REFORMASI KAJANG

Fatwa Mutakhir Yusuf Qaradawi mengenai Konspirasi 2 terhadap DSAI

Pembongkaran Video Seks DSAI




Pengakuan YB Johari Abdul Tentang Video Seks Eskay

Pembatalan penggunaan dakwat 'indelible' (tidak terpadam) akan selama lamanya memahat tulisan PENIPU DAN MUSUH RAKYAT di dahi lebar Pengerusi SPR. Sifat MUNAFIK yang amat keji ini mengundang kemarahan dan kekecewaan yang menggunung di kalangan pengundi pengundi. Memang kita sedia maklum mengharapkan ketelusan daripada SPR samalah seperti mengharap gajah dapat melepasi mata jarum.


Bukankah UMNO sendiri lahir dari perhimpunan2 HARAM memprotes Malayan Union yang telah diadakan seluruh Malaya ada tahun 1946.

Kalau hendak menunggu permit, maka tidak lahirlah UMNO kerana tidak mungkin Polis pada masa itu akan memberi permit kepada perhimpunan2 yang membawa kepada lahirnya UMNO.

Oleh sebab itu, penentangan UMNO terhadap BERSIH 2.0 adalah satu bentuk KEMUNAFIKAN yang tersangat besar.



Mufti Perak Sanggah Sumpah Laknat Eskay









Thursday, July 21, 2011

Waran tangkap untuk Anwar, Samad Said, Husam

Polis akan mendapatkan waran tangkap ke atas 13 individu, termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim atas alasan gagal hadir membantu siasatan selepas terbabit dalam perhimpunan 9 Julai lalu. Sebelum ini, polis menyenaraikan 14 individu bagi melengkapkan kertas siasatan, bagaimanapun anggota parlimen Titiwangsa Dr Lo' Lo' Ghazali meninggal dunia Ahad lalu, lapor Berita Harian.

Selain Anwar, mereka yang lain adalah Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa, Timbalan Pengerusi DAP Perak V Sivakumar, aktivis Wong Chin Huat, pengendali blog Haris Ibrahim, peguam Latifah Koya dan aktivis Badrul Hisham Shaharin.

Sementara anggota parlimen Pakatan Rakyat pula yang termasuk dalam senarai itu R Sivarasa (Subang), Nurul Izzah Anwar (Lembah Pantai) dan Dr Hatta Ramli (Kuala Krai). Nama tunggal wakil Umno adalah Exco Pemuda, Datuk Reezal Merican Naina Merican.

Tanpa memetik mana-mapa pihak, akhbar itu melaporkan semua individu itu dipanggil ke ibu pejabat polis (IPD) Dang Wangi sejak 11 Julai, namun belum berbuat demikian.

Semalam, polis Kuala Lumpur menghantar kertas siasatan dan laporan berhubung kegagalan individu itu kepada Ibu Pejabat Polis Bukit Aman untuk tindakan susulan, termasuk cadangan mengeluarkan waran tangkap.

Sementara itu, beberapa individu terbabit yang dihubungi semalam mendakwa tidak menerima sebarang arahan untuk menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi, lapor Berita Harian lagi.

Sebelum ini, polis sudah mengambil keterangan Pengerusi BERSIH 2.0 Datuk S Ambiga, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Mohamad Sabu serta anak bongsu Anwar, Nurul Iman.

Daripada pihak Umno, ketua Pemudanya Khairy Jamaluddin dan Pengerusi Kelab Putera 1Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim juga dilaporkan sudah memberikan keterangan.

~MK~

No comments: