Pilihanraya Umum ke-12 tahun 2008, dalam keadaan sistem Pilihanraya Negara Malaysia yang teruk dirogol Diktator Kuku-Besi Negara Malaysia, UMNO hampir-hampir tumbang. Kalau dalam PRU-12 tempohari Penggunaan Dakwat kekal dilaksanakan, gua yakin UMNO hari ini dipanggil "Pembangkang".Tapi kalau kita perhati betul-betul setiap gerakan yang UMNO lakukan hari ini sebenarnya, dah memang dalam golongan "Pembangkang". Mungkin jugak ini satu persediaan awal UMNO dan latihan-latihan awal UMNO yang sedar, dalam PRU akan datang, UMNO akan mewakili Pakatan Pembangkang iaitu Barisan Nasional.
Ibrahim Ali kemungkinan besar akan mengetuai Pakatan Pembangkang Barisan Nasional pada ketika itu sebab Ibrahim Ali nampak agak moderate dan agak kurang akalnya berbanding dengan lain-lain Pimpinan yang ada dalam UMNO/BN.
Memang tak ada calon lain untuk menjadi Ketua Pembangkang mewakili BN selepas PRU akan datang sebab Ketua Pembangkang yang mewakili BN nanti perlulah seorang yang berani tapi bodoh, sedikit kurang akal dan bersedia untuk di Kambing Hitamkan. Calon dari dalam UMNO sendiri tidak layak sebab ini akan memalukan UMNO.
Jadi pilihlah Ibrahim Ali dari Parti Bebas dan selepas itu UMNO cuma perlu memperbodohkan Ibrahim Ali dan kesannya tidak akan terkena pada UMNO sebab Ibrahim Ali bukan ahli UMNO. Pak Hem sudah menjadi Balaci Mah Det sejak dari dulu lagi dan dia terus boleh dipergunakan sampai akhir hayatnya.
BERSIH 2.0 dilancarkan untuk membersihkan Sistem Pilihanraya Malaysia dari pencabulan dan perogolan Dikatator Kuku Besi yang terlalu takut akan kehilangan kuasa. Agenda Diktator dari dulu sampai hari ini masih tidak berubah. Kuasa adalah Agenda ke-2 dalam berpolitik manakala Agenda utama Diktator pula ialah mengumpul seberapa banyak faedah demi kepentingan diri sendiri. Tak payah nak cerita pasal Agenda rakyat sebab itu cuma alasan.
Kerana takutkan kehilangan kuasa sekiranya Sistem Pilihanraya diBERSIHkan, para Diktator hari ini melabelkan BERSIH 2.0 dengan pelbagai label berjenama jahat.
BERSIH dibiayai Negara Luar, BERSIH ada Agenda menghidupkan fahaman Komunis, BERSIH diketuai Keling Hindu Anti Islam, BERSIH didalangi CIA, BERSIH Agenda politik Pakatan Rakyat, BERSIH mahu Huru-Harakan Negara, BERSIH mahu gulingkan KERAjaan dan macam-macam lagi label-label "Jahat" diberi pada BERSIH 2.0.
BERSIH 2.0 digambarkan sebagai musuh paling wahid yang perlu diperangi seluruh rakyat Malaysia.
Serangan demi serangan dan ugutan demi ugutan datang silih berganti terhadap Penganjur dan Penyokong BERSIH 2.0. Gua tafsirkan semua yang berlaku ini sebagai Kekuatan Kebangkitan Rakyat yang Cintakan Keadilan yang dimomentumkan dalam 1 pergerakan yang sangat-sangat ditakuti oleh para Diktator.
Adat bagi binatang buas yang semakin tua dan lemah yang hidup cuma dengan bekalan nafas-nafas terakhirnya akan menggunakan segala kudrat dan cara yang ada untuk mempertahankan diri. Hidup dengan nafas terakhir sangat-sangat menakutkan. Semut pun dilihat seperti Izrael apalagi bila ternampak Gajah.
Gua nasihatkan para Diktator supaya nikmatilah Nafas-Nafas terakhir kekuasaan anda. Gunalah semaksima mungkin kekuatan anda, Pilihanraya ke-13 nanti kita lihat siapa lebih hebat - Rakyat atau Diktator.!?
~TPU~
No comments:
Post a Comment