REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 7, 2011

Stadium Merdeka simbolik kebebasan rakyat

Dewan Ulamak PAS Pusat merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di atas kesudian menerima kehadiran pihak Bersih untuk mengadap Baginda.

Naib Ketuanya, Datuk Dr Mahfodz Mohamad berkata, ia melambangkan keprihatinan Tuanku terhadap permasalahan yang dihadapi oleh rakyat jelata di negara ini.

“Namun amat mendukacitakan apabila pihak kerajaan yang dipimpin oleh Umno BN nampaknya seolah-seolah tidak memahami titah Tuanku ini apabila masih berdolak dalih untuk menyediakan stadium untuk Himpunan Bersih yang insya Allah yang akan diadakan pada 9 Julai ini,” katanya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Katanya, seluruh rakyat Malaysia masih segar mengingati apabila pihak kerajaan menjanjikan akan menyediakan stadium bagi tujuan tersebut.

Pihak Bersih setelah pergi mengadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengambil keputusan untuk tidak mengadakan himpunan Bersih di jalanan kerana akur dan menghormati Agong selaku penaung kepada seluruh rakyat Malaysia.
“Apabila kita mengikut titah Tuanku tapi tiba-tiba kerajaan pimpinan Umno BN dilihat berdolak dalih seolah-olah tidak mahu melaksanakan hasrat Tuanku supaya berlaku adil di antara rakyat dan kerajaan.

“Kita berharap pihak kerajaan mengurangkan ketegangan hubungan ini dengan membenarkan himpunan ini diadakan di Stadium Merdeka,” ujarnya yang juga Pesuruhjaya PAS Johor.

Beliau berkata, Stadium Merdeka merupakan lokasi yang hampir dengan kediaman Tuanku yang sudah pasti amat kasih dan prihatin terhadap apa sahaja permasalahan yang dihadapi oleh rakyatnya.

Tambahnya, rakyat jelata mahu sangat hampir dengan Tuanku. Menurutnya lagi, Stadium Merdeka merupakan simbolik kemerdekaan dan kebebasan rakyat Malaysia seperti mana yang dijamin oleh perlembagaan.

Justeru, ujarnya ia tidak memberikan makna yang sebenar sekiranya diadakan mana-mana negeri yang lain.
Katanya, kerajaan juga didesak agar berlaku adil bukan hanya menahan mereka yang memakai baju yang tertera perkataan Bersih dan sebaliknya membiarkan pihak yang lain melakukan tindakan provokasi sesuka hati seolah-olah undang-undang itu hanya terpakai untuk golongan tertentu sahaja.

~harakah~

No comments: