REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 21, 2011

Jika Tiada Calon Bagi Saja Pada Zahrain Katak

Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang tidak mahu terheret secara langsung dengan kontroversi Anugerah Ibrahim Ali yang ditawarkan kepada mahasiswa UiTM berkata menjadi kelaziman bagi universiti mendapatkan sumbangan daripada bekas pelajar mereka.

"Kita lihat mana-mana pembangunan kepada universiti di luar negara, satu daripada kekuatannya (adalah) setiap universiti sumbangan dibuat oleh bekas pelajarnya.

"Di (Universiti) Harvard, ia mengumpulkan berbilion dolar daripada bekas-bekas pelajarnya, kerana dia (pelajar) tahu dia dapat ilmu daripada institusi ini. Sekarang giliran dia pula untuk memulang balik (sumbangan).
"Jadi Ibrahim Ali pun sama. Dia pun nak pulang balik (sumbangannya). Jadi beliau menawarkan kepada pelajar-pelajar di UiTM sesiapa nak anugerahnya.

"Sesiapa yang mahu anugerah, beliau sanggup beri RM5,000," katanya dalam satu sidang media.

Menurut Mohamed Khaled, anugerah tersebut bukan ditawarkan oleh pihak universiti, sebaliknya ditawarkan oleh presiden PERKASA itu sendiri.

Sehubungan itu, beliau yang juga ahli parlimen Pasir Gudang berharap perkara tersebut tidak "digembar gembur".
"Jadi tak perlu kita gempar. Ini Ibrahim Ali, bekas pelajar UiTM, Dia nak (beri) balik ke universiti, dia nak tawarkan... Tidak perlu digembar-gemburkan, ini hasrat dia," tegas Mohamed Khaled.

Isnin lalu, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh Ibrahim sendiri .

Bagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar dalam penjelasannya di Facebook semalam berkata pihak universiti belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan Anugerah Ibrahim Ali itu.

Katanya, anugerah itu perlu dibawa kepada Senat dan Lembaga UiTM sebelum ia boleh diluluskan.
Katanya lagi, senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan.

"Senat ada 60 professor, dekan dan rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independen di UiTM,” katanya.

Menurut Sahol (kiri), isu itu berlaku kerana Impak terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di lamanweb mereka. Mengulas lanjut, Mohamed Khaled berkata kerajaan menggalakkan agar bekas pelajar untuk tidak melupakan institusi yang pernah menyumbang kepada kehidupan mereka.

Ini memang satu perkara yang kita sedang galakkan, sebab itulah di univerisiti ada TNC (Timbalan Naib Canselor) Alumni," katanya.

Dalam sidang media yang sama juga, Mohamed Khaled berkata kementerian dan kerajaan menyedari "kelemahan tidak ada wakil di alam siber" untuk menyalurkan maklumat mengenai perkembangan isu semasa khususnya mengenai BERSIH 2.0 kepada pelajar dan pegawai kerajaan di luar negera.

"Kita bergerak dalam alam nyata, kita tidak masuk ke alam siber. Mungkin dalam soal ini kita perlu, sebab dalam alam siber, ada berbagai cerita, semua orang jadi wartawan.

"Dalam alam nyata, beberapa orang (sahaja) jadi wartawan. Dalam alam siber, setiap orang jadi wartawan. Setiap orang masuk, setiap orang menulis dan setiap orang membaca... Sebab itu semua orang perlu membantu menulis apa yang sebenar yang sedang berlaku.

"Kita bukan tidak ada benda baik, banyak benda kerajaan buat benda baik, tetapi mungkin kerana kegagalan untuk ada wakil yang kuat dalam alam siber untuk menerangkan (perkara) ini," katanya.

Sehubungan itu, Mohamed Khaled menegaskan kerajaan kini sedang berusaha untuk menangani perkara tersebut.
~MK~

No comments: