REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 13, 2011

Rakyat sedia gerakkan Bersih 3.0

Dewan Pemuda PAS Pusat, sedia menggerakkan massa untuk mengadakan himpunan Bersih sekali lagi, seperti diumumkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu semalam jika kerajaan masih berdegil dan enggan mendengar tuntutan rakyat.

Menerusi perhimpunan itu, rakyat menuntut kerajaan melaksanakan 8 perkara iaitu membersihkan senarai undi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasruddin Hassan berkata, tuntutan tersebut bukanlah sesuatu yang rumit untuk dilaksanakan jika kerajaan benar-benar jujur kepada rakyat.

Menurut beliau, tambahan pula, kesemua tuntutan itu bukanlah sesuatu yang pelik, malah ia amat wajar dilaksanakan oleh kerajaan bagi menjamin keadilan kepada rakyat dan membersihkan imej kerajaan serta negara.

Katanya, kerajaan perlu sedar, perhimpunan aman Bersih 2.0 yang diadakan pada 9 Julai lalu adalah atas kehendak rakyat dan ia diadakan ekoran desakan rakyat agar kerajaan melaksanakan pilihanraya dengan bersih dan adil.

"Ia bukan diadakan untuk suka-suka, tetapi kerana hasrat yang murni, sehingga para pesertanya sanggup datang dari jauh dari seluruh pelosok negara dan terpaksa menempuhi pelbagai halangan," katanya ketika ditemui di sini.

Perhimpunan aman Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu, menurut beliau, sememangnya perhimpunan aman, tetapi ia telah mencatatkan rekod buruk sehingga menjadi sejarah hitam kepada negara.

"Semua itu terjadi kerana kerajaan BN menerusi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menggunakan kekerasan terhadap para peserta sehingga lebih 1,400 orang ditangkap, ada yang tercedera, malah ada yang meninggal dunia.

"Peserta yang meninggal dunia itu, Allahyarham Baharudin Ahmad. Beliau adalah bekas tentera dan telah berumur 56 tahun. Walaupun telah berumur, Allahyarham tetap hadir menyertai perhimpunan itu bagi bersama-sama orang ramai mendesak kerajaan melaksanakan pilihanraya yang bersih dan adil.

"Allahyarham Baharudin meninggal dunia selepas pengsan di perkarangan KLCC dan disahkan meninggal di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Allahyarham mengalami kecederaan parah sehingga patah tulung rusuk dan patah gigi.

"Sesungguhnya, Allahyarham Baharudin itu adalah wira negara. Pengorbanannya amat besar kepada negara. Dewan Pemuda PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarganya di atas pemergian Allahyarham dan kita mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan para syuhada," katanya.

Walaupun perhimpunan Bersih 2.0 memberikan pengalaman pahit kepada rakyat ekoran penggunaan kekerasan melampau oleh kerajaan BN terhadap para pesertanya, tegas beliau, rakyat negara ini tidak takut untuk mengadakan perhimpunan seperti itu sekali lagi jika kerajaan terus enggan membersihkan sistem pilihanraya di tanah air.

"Kerajaan BN tidak mempunyai pilihan lain dalam hal ini, melainkan mesti memenuhi 8 tuntutan itu kerana ia adalah desakan rakyat," tegas beliau.

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyokong sekiranya Himpunan Bersih 3.0 diadakan pada masa akan datang demi untuk keadilan dalam pilihanraya. Menurutnya, pilihanraya adil dan bersih dituntut dalam Islam kerana ianya menyentuh soal kepimpinan negara.

“Sedangkan menjaga diri sendiri juga wajib ikut cara Islam, dengan menikmati semua perkara halal, apa lagi soal mentadbir negara,”ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung Himpunan Bersih 3.0 sekiranya ia diadakan lagi bagi menuntut pilihanraya adil selepas mempengerusikan mesyuarat exco pagi tadi.

Ketika diminta mengulas berhubung dakwaan yang mengatakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu berlakun sakit, tuan guru berkata hanya rakyat yang menjadi hakimnya.

”Orang Umno memang begitu, suka menafikan, dia tuduh kita (PAS), tetapi rakyat yang akan menjadi hakim, insyaallah," katanya.

Menurutnya, Bersih 2.0 akan berjalan dengan baik sekiranya Umno tidak memperalatkan polis supaya menyekat perhimpunan tersebut. Perasaan manusia bila dia yakin, seperti air hujan dari langit akan turun dengan baik dan sekiranya disekat umpama air banjir mengganas menghanyutkan apa sahaja yang ada dihadapan.

Kiranya ada cadangan untuk buat lagi, setuju untuk rancangan bersih pilihanraya atas nama selagi sistem pilihanraya di negeri ini tidak berjalan lancar.

”Mentadbir negara yang diangkat secara bersih adalah kerja agama dan ianya perlu disokong oleh semua, selagi pilihanraya di negara ini berjalan tidak cara bersih, memang saya sokong atas nama apa sekalipun,”ujarnya.
”Mentadbir negeri adalah ajaran Islam seperti ianya menjaga diri sendiri, mata, bercakap, makan cara bersih, kerana itu ingin menjaga Kelantan cara bersih,”ujarnya.

Yang penting, katanya pilihanraya perlu diadakan secara bersih sekiranya tidak ingin balasan buruk di akhirat nanti. Menurutnya, peniaga yang dikatakan kerugian besar akibat demontrasi itu akibat kerajaan sendiri memprovokasikan perkara itu.

”Cuba tidak menakutkan mereka atau memberi laluan demontrasi bersih cara baik, orang akan beli air sana, air sini dan hasil jualan akan laku,”ujarnya.

Beliau juga tidak faham sedangkan Puterajaya telah ditempatkan program Himpunan 1 juta pemuda, kenapa kawasan itu tidak disekat.

~harakah~

No comments: