REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, July 4, 2011

Tuanku Sebut Kumpulan BERSIH Tapi PEKARA Tak Sebut Langsung

Datuk Ibrahim Ali berpendapat PERKASA perlu meneruskan perhimpunan mereka pada 9 Julai sekiranya BERSIH 2.0 meneruskan demonstrasinya. Bagaimanapun perkara itu akan diputuskan dalam mesyuarat jawatankuasanya pada 6 Julai ini.

"Ini cuma pandangan peribadi saya sebagai presiden PERKASA," katanya.

Beliau juga menyifatkan cadangan itu sebagai mengikut rentak BERSIH.

"Kita ikut (tindakan) BERSIH saja. Kalau BERSIH A, kita A. Kalau BERSIH B, kita B," katanya yang juga anggota parlimen Pasir Mas.

Bagaimanapun, katanya, pendiriannya itu tidak bermakna tidak akur pada titah Yang di-Pertuan Agong. Ini kerana, katanya, PERKASA mahu memastikan keselamatan negara terjamin dan imej negara tidak terjejas dengan perhimpunan itu.
Perkara lain, seperti tempat perhimpunan atau permit polis diserahkan kepada 40 jawatankuasa PERKASA untuk memutuskannya. Ditanya tentang kenyataan Pengerusi BERSIH S Ambiga yang mahu mengadap Yang di-Pertuan Agong, Ibrahim berkata tindakan itu tidak mengikut budaya Melayu.
"Esok kalau ada pihak lain hendak buat tunjuk perasaan, suruh batal, hendak jumpa (Yang di-Pertuan) Agong juga.

"Ini perhimpunan haram, saya rasa ini merendahkan martabat Yang di-Pertuan Agong," kata Ibrahim sambil menyifatkannya sebagai "biadap".

Oleh yang demikian, tambahnya, PERKASA tidak akan memohon mengadap Agong, kecuali dititahkan.

~MK~

No comments: