertemuan antara Wakil BERSIH 2.0 dengan Agung telah ditunda pada jam 2:30 petang kerana memberi laluan kepada Najib Gelabah. Apa yang Najib bincangkan dengan Agung gua tak minat nak ambik tau sebab bagi gua, ianya tidak mengubah walau 1 pun dari 8 tuntutan BERSIH 2.0.

Cumanya bagi gua, 1 kemenangan di pihak BERSIH 2.0 apabila berjaya meletakkan Najib didalam keadaan (gelabah) sedemikian. Kalau Najib tak gelabah, dia tak perlu meng"Hi-Jack" pertemuan wakil BERSIH 2.0. Seorang yang berada dalam keadaan yang tenang, akan mengendalikan sesuatu perkara dalam keadaan tenang dan bukannya dalam keadaan Najib.
Nampaknya pertembungan antara Pentadbiran Najib dengan Sekretariat BERSIH 2.0 bertambah menarik dari hari ke-hari menjelang Himpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan diadakan pada 9hb. Julai, 2011 di Stadium Merdeka (telah ditetapkan pagi tadi).

Sekretariat BERSIH 2.0 setakat hari ini masih komited pada perjuangan asal mereka iaitu menuntut 8 perkara dari KERAjaan Najib untuk penambah-baikkan dalam Sistem Pilihanraya di Malaysia manakala di pihak Pentadbiran Najib pula terserlah ketakutan mereka.

8 Tuntutan BERSIH 2.0 langsung tidak pernah dibincangkan secara ilmiah dan serius sebaliknya hanya ditempelek dengan hujah-hujah yang langsung tidak ada kena mengena dengan 8 Tuntutan BERSIH 2.0.

Tidak ada 1 pun dari 8 Tuntutan BERSIH 2.0 bersangkut paut dengan warna kuning dan T'Shirt BERSIH 2.0 tetapi 2 perkara inilah yang nampaknya cuba ditangani dengan bersungguh-sungguh oleh rejim di bawah Pentadbiran Najib.

Warna Kuning dan T'Shirt BERSIH 2.0 menjadi ketakutan rejim Pentadbiran Najib sehingga setakat ini lebih dari 200 individu ditahan berkaitan dengan T'Shirt Kuning BERSIH 2.0.

Najib sebenarnya tidak tahu apa yang perlu dihadapinya. Najib tidak tahu apa itu BERSIH 2.0 dan Najib juga mungkin tidak pernah tahu walau 1 pun Tuntutan BERSIH 2.0.

Semakin banyak langkah diambil oleh Najib melalui Pentadbirannya, semakin banyak kesilapan akan dilakukan oleh mereka. Kita sebagai rakyat cuma jadi pemerhati dari jauh.

Selagi Najib tidak faham apa yang perlu dihadapinya dan apa itu Gerakan BERSIH 2.0, Najib akan terus menjadi Perdana Menteri Paling Bodoh pernah memimpin Negara Malaysia dan Perdana Menteri sebodoh ini tidak susah untuk dijatuhkan dalam Pilihanraya Umum ke-13.

~TPU~

2 comments:

fi said...

Salam saudara.

Saya ada beberapa persoalan mengenai politik dalam Malaysia ni tapi tak tahu nak bertanya pada siapa. Harap saudara boleh sertakan email atau ym. Macam tak proper untuk bertanya soalan-soalan tu secara terbuka. Terima kasih :)

Blogger Tinta Hijau said...

bertnyalah pd ahli politik yg berpengalaman. juga bleh emelkan pd sy persoalan saudari. emel sy ada pd profil sy. TQ