REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 13, 2011

Tubuh Suruhanjaya Diraja BERSIH

Muslimat PAS mendesak kerajaan segera menubuhkan suruhanjaya diraja bagi menyiasat dakwaan salah laku polis dan pemimpin negara, termasuk perdana menteri dalam menangani perhimpunan BERSIH Sabtu lalu.

Ketua penerangan dewan itu Aiman Athirah Al Jundi mendakwa, berlaku juga pencabulan undang-undang serta perlanggaran keluhuran perlembagaan oleh pihak berkuasa. Beliau turut menamakan Menteri Dalam Negeri Tan Sri Hishammuddin Hussein, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dan timbalannya Datuk Seri Khalid Abu Bakar.

"Sehubungan dengan itu, Dewan Muslimat mendesak agar jawatan ketua polis negara dan timbalan ketua polis negara digantung sementara waktu bagi memberi laluan penyiasatan yang telus dan tanpa sebarang 'gangguan'," katanya.

Dalam kenyataan hari ini, Aiman Athirah berharap, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) diberikan kuasa untuk mengambil tindakan kepada pihak yang mencabul jaminan yang termaktub dalam perlembagaan dan diakui Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

"Dewan Muslimat juga mendesak agar SUHAKAM segera mengambil tindakan dan apa jua inisiatif agar hak asasi manusia dalam negara ini terus terjamin," katanya.

"Syor-syor Suhakam yang lebih sesuai untuk realiti semasa dunia adalah sangat diperlukan dalam usaha membantu semua pihak khususnya pihak berkuasa itu sendiri agar menghormati hak setiap rakyat yang dijamin kukuh oleh Perlembagaan Persekutuan.
~MK~

No comments: