REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, July 8, 2011

Permohonan permit Bersih himpun di Stadium Merdeka ditolak

Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi menolak permohonan Bersih untuk berhimpun di Stadium Merdeka esok dengan alasan permohonan itu tidak lengkap.

Bagaimanapun IPD Dang Wangi meminta Bersih yang diwakili salah satu NGO nya Empower diminta merayu kepada Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di Pudu jika mahu membuat rayuan atas penolakan itu.

Ahli jawatankuasa pemandu Bersih Maria chin yang datang ke IPK bagi pihak Bersih dan Empower memaklumkan perkara ini kepada pemimpin pas. Sebelum ini, IPD Dang Wangi menghubungi Bersih untuk datang mengambil permit perhimpunan itu itu.

Mendapat berita yang "menggembirakan" itu, Bersih menulis pada laman sosialnya di Facebook dan Twitter, memberitahu mereka diminta datang ke balai polis Dang Wangi Kuala Lumpur untuk mengambil permit bagi mengadakan perhimpunan di Stadium Merdeka, esok.

“BERITA BAIK! Balai Polis Dang Wangi telefon Bersih, minta kami datang ambil permit untuk himpunan aman di Stadium MERDEKA! Kini terserah kepada PM & Pengurusan Stadium Merdeka untuk membuat langkah sepatutnya,” tulis Bersih.
Bagaimanapun kira-kira setengah jam kemudian, mereka menjelaskan terdapat salah faham berhubung perkara itu. Setibanya di IPD Dang Wangi tiba, Maria dimaklumkan berlaku salah faham dan permit tidak dapat diluluskan kerana dokumen tidak lengkap.

Penafian turut dibuat Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh. Beliau menafikan Bersih telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.

Sehubungan itu, satu sidang media khas dijangka akan dibuat Bersih petang ini.

Timbalan ketua polis Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Datuk Amar Singh Ishar Singh menafikan dakwaan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) bahawa mereka telah diberikan permit bagi mengadakan perhimpunan mereka di Stadium Merdeka, esok.
Ketika dihubungi beliau berkata pihaknya tidak menyedari bahawa permit telah diluluskan.

"Setahu saya, tiada permit dikeluarkan untuk 9 Julai,” katanya.

Apabila didesak, beliau mengakui bahawa orang pertama yang akan mengetahui perkara itu adalah ketua polis daerah Dang Wangi Zulkarnain Abdul Rahman, tetapi kemungkinannya adalah kecil.

"Orang terbaik untuk disoal adalah Zulkarnain. Tetapi saya baru berhubung melalui telefon dengannya.

"Beliau tidak menyatakan apa-apa berhubung meluluskan permit,” kata Amar Singh.

Tiada silap komunikasi

“Sorry all, spoke too soon: Bersih rep asked 3 times "Is this a permit?" Police: "Yes", but now, police say "Actually it is a letter denying permission".

Sementara itu, Zulkarnain pada sidang medianya, petang tadi tadi berkata tidak timbul salah faham berhubung permohonan permit itu.

"Tidak, tiada silap komunikasi pada pihak kami.

"Mereka cuma dihubungi untuk datang ke mari untuk mengambil sepucuk surat yang menyatakan permohonan mereka tidak diluluskan,” katanya.

Menurut Zulkarnain, BERSIH 2.0 membuat permohonan permit pagi ini tetapi ahli jawatankuasa pemandunya, Maria Chin Abdullah menafikannya. Chin memberitahu wartawan beliau ke ibu pejabat polis Dang Wangi bagi menerima surat yang memaklumkan gabungan itu bahawa permohonan permit mereka telah dinafikan.
Beliau bagaimanapun mempertahankan kenyataan bahawa polis sebelum itu memberitahu mereka bahawa permit telah diluluskan. Namun menurut Chin, BERSIH 2.0 masih belum mengemukakan permohonan mereka.
“Bagaimana polis boleh menolaknya sedangkan kami belum menyerahkan permohonan?”

Beliau kemudian menuju ke balai polis Pudu untuk menyerahkan permohonan rasmi bagi mendapatkan permit bagi perhimpunan esok.

~harakah~

No comments: