PAS Johor dukacita dengan tindakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang didakwa menjadi "Santa Klaus" kerana mengumumkan projek bernilai tinggi kepada masyarakat Felda menjelang pilihan raya DUN Tenang."Masyarakat Felda digula-gulakan sekali lagi oleh pemimpin (kerajaan) yang datang, gambaran mereka seperti Santa Klaus yang mengumumkan projek berbilion ringgit kepada rakyat Felda.
"Mungkin bagi orang awam, pengumuman perdana menteri dilihat sebagai pengumuman hebat dan dibanggakan tanpa mengetahui kedudukan perkara yang sebenarnya," kata ketua penerangan Johor Mazlan Aliman dalam satu sidang media.
Semalam Najib yang juga presiden Umno mengumumkan peruntukan RM1.31 juta untuk masjid, surau dan sekolah agama di ketiga-tiga Felda berkenaan.
Mazlan berkata pihaknya rasa dukacita berhubung kos persiapan sambutan kehadiran Najib semalam.
Mazlan mendakwa anggaran kos sambutan di tiga Felda - Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang - melebihi RM3 juta.
"Kita mempersoalkan dari mana datangnya wang itu. Kalau daripada wang warga Felda ia amat mendukacitakan.
"Kenapa tidak, perdana menteri umumkan projek yang mengutamakan masyarakat setempat, "katanya.
~MK~
No comments:
Post a Comment