REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, March 2, 2011

BN masuk sekolah

Dewan Pemuda PAS mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung dakwaan jentera BN menggunakan premis awam sebagai pusat operasi mereka di kawasan kempen pilihan raya kecil DUN Kerdau.

Naib ketua sayap pergerakan itu Ahmad Sabki Yusof berkata, aduan berkenaan diserahkan kepada seorang pegawai SPR di ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya pada kira-kira jam 3.30 petang ini.

Aduan berkenaan dialamatkan kepada pengerusi SPR Abdul Aziz Mohd Yusof, kata Ahmad Sabki lagi. Katanya lagi, aduan itu antaranya melibatkan premis Sekolah Rendah Batu Sawar, Padang Awam Teluk Sentang dan Dewan Orang Ramai Felda Jengka 23.

Tambahnya, sebuah lagi kawasan yang dinamakan dalam aduan itu ialah Balai Raya Kuala Tekal.

"Mereka telah mendirikan khemah dan menaikkan bendera parti di situ," kata Ahmad Sabki lagi ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Selain aduan kepada SPR, pergerakan itu turut mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu sama petang ini, kata Ahmad Sabki lagi.

~harakah~

No comments: