Pemuda Umno tidak akan meneruskan rancangan untuk mengadakan perhimpunannya pada 9 Julai ini tetapi memberi amaran kepada BERSIH supaya tidak meneruskan perhimpunan pada hari berkenaan."Jika tidak, PATRIOT tidak akan teragak-agak untuk turut hadir ke perhimpunan berkenaan bagi mempertahankan masyarakat "daripada dikhianati (pengerusi BERSIH, Datuk) Ambiga (Sreenevasan)," kata pengerusi perhimpunan PATRIOT, Datuk Reezal Merican Naina Merica.
"Kita akan berdiri di hadapan kalau ada orang nak ganggu," katanya lagi dalam satu sidang media di ibu pejabat pergerakan Pemuda Umno di ibunegara petang ini.
Namun, buat masa ini PATRIOT perhimpunannya yang turut dijadualkan diadakan pada 9 Julai. Keputusan itu dibuat ekoran titah Yang di-Pertuan Agong semalam berhubung perhimpunan berkenaan, katanya.
"Kita faham hasrat Tuanku tidak mahu berlaku huru-hara... Walaupun Tuanku tak kata stand down, kita faham (bermaksud begitu)," katanya lagi ketika ditanya.
Jelasnya, beliau berpendapat demikian memandangkan Yang di-Pertuan Agong mengeluarkan titah khas berhubung isu berkenaan. Turut bercakap dalam sidang media itu ialah ketua pengarah Patriot, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.
Sebelum itu, Utusan Online melaporkan, timbalan ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim berkata pergerakan itu tidak akan meneruskan rancangannya untuk mengadakan perhimpunan pada 9 Julai ini kerana menjunjung titah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.
Pembatalan itu bagaimanapun tidak bermakna Himpunan Patriot akan dibubar, katanya. Sebaliknya, kata beliau, ia mungkin didaftarkan sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berperanan memelihara kedaulatan negara.
~MK~
No comments:
Post a Comment