REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 21, 2011

Husam, Hatta tak pernah dihubungi

Naib presiden PAS Datuk Husam Musa hairan mengenai berita yang melaporkan polis akan mendapatkan waran tangkap terhadapnya dan 12 lagi individu kerana gagal hadir membantu siasatan berhubung perhimpunan 9 Julai.

Setakat ini, katanya, beliau tidak pernah dihubungi polis sama ada dari dari Bukit Aman, ibu pejabat polis Dang Wangi atau ibu pejabat polis Kelantan untuk tujuan tersebut.

"Jadi saya hairan mengapa berita ini (bahawa polis akan mendapatkan waran tangkap). (Saya) tidak dihubungi polis.

"Saya rasa polis kena ikut trend semasa dengan lebih canggih seperti menghubungi melalui SMS, Facebook atau melalui emel," katanya kepada Malaysiakini.

Husam yang juga exco kanan kerajaan Kelantan mendakwa tindakan polis itu tidak wajar dan "mensensasikan keadaan".

"Saya bersedia untuk (memberi keterangan) tetapi polis kena tinggalkan pesan ataupun SMS," katanya

Berita Harian hari ini melaporkan, selain Husam dan Anwar, polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 12 individu lain. Manakala seorang lagi, ahli parlimen TItiwangsa Dr Lo' Lo' Mohd Ghazali meninggalkan dunia Ahad lalu akibat barah.

Yang lainnya termasuk Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, timbalan pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula termasuk R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Turut tersenarai ialah ketua penerangan Pemuda Umno, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, A Samad - dalam SMS kepada Malaysiakini - berkata: "Kini semuanya di tangan peguam saya". Manakala Dr Hatta yang juga ahli jawatankuasa PAS pusat, juga dalam SMSnya - berkata beliau tidak tahu menahu mengenai usaha polis untuk mendapatkan keterangan daripadanya.

"Saya tidak pernah dihubungi sama ada melalui telefon atau surat oleh pihak polis," katanya sambil menyifatkan kenyataan bahawa beliau gagal memberi kerjasama, sebagai berniat jahat.

~MK~

No comments: