REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 7, 2011

BERSIH Membuatkan Murujib Dan Menteri Kecut Teloq

Kerajaan memperhebatkan kempen bagi melumpuhkan perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijadualkan Sabtu ini dengan menyebarkan larangan itu bukan sahaja di masjid dan universiti tetapi juga di beberapa lebuhraya.

Tinjauan Malaysiakini hari ini mendapati amaran berkenaan bukan sahaja dipaparkan di kain rentang tetapi juga dipamerkan di papan tanda elektronik sepanjang lebuhraya DUKE.

Notis yang sama juga dikesan sejak dua hari lalu di lebuhraya Sprint berhampiran Mont Kiara.

Selain itu, sekolah-sekolah seluruh negara, khususnya sekitar Lembah Klang juga difahamkan telah mengingatkan peljar dan guru-guru supaya menjauhkan diri mereka daripada perhimpunan itu.

Jumaat lalu, masjid-masjid juga mengeluarkan khutbah mengingatkan umat Islam bahawa perhimpunan BERSIH 2.0 adalah haram.

~MK~

No comments: