REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 2, 2011

bUMNgOk Salah Guna Premis Awam

Dewan Pemuda PAS menyerahkan memorandum bantahan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung kesalahan Umno BN menggunakan premis awam dalam kempen PRK Kerdau yang sedang berlangsung.

Memorandum mengandungi bukti bergambar itu diserahkan oleh Naib Ketuanya, Sabki Yusof kepada wakil SPR di pejabat suruhanjaya itu di sini hari ini. Turut serta semasa penyerahan itu, ketua penerangannya, Suhaizan Kaiat.

Antara tempat yang didakwa disalahguna oleh Umno BN adalah, padang awam Teluk Sentang, Masjid dan Sekolah Rendah Batu Sawar, Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23, Pusat Jalur Lebar Komuniti Jengka 25 dan Balai Raya Kuala Tekal.

Kesemua premis-premis itu digunakan sebagai bilik gerakan BN. Pada sidang medianya, Sabki berkata tindakan Umno BN itu bersalahan dengan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 dan SPR digesa segera bertindak.

"Saya yakin mereka guna tempat-tempat ini tanpa kebenaran pihak berkuasa tempatan.

"Saya mewakili jentera kempen PAS dan Dewan Pemuda PAS, minta SPR ambil tindakan dan halang mereka kempen guna tempat awam," katanya.

Tindakan itu juga katanya telah menimbulkan rasa tidak senang hati dan telah mencemarkan proses demokrasi. Memorandum sama juga, kata Sabki akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran wujud elemen salah guna kuasa.

Sementara itu, Suhaizan pada sidang media sama pula menggesa SPR tidak berlengah lagi untuk bertindak kerana bukti telah mereka berikan. Malah katanya, aduan sama telah dibuat kepada SPR negeri, namun sehingga kini tiada sebarang tindakan diambil.

"Kes seperti ini bukan kali pertama berlaku. Jadi saya mintak SPR ambil tindakan terus, bukan berlengah-lengah lagi," katanya.

~harakah~

No comments: