REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Monday, July 18, 2011

Anak Jantan Pun Buat Apa Kalau Kecut Teloq

“Jika Perdana Menteri , Datuk Seri Najib Razak tidak mahu rakyat berdemo, sila buat pilihan raya adil dan terima tuntutan Bersih,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Katanya, Najib mengatakan demo bukan budaya kita, justeru sepatutnya beliau kena berfikir kenapa rakyat berani untuk berdemo walaupun diugut dengan berbagai ugutan. Beliau berkata, Najib juga tidak boleh mendabik dada kononnya BN kuat, jika berlawan di atas padang yang tidak sama rata.

“Jika benar beliau anak jantan sila biarkan pilihan raya berjalan dengan adil, bebaskan SPR daripada belenggu pemimpin BN.

“Biarlah BN berlawan parti melawan parti, bukan kerajaan melawan parti,” ujarnya.

Tambahnya, berikan peluang kepada Parakan Rakyat (PR) untuk menggunakan televisyen bagi membentang rancangan PR supaya rakyat menjadi hakim negara.

Beliau menambah, demonstrasi aman yang dibuat oleh pihak Bersih pada 9 Julai lalu setelah usaha perundingan dan perbincangan yang telah dibuat dengan pihak SPR tidak dilayan dengan baik terutamanya penggunaan dakwat kekal.
Rakyat, ujarnya tertanya-tanya kenapa kerajaan takut menggunakan dakwat kekal sedsngkan sebelum pilihan raya 2008, SPR sudah membeli dakwat kekal yang bernilai RM2.4 juta, akhirnya dibatalkan penggunaannya.

“Datuk Seri Najib dan SPR mengumumkan untuk mengguna sistem biometrik di dalam pilihanraya akan datang untuk menunjukkan pilihanraya di negara ini adil seolah-olah kita minta teh tetapi yang dibawanya kopi,” ujarnya.
~harakah~

No comments: