REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Tuesday, July 5, 2011

9 Julai Adalah Suara Rakyat

Episod pertama perjuangan Bersih 2.0 dianggap berjaya apabila kerajaan Barisan Nasional (BN) terpaksa menggunakan intitusi raja bagi memastikan perhimpunan 9 Julai tidak menjadi kenyataan.

Namun apa yang jelas suara dan tuntutan lapan perkara diutara Bersih 2.0 sudah didengari di seluruh negara sehingga melewati pagar Istana Negara. Ternyata kemunculan Bersih 2.0 yang digerakkan 60 badan bukan kerajaan berjaya meletakkan kerajaan BN dalam suasana cemas dan panik.

Sama seperti cabaran debat PAS terhadap pemimpin Umno suatu ketika dahulu akhirnya diarah dibatal menggunakan kuasa tertinggi negara. Hari ini episod lama itu diulang kembali sebagai langkah terakhir bagi menyelamatkan kerajaan BN.

Namun bagi peguam hak asasi, Faizal Che Yusoff, 9 Julai perlu dijadikan titik mula mendesak secara berterusan terhadap kerajaan yang mengawal Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Himpunan bagi menunjukkan rakyat bersama perjuangan demokrasi yang adil perlulah diadakan secara berkala di segenap tempat sehingga ke ceruk kampung.
“Program penerangan terhadap tuntutan Bersih 2.0 perlulah diadakan selama mana lapan perkara tidak ditunaikan pemerintah,” katanya di sini.

Hari ini kesemua akhbar menyiarkan titah khas Yang di-Pertuan Agong yang menitahkan kerajaan agar melaksanakan segala amanah diberikan kepada rakyat secara adil dan bijaksana.

“Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan,” titah baginda.

Ekoran titah tersebut Pengerusi BERSIH 2.0, Datuk S Ambiga dilapor berkata, perhimpunan Bersih yang dijadualkan 9 Julai ini bergantung kepada keputusan pertemuan mereka dengan Yang di-Pertuan Agong.

Gabungan NGO di bawah Bersih hari ini menghantar permohonan untuk mengadap Seri Paduka. Faizal juga berkata, ekoran pelbagai kecelaruan dilakukan pasukan polis menghalang Bersih 2.0, cadangan Suruhanjaya Diraja bagi penambahbaikan perkhidmatan polis perlu dinyaringkan semula.

~harakah~

No comments: