REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, July 8, 2011

Samada BERSIH Haram Atau Hishamuddin HARAM JADAH

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH 2.0) mengemukakan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar arahan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang mengisytiharkannya sebagai pertubuhan haram.
Pemohonan itu difailkan di bahagian pendaftaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menerusi peguam mereka, Tetuan Azzat & Izzat.
Seramai 14 ahli jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 yang diketuai oleh pengerusinya Datuk Ambiga Sreenevasan, menamakan menteri dalam negeri, ketua polis negara dan kerajaan sebagai reponden dalam permohonan semakan kehakiman setebal 46 halaman itu.

Awal bulan ini, Hishammuddin mengisytiharkan BERSIH sebagai sebuah pertubuhan haram tetapi Ambiga menafikan perkara itu.

Ssemua anggota berkenaan antara lain memohon perintah certiorari bagi membatalkan pengisytiharan perintah oleh Menteri Dalam Negeri pada 1 Julai yang mengisytiharkan gerakan Bersih sebagai pertubuhan haram dan memerintahkan pembatalannya berkuatkuasa serta merta.

Mereka juga mahukan satu deklarasi bahawa perintah itu batal dan tidak sah serta tiada mempunyai kesan.

Para anggota itu juga memohon perintah mandamus yang mengarahkan Menteri Dalam Negeri dan KPN untuk memulangkan semula baju-t, pelekat, surat khabar, sepanduk dan apa-apa dokumen lain atau objek kepunyaan mereka yang dirampas.

Mereka mendakwa perintah yang mengisytiharkan gerakan BERSIH sebagai pertubuhan haram kerana ia didakwa "digunakan untuk tujuan memudaratkan kepentingan keselamatan Malaysia dan ketenteraman awam".

Mereka menegaskan bahawa BERSIH 2.0 adalah secara substantif berlainan dengan gerakan yang dikenali sebagai Bersih, yang dilancarkan pada 2007 dan dianggotai parti-parti politik dan pertubuhan masyarakat.
Sedangkan BERSIH 2.0 adalah hanya terdiri daripada pertubuhan-pertubuhan masyarakat tanpa disertai parti-parti politik sama sekali dan dilancarkan pada November 2010, kata mereka.

"Dengan yang demikian, perintah itu daripada segi undang-undang tidak boleh digunakan untuk menghadkan atau menjadikan aktiviti BERSIH 2.0 haram dan dengan itu, pengumuman yang dilakukan oleh responden pertama (Menteri Dalam Negeri) adalah tidak sah kerana ia salah daripada segi undang-undang," kata mereka.

Mereka juga mendakwa tidak diberi peluang untuk menjelaskan kedudukan mereka sebelum Menteri Dalam Negeri mengeluarkan perintah berkenaan.

~MK~

No comments: