Butiran Anugerah Kepimpinan Ibrahim Ali di laman web Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM telah dikeluarkan selepas dua hari menjadi tajuk perbualan pelbagai pihak yang mempertikaikannya.
Semakan Malaysiakini pada tengahari tadi mendapati laman itu tidak lagi wujud berikutan bidasan orang ramai ke atas UiTM kerana didakwa mengesahkan anugerah berkenaan.
Laman web itu sebelum ini memuatkan butiran terperinci anugerah kepada pelajar yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu dengan menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri.
Impak juga mengumumkan tarikh tutup pencalonan adalah pada 15 September dan anugerah itu akan diberikan pada setiap tahun semasa majlis konvokesyen pada bulan Oktober.
Bagaimanapun naib canselor UiTM, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar hari ini menafikan bahawa pihak universiti telah meluluskan anugerah itu dan berkata pihak Impak “terlepas pandang” isu itu selepas disiarkan di laman webnya.
Dalam kenyataan di Facebook, Sahol Hamid berkata UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarahnya.
“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.
“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” katanya.
~MK~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment