REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 7, 2011

Tak Ada Bas Naik Lori

Permit sementara bas untuk perjalanan ke Kuala Lumpur tidak akan dikeluarkan untuk hari Jumaat dan Sabtu ini bagi mengelak jangkaan kesesakan lalulintas, kata Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Pengerusinya, Tan Sri Syed Hamid Albar (kanan) berkata ia juga merangkumi operator bas sekolah, bas kilang yang sering memohon permit semasa musim puncak untuk mengangkut orang ramai ke bandar.

Katanya, pengeluaran permit sementara it tidak perlu kerana ia bukan musim perayaan atau cuti sekolah. Bagaimanapun, katanya, perkhidmatan pengangkutan awam - LRT, KTM dan bas - di Kuala Lumpur berjalan seperti biasa pada 9 Julai.
Syed Hamid menjelaskan suruhanjaya itu akan mengekalkan dasarnya dan tidak mengeluarkan permit sementara bas pada bukan musim perayaan.

"Kami tidak membeku permit bas sementara, tetapi hanya mengekalkan status quo," kata beliau kepada Malaysiakini.

"Kami tidak mengeluarkan sebarang permit bas sementara melainkan ketika musim perayaan seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya atau Deepavali."
Beliau juga menafikan terdapat arahan seperti yang dilaporkan oleh beberapa media, sambil menegaskan bahawa ia hanya satu notis yang dikeluarkan kepada pengusaha bas mengenai dasar semasa.
Sementara itu, seorang jurucakap dari Prasarana juga mengesahkan dengan Malaysiakini bahawa perkhidmatan LRT tidak ditutup pada hari Sabtu.

"Perkhidmatan seperti biasa, tetapi kami akan mematuhi sebarang keputusan yang dibuat oleh pihak berkuasa seperti polis," katanya, sambil menambah setakat ini mereka tidak menerima sebarang "nasihat" dari polis.

Sebelum ini terdapat spekulasi dalam media sosial seperti Facebook bahawa pihak berkuasa mungkin menutup sistem pengangkutan awam pada hari Sabtu untuk menghadkan kehadiran ke perhimpunan Bersih.

~MK~

No comments: