REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 13, 2011

SPR Masih Berdegil Di Dalam Isu Undi POS

Perkembangan undi POS yang terbaru dilaporkan oleh MalaysianInsider kenyataan SPR yang berbunyi:

Kata beliau, sekiranya pengundian berterusan sehingga dua atau tiga hari, dalam sesetengah kes, peti undi akan disimpan di pejabat pegawai pengurus pilihan raya. Tambah Wan Ahmad, pada hari pengundian kertas undi akan dikira sama ada di pejabat pengurus pilihan raya ataupun di pusat penjumlahan undi.

Walaubagaimanapun, antara tuntutan BERSIH semenjak sebelum pilihanraya 2008 lagi adalah supaya undi dikira dan Borang 14 diberikan pada hari undi dibuang oleh anggota tentera dan polis. Kalau ditakdirkan pengundian berjalan untuk 2 atau tiga hari pun, pengiraan mesti dijalankan pada setiap hari pembuangan undid an Boran 14 dikeluarkan pada setiap hari pengundian dijalankan.

Tidak boleh kotak undi disimpan di tempat yang tidak diketahui tanpa pengawasan dari wakil-wakil parti.

BAGAIMANA DENGAN KELUARGA ANGGOTA TENTERA DAN POLIS?

Isu keluarga Anggota tentera yang disenaraikan sebagai pengundi pos juga tidak disentuh oleh SPR. Apa perlunya ahli keluarga anggota tentera dan polis mengundi secara pos? Mengapa mereka tidak boleh mengundi seperti orang biasa? Mereka hanya tinggal di dalam kem masing-masing yang mempunyai tempat membuang undi yang berdekatan.

Bagi saya, SPR hanya mahu membuat perubahan yang kecil-kecil dengan tujuan mahu mengurangkan kemarahan rakyat jelata. Tiada usaha yang serius mahu membetulkan sistem pilihanraya yang bobrok dan berkudis itu.

~Tulang Besi~

No comments: