Walaupun diramalkan kalah oleh firma penyelidikan Ilham Centre, PAS masih menaruh harapan untuk mencipta sejarah gemilang dalam PRK Dun Merlimau hari ini, berdasarkan sambutan yang diberikan oleh oramg ramai di kawasan itu terhadap PAS.
Calon PAS bagi Dun Merlimau,Yuhaizad Abdullah berkata, sambutan orang ramai terhadap kempennya antara lain boleh dilihat dari sandaran penduduk di kawasan itu kepada beliau untuk membela isu-isu rakyat dalam persidangan Dun Melaka.
Menurut beliau, namun dalam masa yang sama, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong PAS jangan sekali-kali lupa berdoa memohon bantuan kepada Allah untuk mendapat kejayaan.
"Dalam sebarang keadaan pun, berdoa kepada Allah itulah yang amat penting dan itulah yang saya harapkan dari kita semua," katanya ketika ditemui ketika melawat Markaz UPU PAS Melimau Pasir, di sini, hari ini.
Ilham Centre dalam kenyataan mereka hari ini meramalkan BN akan menang lebih besar di Dun Merlimau ekoran gerakan kempennya yang sangat agresif dengan menggunakan seluruh jentera kerajaan negeri dan pusat serta media.
Menyentuh tentang kempen PRK Dun Merlimau sehingga kini, beliau amat kesal kerana kempen dari Umno BN terus berunsur keganasan. Antaranya, beberapa buah kereta ahli-ahli dan penyokong PAS telah dipecahkan cermin dan dibocorkan tayarnya.
"Apa yang dilakukan oleh mereka itu sebenarnya adalah untuk menakut-nakutkan ahli-ahli dan para penyokongh PAS," katanya.
Namun, katanya, para pemimpin, ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS tetap mempunyai cara dan strategi tersendiri dalam menghadapi sebarang keadaan. Sehingga kini, beliau tetap yakin dengan kecekapan pihak polis dalam menjaga ketenteraman awam.
"Pada kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada seluruh petugas PAS dari seluruh negara yang datang untuk membantu kempen kita dari segenap segi," ujar beliau.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment