REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Friday, July 15, 2011

Samad Said Tokoh Sasterawan Reformasi Selepas Shahnon Ahmad

Sasterawan Negara Datuk A Samad Said berkata beliau "tidak akan melayan" sebarang jemputan rasmi kerajaan termasuk membaca puisi dalam majlis anjuran mereka.
"Sebolehnya sekarang, saya tidak menerima jemputan daripada kerajaan," katanya ketika ditanya reaksi kawan-kawannya dalam kerajaan selepas menyertai perhimpunan BERSIH 2.0.

"Saya tidak fikir, (saya) dipulaukan. Tetapi kalau dijemput sementara ini, saya tidak akan layan. Kalau oposisi menang, saya layan."

A Samad sebelum ini banyak dijemput dalam majlis anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.

Ditanya sama ada tindakan beliau sebagai 'mogok seni' kali kedua, sasterawan 76 tahun yang terkenal dengan novel Salina itu menjawab:

"Saya tidak tahulah tu. (Saya) tak tahu," katanya sambil ketawa sinis.

Selalunya kosong

Samad sebelum ini dilaporkan beberapa kali mengadakan 'mogok' secara bersendirian, antaranya mogok seni pada 1990 dan 'mogok sastera' pada 2000. A Samad dilaporkan pertama kali mengadakan mogok beberapa tahun lalu apabila dikatakan menghadapi masalah kelancaran dalam pembayaran royalti tulisannya dengan DBP.

Beliau juga tidak dapat menjangkakan bagaimana reaksi rakannya yang berada dalam kerajaan, ekoran penyertannya bersama lebih 10,000 orang dalam perhimpunan Sabtu lalu. Ketika ditemuramah Malaysiakini di Bangsar semalam, A Samad berkata, walaupun beliau mencari makan dengan membaca puisi, kali ini beliau akan memilih majlis yang "sesuai".

Beliau juga menegaskan tidak pernah mendapat sebarang projek dengan pihak kerajaan yang menyebabkan beliau terikat. Bagaimanapun, ditanya sekiranya diberi, sosok kecil berjanggut panjang dan putih itu, berkata akan "bertanya hari nurani" terlebih dahulu.
"Hati nurani saya yang lebih banyak bercakap. Kalau tengok dalam bank saya, ada RM96 sahaja, itupun royalti yang baru masuk.

"Kalau tidak, kosong," kata lelaki berpenampilan sederhana dan sering merendah diri itu.

Rezeki di tangan Tuhan

Walaupun menghadapi kemungkinan digam oleh akhbar arus perdana, beliau yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad berkata, beliau kini selesa berkarya di Facebook walaupun ia tidak menjamin pulangan ekonomi.
"Itu (pendapatan) tidak mengapa, untuk satu dua tahun ini. Rezeki di tangan Tuhan, bukan di tangan-tangan orang itu," katanya.
Menurut Sasterawan Negara itu, beliau juga tidak akan menulis di mana-mana medium lain, termasuk di portal berita alternatif bagi mengelakkan daripada dilabel cenderung kepada mana-mana pihak.

"Saya tulis di Facebook. Itu ada (ruangan) mingguan-mingguan, saya tulislah. Nanti saya tulis di Malaysiakini, orang kata saya (menyokong) pembangkang juga," katanya sambil berseloroh.

"Sebab saya saya selalu melihat di dalam akhbar, bukan berita yang disiarkan, (sebaliknya) syarikat orang-orang tertentu yang mempunyai ruangan dalam akhbar.

"Akhbar itu ditentukan oleh itu sebenarnya."

~MK~

No comments: