REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, July 4, 2011

Beranikah Murujib Berdialog Dengan BERSIH?

Ekoran titah Yang di-Pertuan Agong semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diminta mengadakan dialog dengan BERSIH 2.0. Senator Dr Syed Husin Ali berkata, titah Yang di-Pertuan Agong semalam bermaksud bahawa Seri Paduka berharap terdapat perbincangan antara kedua-dua pihak.
"Saya hendak tengok sama ada PM akan ikut nasihat Agong. SPR (Surujanjaya Pilihan Raya) sudah tutup pintu. Sekarang antara BERSIH dan perdana menteri," katanya.

Bercakap dalam sidang media di lobi Dewan Negara, Syed Husin bagaimanapun tidak dapat menjawab sama ada perhimpunan 9 Julai akan diteruskan atau tidak.

"(Untuk dialog) setahu saya pada 8 hari bulan, perdana menteri dan isteri ke lapangan terbang. Sama ada perhimpunan 9 Julai diteruskan atau tidak, saya tidak dapat menjawabnya," katanya.

Bekas timbalan presiden PKR juga berkata, keputusan lanjut berhubung perhimpunan itu terletak pada BERSIH 2.0 sebagai penganjurnya.

"Keputusannya sudah tentu akan dibuat berdasarkan respons daripada rakyat sendiri," katanya.

Dewan tolak usul
Turut hadir dalam sidang media itu Senator S Ramakhrisnan daripada DAP dan Senator Mumtaz Md Nawi daripada PAS.  Kesemua mereka, kecuali perempuan, memakai tali leher kuning tanda sokongan pada BERSIH. Malah, Syed Husin sendiri memulakan sidang medianya dengan ucapan "selamat tengah hari bersih".

Sementara itu, mengulas tangkapan terhadap aktivis parti politik dan NGO, termasuk bawah Ordinan Darurat yang membenarkan penahanan suspek sehingga 60 hari, Syed Husin berkata perkara itu tidak boleh dilakukan kerana belum digazet.
"(tindakan itu) seolah-olah mengharamkan warna kuning. Ia sebenarnya tidak boleh berlaku kerana belum digazetkan," katanya.

Menganggap tindakan itu "keterlaluan sangat", Syed Husin mengingatkan bahawa undang-undang negara tidak boleh diletakkan di atas perlembangan yang menjamin kebebasan berhimpun secara aman.

Sementara itu, Ramakhrisnan pula memberitahu, speaker Dewan Negara telah menolak usulnya untuk membincangkan tentang perhimpunan BERSIH pada 9 Julai ini.

"Parlimen merupakan saluran terbaik untuk membincangkan perkara ini. Mereka cakap sila guna saluran yang betul. Parlimen tolak, Dewan Negara tolak, jadi tiada tempat untuk disalurkan," katanya.

~MK~

No comments: