REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Saturday, July 9, 2011

Polis Ingat KL Bapak Dia Punya Kot

Pasukan polis dijangka berdepan dengan Pemuda Umno dan gabungan BERSIH selepas kedua-duanya tetap bertekad untuk meneruskan perhimpunan masing-masing.
Pemuda Umno, yang mahu mempertahankan sistem pilihan raya, akan berkumpul di Bukit Bintang pada jam 1.30 tengahari. Ini merupakan perubahan masa pada saat-saat akhir, dari jam 10 pagi yang diumumkan sebelumnya.
BERSIH telah mengumumkan tetap akan berkumpul di Stadium Merdeka pada jam 2 petang bagi menuntut pembaharuan terhadap sistem pilihan raya yang didakwanya tidak bebas dan tidak adil. Walaupun sekatan diadakan di simpang dan jalan-jalan utama di Kuala Lumpur, trafik berjalan lancar kerana jumlah kenderaan yang rendah.

Bagaimanapun lalulintas tersangkut teruk di pinggir bandar ketika polis memeriksa kenderaan bagi mengesan mereka yang mungkin menyertai perhimpunan di ibunegara. Majoriti anggota polis ditempatkan berkawal di lokasi penunjuk perasaan biasanya berkumpul - Dataran Merdeka, Masjid Jamek Kawasan dan pusat membeli-belah Sogo.

Kenderaan yang memasuki kawasan ini diperiksa rapi. Juga terdapat anggota polis yang ramai di Masjid Negara. Perkhidmatan LRT dan Komuter beroperasi seperti biasa, tanpa apa-apa stesen yang tidak dapat dimasuki.

Ramalan cuaca di Kuala Lumpur dijangka terang dan mendung dengan kemungkinan berlaku hujan dan petir. Akhbar milik Umno - Utusan Malaysia - dengan memaparkan tajuk berita utama berwarna merah - KL darurat hari ini? - diikuti dengan tajuk sampingan - Ada pihak rancang lepaskan tembakan dan tuduh angkara polis.

~MK~

No comments: