REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, July 8, 2011

Murujib Dah Pening Kebangkitan Rakyat

PAS mengecam tindakan "lepas tangan" Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak behubung perhimpunan Bersih 2.0 yang bakal berlangsung esok.

Biarpun sebelum ini berjanji membenarkan himpunan Bersih dibuat di stadium, namun beliau kini bagai mungkir janji apabila menyerahkan urusan tersebut kepada pihak polis yang sehingga kini tidak memberikan permit perhimpunan di Stadiu merdeka.

“Kenapa bebanan diletakkan ke atas bahu polis, sedangkan beliau (Najib) sepatutnya mengeluarkan arahan agar himpunan diadakan di stadium, kini jawatankuasa Bersih 2.0 telahpun setuju, tiba-tiba kabinet tak benarkan. Siapa mengetuai kabinet? Apakah polis?” soal Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam satu kenyataannya hari ini.

Sepatutnya kata Tuan Ibrahim, Perdana Menteri tidak patut menyusahkan polis dengan keputusannya dan benarkan sahaja rakyat berhimpun secara aman untuk menyerahkan memorandum rakyat kepada Yang Di Pertuan Agong.

Sebelum ini, ketika Bersih bertegas mahu berarak menuju ke Istana negara, Najib membantahnya lalu mencadangkan ianya diadakan di stadium. Setelah pertemuan dengan Duli Yang Maha Mulia Yang DiPertuan Agong, Besih kemudiannya bersetuju untuk menukar dari berarak ke istana kepada perhimpunan di stadium.

Dan kelmarin, mereka mengumumkan untuk mengadakan himpunan itu di Stadium Merdeka di ibu negara. Namun kabinet yang diketuai Najib pula didakwa menolak hasrat Bersih memilih Stadium Merdeka itu.
Penolakan itu dilihat bercanggah dengan janji awal Najib yang sedia membenarkan himpunan aman itu jika diadakan di satdium. Lebih malang apabila perdana menteri itu melepaskan urusan kebenaran yang pernah dijanjinya itu kepada pihak polis.

Pihak polis sehingga kini bagaimanapun bertegas himpunan tersebut tidak dibenarkan bukan sahaja di Stadium Merdeka, malah di mana-mana kawasan di Kuala Lumpur.
Lebih dari itu, polis juga telah mendapatkan perintah larangan dari Mahkamah Majistret bagi menghalang 66 tonggak utama himpunan dari Bersih termasuk dari parti-parti politik dan NGO yang menyokongnya.
“Bah ini sebenarnya kenyataan awal beliau. Layakkah seorang yang lepas tangan dan bermungkir janji secara terang-terangan begini menjadi pemimpin rakyat Malaysia,” tanya beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

~harakah~

No comments: