REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, January 19, 2011

Kotappan masuk KITA selepas dipecat

PKR memecat keanggotaan bekas bendahari Selangor KS Kottapan berkuatkuasa semalam. Kotappan berkata beliau menerima surat pemecatan itu kira-kira jam 7.33 petang semalam menerusi e-mel dari pejabat setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail.

"Saya terima pemecatan itu menerusi satu e-mel dari pejabat setiausaha agung kira-kira pukul 7.33 petang sebaik saya balik dari mengadakan satu sidang akhbar," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air oleh ketuanya Datuk Zaid Ibrahim di Kuala Lumpur hari ini.

Kottapan berkata surat itu menyatakan bahawa dia telah melakukan kesalahan mengikut perkara 29 (1) (2) perlembagaan parti tetapi beliau tidak menjelaskan sebab dipecat.

Beliau juga diberi peluang membuat rayuan dalam tempoh 14 hari tetapi bertegas menolak untuk berbuat demikian.

Semalam beliau mencabar penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berdebat berhubung soal keadilan yang gagal diamalkan dalam pemilihan parti itu September tahun lepas sehingga menimbulkan kekecohan di kalangan anggota dan pemimpinnya.

Pada 30 Sept tahun lalu, Kotappan mendakwa pemilihan PKR cabang Kota Raja, Klang yang dimenangi exco Selangor dan ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jayakumar tidak sah kerana hanya diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Ditanya mengenai kehadirannya pada majlis hari ini, Kotappan berkata beliau dijemput oleh Zaid dan sudah bersetuju untuk menyertai KITA.

Beliau yakin akan membawa masuk antara 30 dan 40 orang bekas penyokong PKR menyertai KITA.

~MK~

No comments: