Pada 16 Julai 2011 harga gula telah dinaikkan 25 sen sekilo dari RM1.60 kepada RM1.90 sekilo.
Dikatakan pemotongan subsidi gula sebanyak 25 sen baru-baru ini telah member penjimatan kepada kerajaan sebanyak RM116 juta setahun.
Alasan yang diberikan adalah untuk menyelamatkan Malaysia dari bangkrap kerana Malaysia banyak sangat bagi subsidi pada rakyat. CEO Pemandu, Idris Jala, mengatakan Malaysia telah membayar hampir RM74 billion untuk subsidi pada tahun 2009.
Rupa-rupanya, semua ini adalah sandiwara semata-mata. Rakyat disuruh berjimat manakala orang-orang besar boleh beli perhiasan yang berjumlah puluhan juta ringgit.
Diberitakan cincin yang dikaitkan dengan Rosmah baru-baru ini bernilai lebih kurang RM78 juta.
Tulang Besi baru sedar penjimatan subsidi gula untuk rakyat tersebut perlu kerana tanpa pemotongan tersebut tidak mungkin pihak2 tertentu mampu membeli cincin dan perhiasan serta beg yang berjumlah berpuluh-puluh juta ringgit.
Kalau Rm116 juta dijimatkan dari membayar subsidi gula, maka jumlah tersebut lebih dari cukup untuk membeli cincin bernilai RM 78 juta dari toko milik seorang Yahudi Turkmenistan bernama Jacob and Co.
Ditambah dengan perhiasan-perhiasan lain yang berjumlah berjuta-juta harganya seperti gelang, beg tangan dan sebagainya.
Maka, penjimatan subsidi gula adalah perlu demi memastikan isteri orang-orang atasan di Malaysia dapat membeli perhiasan serta perhiasan yang berjumlah puluhan juta.
Walaupun di laman web rasmi PEMANDU dinyatakan dengan jelas tujuan pemotongan subsidi gula seperti berikut:
”……...manakala subsidi gula pula membolehkan kita mempromosi gaya hidup sihat.”
Nasihat Tulang Besi adalah bangkai gajah sampai bila boleh kita tutup dengan daun nyiru. Lambat laun orang kampung akan tahu juga.
Izinkan Tulang Besi mengakhiri artikel saya dengan mengingatkan rakyat Malaysia berkenaan dengan slogan Satu Malaysia tajaan APCO:
SATU MALAYSIA. RAKYAT DIDAHULUKAN. PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.
Slogan hanya tinggal slogan. Perlaksanaan nyata jauh berlainan.
Terima kasih
~Tulang Besi~
REFORMASI KAJANG
Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI
Pembongkaran Video Seks DSAI
Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay
Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.
Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.
Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.
Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment