Menjelang hari pengundian esok, calon PAS pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau, Yuhaizad Abdullah membuat rayuan terakhir agar pengundi-pengundi memilih beliau agar dapat membawa suara mereka ke Dun Melaka.
Yuhaizad berkata, beliau optimis pengundi-pengundi akan membuat perubahan di Dun berkenaan.
"Setelah tujuh hari berjumpa dengan seluruh pengundi Dun Merlimau ini harapan saya begitu tinggi hasil reaksi yang diberikan oleh seluruh pengundi.
"Kita begitu yakin pengundi-pengundi Dun Merlimau ini memberi satu kejutan untuk membuat perubahan dalam pilihan raya yang akan berlangsung hari ini.
"Kita harap supaya pengundi-pengundi kepercayaan kepada saya untuk saya memberikan khidmat terbaik kepada mereka," kata beliau ketika ditemui di program kelab bermotor ARC Melaka di Merlimau Baru, petang semalam.
Beliau juga mengingatkan pengundi-pengundi agar dapat keluar awal pagi untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
"Saya harap pengundi dapat keluar dengan lebih awal dan tak terlalu tergopoh gapah," katanya.
Beliau juga berkata, kehadiran pihak polis dapat membantu menjaga keselamatan pengundi-pengundi dan sebarang provokasi yang mungkin berlaku.
"Kita yakin keselamatan semua terjamin dengan pasukan polis yang mencukupi dan saya harap pengundi-pengundi dapat membuat pilihan yang bijak," katanya.
~harakah~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment