REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Wednesday, July 20, 2011

Silap fakta tentang EO Bukti Nazri Botak Bangang

Pengerusi DAP Karpal Singh membidas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz kerana memperolehi fakta yang silap dalam mempertahankan penahanan enam aktivis PSM di bawah Ordinan Darurat (EO).

Mengulas kenyataan kenyataan Nazri bahawa EO yang digubal dan dikuatkuasa untuk membendung pemberontakan komunis pada 1948 hingga 1960, Karpal berkata Ordinan No 5 Darurat (Perintah Awam dan Pencegahan Jenayah) tahun 1969, digubal selepas rusuhan 13 Mei, dan bukannya bertujuan untuk memerangi komunisme.

Ia adalah Peraturan-Peraturan Darurat 1948 yang digubal British pada kemuncak pemberontakan komunis dan selepas kemerdekaan pada tahun 1957, telah diolah semula menjadi Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1960.
Ordinan (EO) tersebut, kata Karpal, telah digunakan untuk membanteras aktiviti jenayah ganas.

"Ia tidak pernah digunakan untuk memerangi komunisme," kata Karpal dalam satu kenyataan hari ini.

Nazri juga, tambahnya, telah terkhilaf dalam mempertahankan penggunaan EO terhadap aktivis PSM dikatakan atas alasan agenda komunis mereka. Menurut Karpal lagi, penggunaan EO adalah satu penyalahgunaan dan enam orang yang ditahan itu, hendaklah dibebaskan serta-merta.

Mengimbas kembali perjanjian damai yang ditandatangani antara Parti Komunis Malaya (PKM) dan kerajaan pada 2 Disember 1989, Karpal berkata, PKM telah mengikrarkan kesetiaan mereka kepada Yang di-Pertuan Agong dan sejak itu telah menghentikan semua aktiviti militan dan bersetuju membubarkan unit bersenjatanya serta memusnahkan semua senjata mereka.
Karpal juga menyifatkan dakwaan bahawa aktivis PSM itu mahu memulihkan komunisme sebagai tidak mempunyai asas dan merit serta kosong dan tidak akan dapat dipertahankan.

"Dengan termeterainya perjanjian damai, pemberontakan PKM di Malaysia telah berakhir. Persoalan ia dihidupkan semula tidak timbul, dengan mengambil kira telah berakhir komunisme di peringkat antarabangsa," katanya sambil menambah ia tidak mungkin dapat dihidupkan semula.

Ahli parlimen Sungai Siput, Dr Michael D Jeyakumar dan lima lagi aktivis PSM, ditahan akhir bulan lalu apabila mereka didapati memiliki bahan-bahan yang didakwa polis mempromosi komunisme dan sebagai bukti rancangan mereka untuk melancarkan 'perang terhadap Yang di-Pertuan Agong'.

Mereka pada mulanya dituduh melanggar Seksyen 122 Kanun Keseksaan, tetapi ini digugurkan. Keenam-enam mereka kemudian ditahan semula di bawah Ordinan Darurat pada 2 Julai atas dakwaan bahawa mereka menjadi ancaman kepada ketenteraman awam.

~MK~

No comments: